Bab 45

850 55 21
                                    

Fakulti Sains Matematik

Zuhail melangkah keluar dari ruangan bilik mesyuarat untuk ke pintu lif. Dia baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat semakan jawapan peperiksaan untuk subjek yang diajarnya semester itu.

Ketika itu sudah minggu cuti semester di mana semua pelajar baik diploma mahupun ijazah sarjana muda sudahpun selesai menduduki peperiksaan akhir bagi semester tersebut.

Masuk sahaja ke lif, dia melepaskan keluhan berat yang ditahannya sedari tadi. Dia berundur perlahan hingga belakang tubuhnya bersandar pada dinding besi lif tersebut.

Teringatkan situasi tadi, Zuhail sebenarnya agak kurang selesa sewaktu mesyuarat berlangsung. Dirasakan banyak mata yang mengerling ke arahnya sepanjang mesyuarat tersebut.

Kadang kala apabila dia terpandangkan beberapa pensyarah lain berbisik, entah kenapa dia merasakan mereka seperti sedang berbicara tentangnya.

Hatinya merasa kurang senang namun dia malas mahu bertanya dan cuba untuk tidak mengendahkan semua itu.

Pintu lif yang hampir tertutup tadi terbuka luas. Dia deras menegakkan tubuh sebelum matanya memandang tepat ke luar pintu lif. Puan Intan bersama Puan Hasyimah masuk ke dalam lif.

"Eh Zuhail, dari meeting exam ke?" sapa Puan Hasyimah.

"Ye kak." balas Zuhail sambil tersenyum tipis.

Puan Hasyimah kemudiannya menyenggol Puan Intan secara rahsia. Zuhail pula buat tak tahu walau dia perasan akan tindak tanduk itu.

"Err... Zuhail, kamu ni okay ke tak?" tanya Puan Hasyimah. Puan Intan turut menoleh untuk mengetahui jawapan Zuhail.

Zuhail menjungkit kening.

"Kenapa akak tanya?" soal Zuhail

"Kamu dengan Ardel macam mana? Baik baik jer ke?" tanya Puan Hasyimah lagi.

Zuhail mula merasa pelik.

"Saya tak faham. Kenapa akak tiba-tiba tanya pasal ni?" soal Zuhail lagi.

"Urm..."

Puan Intan memandang ke arah, Puan Hasyimah. Mereka saling teragak-agak.

"Akak ada dengar cerita pasal Ardel..."

Zuhail terus menunjukkan minat unthk mendengar.

"Cerita apa tu kak?"

Puan Hasyimah menggaru kepala.

"Cerita kurang elok sebenarnya..." ujarnya teragak-agak.

Zuhail mula berdebar.

"Dengar dengarnya... Ardel ada jual data projek penyelidikan kamu pada orang luar... betul ke cerita tu, Zuhail?"

Jantung Zuhail terasa berhenti berdetak buat sesaat. Dia benar benar terkejut.

Jadi inilah gossip yang tersebar yang membuatkan dia rasa tak senang duduk diperhatikan pensyarah lain tadi?

"Mana akak dengar tu? Siapa yang bagitahu?" soal Zuhail laju.

"Kami pun tak pasti siapa yang mulakan tapi sekarang memang ramai orang duk bercakap. Satu fakulti ni tahu pasal Ardel. Rasanya fakulti sebelah pun tahu juga sebab ada kawan Ardelia tu datang singgah waktu lunch, dia berborak dengan kami lepastu dia cakap dia ada dengar pasal kes kecurian data tu..." terang Puan Intan.

Zuhail mengepal penumbuk. Rasanya dia sudah boleh agak siapa orangnya.

"Semua tu fitnah kak. Akak kenal Ardel kan, akak rasa Ardel tu perangai macam tu ke?" soal Zuhail pula.

Enchanting YouWhere stories live. Discover now