Bab 22

738 34 7
                                    

"Hmm?"

Zuhail merenung Ardelia yang sudah berhenti makan.

"Tell me, apa yang buat kau ragu ragu lagi dengan aku, Shuttlebae?"

Ardelia koyak senyum hambar.

"I have many flaws..." Ardelia mengemam bibir.

Zuhail jongket kening.

"Itu jer ke?"

"Kadang kadang bila saya tengok awak, saya rasa macam awak deserved someone better..."

Zuhail ketap gigi.

"Lagi?"

"Family kita jauh beza, bukan setakat tak sekufu keturunan, harta dan pangkat, tapi juga tak sekufu kasih sayang..."

"Ada lagi?"

Ardelia mengangguk.

"Saya belum capai apa apa dalam hidup saya..."

Zuhail diam.

"Sebelum ni saya tak pernah fikir ke arah cinta dan perkhahwinan. Jadi, it's quite awkward untuk saya laluinya sekarang."

"Saya takut, saya tak sesuai hidup berkasih sayang. I am someone who never received affection. You might get disappointed in the future, kalau awak masih berkeras pilih saya, Zuhail..."

Ardelia nampak Zuhail mengeluh berat.

"Itu jer kan?" Zuhail bertanya.

Ardelia berkerut.

Punya banyak dia list kan segalanya, Zuhail boleh cakap itu jer?

"Walau sebanyak mana pun alasan yang kau senaraikan untuk convince aku yang kita tak sesuai bersama, aku hanya perlu satu alasan sahaja untuk teruskan semua yang aku mulakan ni."

"Apa tu?" Ardelia bertanya pelik.

"The fact that you like me and I love you. We both attracted to each other. It's not like the world will end or be destroyed if we stay together, Ardelia..."

Ardelia telan liur.

"Semua alasan yang kau senaraikan tu, tak ada satu pun yang tak boleh kita selesaikan. Aku dah bagitahu kau kan, kau ada aku sekarang. Along the journey of your life from now, I'll be there for you."

Ardelia terkebil kebil. Tak tahu nak membidas apa.

"Nak aku bagi counterback untuk apa yang kau senaraikan tadi?"

Ardelia memandang pelik.

"First kau cakap kau banyak flaws kan? Believe me, aku dulu pernah mencari kesempurnaan, tanpa sedar cinta ni bukan untuk mencari kesempurnaan pasangan sebaliknya, kita belajar untuk menerima ketidaksempurnaan seseorang dalam proses mengenal cinta."

"Aku belajar mencintai ketidaksempurnaan manusia kerana tiada manusia yang sempurna. Flaws make people more attractive. Flaws show that people are alive."

"Second, kau cakap yang aku deserved someone better kan?"

Ardelia senyap. Tak angguk tak geleng.

"Ardelia, aku tak perlukan someone better, I just need you. You are the one I want."

"Next, apa tadi kau cakap..." Zuhail cuba mengingat ayat Ardelia tadi.

"Haa kau cakap pasal sekufu kan?"

Zuhail senyum sekilas.

"Itu alasan paling cliche. Sekufu ni subjektif. Ikut kita, kita nak anggap sekufu ni dari segi apa. Ya, family kita berdua berbeza tapi itu hanya background kau dan aku. Yang buatkan kau dan aku berbeza tapi still, perbezaan itu yang mendekatkan kita berdua."

Enchanting YouWhere stories live. Discover now