Bab 21

578 27 12
                                    

Astana Headquarters

Isyraf dan Dayne melangkah masuk ke lobi bangunan HQ Astana Group setelah memberikan kunci kereta kepada valet parker.

"Ceyyyy, handsome do korang pakai suit!" tegur satu suara dari tingkat atas.

Serentak mereka berdua mendongak. Ada Zuhail yang sedang bertongkat tubuh dengan kedua belah lengan pada palang penghadang di tingkat atas sambil tersengih.

"Oi, santai betul kau." laung Isyraf separa berbisik.

"Dah dia anak CEO, nak takut apa. Kita ni yang patut cuak." Dayne menyiku Isyraf.

"Pat ah naik, babah dengan Zaf tengah tunggu dekat bilik meeting."

"Si Isy bangang ni cirit tadi, itu yang lambat. Patutnya kitorang nak datang awal 30 minit. Sekarang lagi 5 minit nak pukul 3.30 petang woo!"

Zuhail gelak.

"Takpe, babah baru lepas habis lunch meeting. Relaks lah, presentation santai jer harini. Tu naik lif sana tu." ujar Zuhail sambil menuding ke arah lif.

"Siot punya anak CEO, dia memang lah santai. Kita dua ni? Aku dari semalam lagi practice cakap dalam jamban. Time berak tadi pun aku practice presentation ko tau." bisik Isyraf geram.

"Tah, si Zus ni mana memahami perasaan takut kita. Kita ni ketar ketir nak hadap CEO dengan COO Astana tu." Dayne turut mengiyakan

"Zaf dah okay ke emosinya? Asal dia join jugak perbentangan petang ni? Takut aku...baru 3 minggu lepas Mika gugur. Aku lagi cuak dengan Zaf daripada Uncle Zaid..."

"Ko Dayne jangan nak sasul panggil Zaf dgn Uncle pulak kejap lagi. Kena panggil Tengku. Professional sikit. Kemain helok kita pakai suit ni."

"Oi, penyu pun tak slow macam korang tau! Cepatlah!" Laung Zuhail dari muka pintu sebuah bilik.

Mendengar laungan tersebut terus mereka melangkah lebih laju.

Sampai di muka pintu Zuhail menyengih mempersilakan mereka berdua masuk.

Mereka berdua telan liur apabila nampak dua figura yang sedang memandang ke arah mereka dari kerusi di meja bulat yang berada dalam bilik perbincangan.

"Okay Tengku Zaid, Tengku Zarif, saya perkenalkan figura penting anak syarikat yang bakal dibangunkan dibawah Astana, Astana Quantum Technology, Encik Dayne Henston dan En Muhd Isyraf bin Musa"

Serta merta Dayne dan Isyraf berdebar bila mendengar Zuhail bercakap dalam setting formal. Maknanya mereka juga tak boleh main-main.

Ini kali pertama mereka perlu berhadapan dengan Tengku Zaid dan Tengku Zarif dalam situasi yang bukan sebagai ayah dan abang kepada sahabat baik.

Sebelum ini main langgar jer tak ada sopan santun. Sekarang ni, tengok muka pun dah buat Dayne dan Isyraf tunduk kepala.

"Zuhail, kamu ni.... duk menyakat si Dayne dengan Isyraf tu dah kenapa? Pucat lesi dah dua orang tu." tegur Tengku Zaid.

Dayne dan Isyraf berkerut kening sebelum mengerling ke arah Zuhail yang bersandar di pintu.

Tak semena mena Zuhail gelak mengekek.

"Patut aku rakam siakk muka pucat korang!"

"Babi lah si Zus ni." getus Dayne geram.

"Masuklah kamu berdua. Tak payah nak formal sangat. Relaks relaks jer." pelawa Tengku Zaid.

Tengku Zarif pula hanya diam memerhati.

"So dah ready nak present ke? Kamu berdua nak guna laptop sini atau connect laptop kamu jer?"

Enchanting YouWhere stories live. Discover now