Bab 37

789 30 7
                                    

"Dr. Raf!"

Dr Rafizi berpaling ke luar bilik pejabat Zuhail. Seorang pensyarah muda yang mengajar subjek Matematik Gunaan, Dr Mustakim datang menegurnya.

Ardelia cepat cepat menggerakkan tetikus untuk menutup tetingkap notifikasi pemindahan fail yang berada di monitor skrin komputer sebaik sahaja Dr Rafizi mengalihkan pandangan.

"Mus!" sapa Dr Rafizi sambil mengerling sekilas ke arah Ardelia yang nampak agak pelik tingkah laku di matanya.

"Dr tak balik lagi ke? Dah pukul 5 dah ni Dr." kata Dr Mustakim.

"Haa ni saya baru nak balik lah ni, tapi lalu depan bilik Zuhail tadi nampak ada cahaya ingatkan si Zuhail ada, tapi rupanya isteri dia yang dekat dalam." terang Dr Rafizi sambil kerling pada Ardelia yang berada di meja kerja pelajar seliaannya.

"Eh? Isteri?"

Pensyarah muda itu turut menjengulkan kepala ke bilik Zuhail. Ardelia hanya tersenyum nipis ke arah lelaki itu.

"Ya, tu Ardelia, isteri Zuhail. Staf dekat pejabat pengurusan."

"Lah, iyeke. Baru saya tahu Zuhail dah kahwin. Cepat dia sampai seru, saya ni bila agaknya..." seloroh Dr Mustakim yang tua 3 tahun berbanding Zuhail. Lelaki itu baru sahaja mendapat gelaran Doktor falsafah tahun lepas.

"Kamu tu cari cari lah. Ramai lagi lecturer lecturer muda dekat UNM ni."

"Hahahaha, nanti saya cuba, eh takpelah Dr, dah 5 lebih dah ni, saya gerak dulu lah, lapar pula perut ni. Isteri tak ada, kenalah menyinggah beli makanan dekat kedai dulu..." ujar Mustakim berlelucon.

"Iyelah."

Setelah Dr Mustakim melangkah ke lif, mata Dr Rafizi terus berkalih ke arah Ardelia.

"Zuhail ke mana?"

Ardelia berdiri untuk tunjuk rasa hormatnya pada Dr Rafizi.

"Err—Zuhail bertugas jaga exam harini dekat dewan, Dr. Sekarang mungkin dia tengah settlekan kertas jawapan pelajar dulu sebabtu lewat sikit."

"Oh..." ujar Dr Rafizi seraya melirik ke arah perut Ardelia.

"Kamu mengandung ke?"

Ardelia sedikit tersentak dengan soalan itu. Dia tunduk pandang perut sendiri sebelum mengangguk perlahan.

"Hmmm...patutlah Zuhail asyik lambat hantar progress sejak akhir akhir ni..." getusnya perlahan tapi masih dapat didengari oleh Ardelia.

Ardelia terkebil kebil tak mengerti. Nada Dr Rafizi itu agak negatif bunyinya.

Dr Rafizi salahkan dia ke?

"Ardelia...saya nak cakap sikit boleh?"

Ardelia angguk.

"Saya ni bukannya apa, saya cuma nak cakap sikit dekat kamu...Zuhail tu masa depannya cerah, budak bijak, jadi saya harap kamu tak akan jadi penyebab progress kerja dia merudum."

Ardelia telan liur. Sedikit pelik dengan butir bicara Dr Rafizi.

Ada apa ni agaknya.

"Saya faham kamu mengandung, tapi seboleh-bolehnya janganlah jadikan alasan kamu mengandung tu untuk ganggu waktu kerja suami kamu."

Ardelia jadi makin pelik kenapa tiba tiba Dr Rafizi bangkitkan isu itu.

"Saya ada tegur suami kamu minggu lepas, dia baru nak mulakan analisis ketiga dia. Padahal sepatutnya analisis tu dah lama kena siap. Sejak dia kahwin dengan kamu, fokus dia jadi terganggu."

Ardelia jadi teringatkan kekalutan Zuhail untuk menyiapkan kerjanya baru baru ini. Suaminya itu sampai terpaksa stayback di pejabat sehingga 11 malam.

Dia ke penyebab fokus Zuhail pada kerja terganggu?

Enchanting YouWhere stories live. Discover now