⋆·˚ Prologue ༘ *

121 10 4
                                    

Ayla terjaga dari lenanya apabila terasa bahunya disentuh. Seorang parmugari menghiasi retina matanya.

"Excuse me miss, but we're almost arrive at KLIA," ujar pramugari itu ramah bersama senyuman manisnya.

"Ah, thank you," Ayla membalas senyuman pramugari itu seraya duduk tegak. Tubuhnya diregangkan setelah beberapa jam tidur di dalam keadaan duduk.

"You're welcome, miss," ujar pramugari itu sebelun beredar. Ayla hanya memerhati figura pramugari itu hilang dari pandangan.

Pandangan dilontarkan pada luar tingkap. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis.

"Malaysia, I'm back,"

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Keadaan di lapangan terbang itu begitu sesak dengan lautan manusia yang membanjiri kawasan lapangan terbang itu.

Peluh di dahi pantas dilap setelah bersusah payah menempuhi lautan manusia itu. Deringan telefon pintarnya membuatkan dia hampir melatah. Pantas tangannya menyeluk ke dalam beg silangnya lalu gajet nipis itu dikeluarkan.

Alisha Beruks ❤

Automatik bibirnya tersenyum melihat nama yang tertera di skrin. Panggilan tersebut dijawab.

"Hel--"

Tiba-tiba bahunya dilanggar dengan kuat oleh satu figura membuatkan tubuhnya ditarik graviti lalu akhirnya mendarat di lantai yang licin lagikan berkilat itu. Erangan kecil terlepas di bibir delima itu.

"Sorry!" ujar figura itu lalu berlalu pergi dengan tergesa-gesa. Ayla mengeluh lemah sebelum matanya tertancap pada sebelah kasut tumit tingginya yang telah terpisah dari kakinya.

Sekali lagi gadis itu mengeluh lemah. Kini dirinya menjadi tumpuan orang ramai di situ. Ada segelintir yang mentertawakannya, manakala yang lain memandangnya dengan pandangan simpati. Ada juga yang merakam keadaannya yang mengaibkan itu.

Bibir dikemam. Tangannya dipanjangkan untuk mencapai kasut tumit tingginya itu namun ada tangan lain yang mengambilnya terlebih dahulu. Ayla mendongak untuk melihat pemilik tangan tersebut sebelum dia terpaku.

Sepasang mata hijau zamrud itu ditenung Ayla. Cantik dan unik. Hanya dengan menatap pasangan mata itu sahaja boleh membuatkan dia tenggelam dengan lautan kekaguman.

"Miss, your heel," ujar suara garau milik jejaka bermata zamrud itu menyedarkan Ayla ke alam realiti. Tangannya yang berurat itu menghulurkan kasut tumit tingginya.

"Oh, thank you," ujar Ayla. Gadis itu tertunduk malu. Dia melihat wajah itu sekali lagi. Kacak. Tiada petanda bahawa jejaka itu berdarah Melayu. Pasti jejaka itu daripada negara barat.

Jejaka itu menunduk sesaat sebagai balasan. Ayla bangkit dari duduknya. Kemudian jejaka itu berjalan melepasi Ayla. Sempat anak mata hijau zamrud yang unik itu melihat gadis itu melalui ekor mata.

Ayla mengeluh sekali lagi. Kasut tumit tinggi itu disarungkan kembali ke kakinya. Bibirnya terkumat-kamit mengomel sesuatu lalu mula mengatur langkah ke arah bertentangan dengan jejaka bermata hijau itu tadi.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Hey, readers!

So, this is the new version of Alessandro | His Bambino. Saya minta maaf kepada pembaca lama tetapi anda perlu reda dengan perkara ini. Saya ada personal reason kenapa saya buat new version.

Saya harap korang suka new version ni walaupun masih rindukan versi lama. Jangan risau, saya pun rindukan Alessandro yang lama.

Happy reading my readers!

Love,
yana

Devil's BrideWhere stories live. Discover now