"Woi!"
Ayla terjaga daripada lenanya serta-merta apabila ada suara yang menjerit. Mata yang terasa sisa kantuk digosok perlahan lalu figura di hadapannya dilihat, saliva diteguk.
Alamak.
"Berani kau tidur? Baru bekerja dekat sini dah tunjuk taiko. Kau ingat syarikat ni bapak kau punya ke? Ini dah kali ke-5 kau tidur waktu bekerja," marah Nadiya. Matanya memincing ke arah Ayla.
Aduh, mati aku.
"Er, saya minta maaf," Ayla menunduk ke arah Nadiya. Mahu atau tidak, terpaksa dia mengaku salahnya. Dia masih baru bekerja di sini, jadi dia tiada kuasa untuk melawan. Tetapi bukan salahnya kerana tertidur.
Dia tertidur juga kerana Nadiya. Gadis itu menyuruhnya untuk menyiapkan laporan, yang sudah semestinya bukan kerja untuk Ayla. Tetapi dia tidak berani melawan, malah hanya akur sahaja dengan arahan senior itu. Dua minggu dia menyiapkan kerjanya yang sudah sedia bertimbun itu, ditambah pula dengan kerja tambahan daripada Nadiya. Memang tidak cukup tidur dia dibuatnya.
"Kau tunggu aku report dekat pihak atasan. Perangai kau ni memang kurang ajar!" suara Nadiya meninggi, membuatkan beberapa orang menumpukan perhatian kepada dua orang manusia itu.
Ayla mengepal penumbuk. Dia tahu Nadiya sengaja berbuat begitu. Attention seeker! Gadis itu sengaja mahu memalukannya di khalayak ramai. Mahu tunjuk taiko, seperti dialah yang berkuasa di situ.
"Kau dengar sini, perempuan. Lain kali, sedar diri yang kau tu budak baru. Kau ingat syarikat ni hotel ke untuk kau tidur? Amboi, amboi! Banyak hodoh punya muka kau. Syarikat ni bukan bapak kau punya! Sedar diri!" maki Nadiya. Dahi Ayla ditunjal dengan jari runcingnya, namun Ayla menepis jari itu dengan berani.
Kisah pula dia? Yang penting dia tidak tahan dengan makian Nadiya. Entah apa yang dia tidak puas hati, selalu sahaja menyakitkan hatinya.
Riak wajah Nadiya berubah dengan tindakan berani mati Ayla. Dia memandang gadis itu tajam, seperti ingin membahamnya hidup-hidup, tetapi dibalas dengan tenang oleh Ayla.
"Eh, kau ni. Makin lama makin melampau!"
Pang!
Tertoleh wajah Ayla menerima tamparan daripada Nadiya. Dia tersenyum senget.
"Ini je ke yang akak boleh buat? Macam drama, tampar sana sini," ejek Ayla. Pipinya yang terasa pijar, diabaikan.
Memerah wajah Nadiya kerana marah.
"Kau--!"
"Mulut tu tolong jaga sikit ya, akak. Saya sedar saya masih baru dekat sini, tapi akak pun kena hormat saya sebagai junior. Akak lupa ke, saya yang siapkan laporan akak tu sampai tak cukup tidur. Semua kerja akak tu, saya yang buat. Akak jadikan saya hamba sahaya akak untuk siapkan kerja akak yang bertimbun tu. Fikir saya takde kerja lain? Saya pun penat. Dan tolong jangan sentuh hal mak bapak dekat sini. Saya tak pernah mention mak bapak akak, apatah lagi mengejek. Mak bapak saya takde kena mengena dengan hal ni," panjang lebar Ayla memotong kata-kata Nadiya.
"Kau memang kurang ajar! Dasar betina tak guna!"
Tangan yang ingin menamparnya itu ditangkap dengan tangkas.
"Sebelum cakap, sila cermin diri sendiri tu. Tudung tu, tak nampak macam tudung. Singkat. Nak tayang dada tu dekat siapa? Semua orang ada dada, tak payah nak tayang macam akak seorang je ada,"
"Daripada kau tudung labuh macam mak cik-mak cik dekat kampung tu!" bidas Nadiya. Hatinya panas dengan ujaran Ayla.
"Lebih baik nampak macam mak cik daripada nampak macam pelacur,"
YOU ARE READING
Devil's Bride
Romance╰┈➤ Book 1 Alessandro Xavier D'Arcy & Ayla Madalena "Miss, your heel," "Oh, thank you," Tanpa mereka sedar, pertemuan di lapangan terbang yang tidak disengajakan itu merupakan permulaan kepada segalanya. Alessandro Xavier D'Arcy, penuh aura misteri...