Sebaik sahaja selesai mandi, Ayla menapak keluar dari bilik air. Tuala yang tersangkut di leher mengelap wajah mulusnya, kemudian dia masuk ke dalam walk in closet untuk bersiap.
Setelah itu, Ayla melilitkan tudung bawal di kepala. Dililit kain itu agar menutupi kepala dan dada. Solekan nipis dioles ke muka. Puas dengan penampilannya, Ayla tersenyum.
"You can do it, Ayla! Ganbatte!" bisiknya pada diri sendiri. Kaki mengatur langkah ke luar bilik dan menuju ke dapur. Kelihatan Datin Safira sedang menghidangkan mi goreng di atas meja makan. Timbul idea nakal di otak Ayla.
Pinggang wanita itu dipeluk dari belakang, lalu melabuhkan ciuman di pipi Datin Safira. Terkejut janda anak satu itu kerana tindakan yang tidak dijangkakan itu.
"Good morning, mama!"
"Ayla, terkejut mama! Ingat ada saka mana datang peluk mama tiba-tiba tadi,"
"Hehe, Ayla lah saka tu. Tapi versi yang lagi cantik. Kan, mama?" mata dikerdipkan beberapa kali agar kelihatan comel. Datin Safira mengeluh.
"Suka hati kamulah,"
"Good morning, everybody! Alisha in the house yo!"
Sekali lagi Datin Safira mengeluh mendengar suara yang tidak asing bergema di dalam rumah banglo itu.
"Ini seorang lagi,"
"Hai, mama! Hai, Ayla busuk! Alisha yang wangi lagikan cantik dan menawan sudah tiba!" Alisha menghadiahkan sengihan comelnya kepada dua orang perempuan itu.
Ayla menggulingkan anak matanya ke atas.
"Eh, salam mana? Islam ke tidak ni?"
"Pak Cik Salam ada dekat kampung sana. Rindu ke?" seloroh Alisha.
"Ha'ah, rindu nak tengok dia mengurat kau,"
"Hek eleh. Dia dah jumpa yang baru dah pun. Janda anak empat lagi. Engkau ada?"
"Setakat anak empat, kau pun takde,"
Datin Safira menggeleng sahaja melihat dua orang anak dara itu berperang mulut. Mula dah.
"Tak elok gaduk depan rezeki. Makan mi ni cepat. Sejuk nanti, tak sedap,"
"Yes, ma'am!" jawab kedua gadis itu serentak, lalu tawa mereka meletus di ruang udara.
Datin Safira senyum nipis.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
Keluar sahaja daripada lif, matanya bertembung dengan Nadiya, namun wanita itu lebih cepat mematahkan pandangan mereka dan melangkah pergi. Ayla jongket bahu tanda tidak kisah. Gadis itu mengatur langkah ke meja kerjanya.
"Good morning, Ayla," tegur Aleefa. Ayla membalas senyuman rakan sekerjanya itu.
"Morning, Lee,"
"Pipi kau dah okey?" soalnya prihatin. Ayla angguk.
"Okey dah. Nasib baik tak bengkak, tak pasal-pasal nampak chubby pipi aku," Ayla ketawa kecil, diikuti Aleefa.
"Kesian aku tengok kau. Kau baru kerja dekat sini dua minggu,"
"Aku okeylah,"
"I know, you're a strong woman," Aleefa menepuk perlahan bahu Ayla. Terukir senyuman nipis di bibirnya.
"Thanks, Lee,"
YOU ARE READING
Devil's Bride
Romantik╰┈➤ Book 1 Alessandro Xavier D'Arcy & Ayla Madalena "Miss, your heel," "Oh, thank you," Tanpa mereka sedar, pertemuan di lapangan terbang yang tidak disengajakan itu merupakan permulaan kepada segalanya. Alessandro Xavier D'Arcy, penuh aura misteri...