⋆·˚ DB | 11 ༘ *

27 5 0
                                    

Rebah sahaja tubuh itu di atas katil empuk, keluhan berat terlepas. Ayla merenung siling bilik itu bagai hendak tembus.

"Kenapa kami mesti berjumpa lagi? Argh! Stres aku dibuatnya!" sebuah bantal dicapai lalu dilekap ke wajah.

"Nampaknya doa aku untuk tak jumpa dia lagi tak makbul," ujarnya lagi. Sekali lagi dia mengeluh.

"Bencilah macam ni!"

"Oi, gila ke?"

Terduduk Ayla dibuatnya dengan sergahan itu. Kelihatan Alisha sedang bersandar di bingkai pintu dengan sebelah kening terjongket. Wajahnya seakan sedang mengatakan 'minah ni dah gila ke?'.

"Oh, kau. Apa hal datang bilik aku ni? Sibuk je,"

"Saja nak kacau adik kesyangan aku ni. Hiya!" tanpa meminta izin tuan empunya badan, Alisha melompat di atas katil bersaiz queen itu dan bergolek di atasnya. Ayla hanya membiarkan. Sudah biasa dengan perangai Alisha yang tak semenggah ni. Muka sahaja lawa tapi perangai...

Nauzubillah.

"Macam mana interview? Okey? Ada jumpa mana-mana mamat handsome tak?" Alisha sengih gatal. Mula dah.

Mod gatal, on!

"Takde,"

Muncung bibir Alisha mendengar jawapan tak berhati perut dari adik angkatnya itu.

"Sampai hati awak buat titer macam ni," ujar Alisha dengan suara yang dikepit seperti budak kecil yang merajuk dengan ibu bapanya kerana tidak membelikan mainan yang diingini.

"Diamlah kau. Aku penat ni. Blah sana," balas Ayla lalu kembali merebahkan tubuhnya sama di sebelah Alisha. Dia kembali termenung.

Alisha mengubah posisi kepada meniarap.

"Termenung apa tu?" Alisha menongkat dagu. Terkelip-kelip mata coklat gelap bundar itu menatap Ayla.

Tiada jawapan daripada Ayla. Bibir Alisha kembali muncung. Humph! Pai ati palau titer.

"Jangan cakap kau tengah fikir pasal lelaki bermata hijau tu,"

Spontan kepala Ayla tertoleh ke arah Alisha. Tersengih lebar Alisha dibuatnya.

"Oh my God, looks like our Ayla has fall in love with an Italian green eyed man,"

"Otak kau fall in love. Fall in depression adalah,"

"Spill the tea, please," mod 'spill the tea' Alisha sudah datang merasuk.

"Tadi aku terlanggar dia,"

"OMG! Waktu interviu tadi?!"

Ayla angguk pasrah.

"My gash! Untungnya kau dapat cuci mata! Dia ada tanya nama kau tak? Mintak number ke? Ajak keluar ke? Ada tak?" soal Alisha bertubi-tubi.

"Kepala buntut kau. Ingat ni apa? Hidup ni bukan drama ataupun novel yang seorang jejaka handsome mix Italian yang kaya gila nak mati sampai tujuh keturunan pun takkan habis tiba-tiba fall in love dengan perempuan biasa macam aku ni?" bebel Ayla geram.

"Aww, why not?" Alisha sengih gatal lagi. Kali ini kedua keningnya dijongketkan.

"Kalau dia fall in love dengan kau, senanglah kau nak lepas dapat kerja dekat situ, ya tak?"

"Merepeklah kau ni. Aku ni siapa je dekat mata dia? We're totally in different status. He's a CEO while me? A mere girl from a broken family who's adopted by a wealth family. Plus, aku ni tak adalah cantik mana sampai dia nak suka aku, kan? Taste dia mestilah tinggi macam orang-orang barat sana yang pakai seksi-seksi, mekap tebal dan menggoda tu,"

Devil's BrideWhere stories live. Discover now