⋆·˚ DB | 4 ༘ *

37 6 0
                                    

Suasana di kelab malam itu sungguh bingit dengan muzik yang kuat berkumandang. Semua manusia di situ sibuk menari dan meneguk air haram tanpa mengira dosa pahala. Ada juga yang melakukan perkara yang tidak senonoh di tempat yang lebih tertutup supaya dapat memberikan privasi kepada mereka.

Beberapa orang lelaki bersut masuk ke dalam kelab malam itu diketuai oleh seorang jejaka bermata hijau zamrud. Aura yang dikeluarkan dapat menakutkan semua manusia di situ. Perhatian yang ditujukan ke arahnya tidak dipedulikan. Sebuah pintu dituju, lalu dibuka menyerlahkan satu ruang yang mewah. Kakinya mengatur langkah masuk ke dalam.

Pandangannya dihalakan kepada seorang lelaki yang sedang duduk dengan tenang di atas sofa bujang dengan rokok di tangan. Sebaik sahaja figura Alessandro kelihatan, pantas lelaki itu berdiri dan menunduk hormat kepada Alessandro.

Alessandro hanya memandang ke arah lelaki itu dengan tatapan dinginnya lalu melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan lelaki itu.

"Long time no see you, Jason," ujar Alessandro tanpa nada. Kedengaran tidak ikhlas sahaja. Lelaki bernama Jason atau nama panjangnya Jason Lee, lelaki berbangsa cina itu tersenyum nipis.

"Yes, sir. How are you?" soal Jason, ramah.

"Good. Now, where are those things?" soal Alessandro, malas mahu memanjangkan perbualan. Dia hanya mahukan barangnya.

"Oh, sure. Here they are," Jason mengarahkan kepada salah seorang anak buahnya untuk meletakkan beberapa buah beg hitam yang besar di atas meja yang memisahkan mereka. Ray mengangguk lalu akur dengan arahan tuannya itu.

Alessandro membuka beg hitam tersebut diikuti Vion, menyerlahkan beberapa buah senapang dan pistol di dalamnya. Alessandro mencapai senjata api tersebut lalu membeleknya. Begitu juga dengan Vion.

"So, how about my payment?" soal Jason dengan sengihan, tidak sabar mahu mendapatkan duit daripada jejaka Itali di hadapannya itu.

"Fine, here," Owen--salah seorang anak buah Alessandro di situ meletakkan sebuah beg di hadapan Jason, membuatkan lelaki itu tersengih lebar. Beg itu dibuka, menyerlahkan duit yang banyak. Semakin melebar sengihan Jason.

"Huh, you ****,"

Jason mendongak, sebelum matanya terbeliak luas melihat ke arah Vion dan anak-anak buah Alessandro yang lain mengacukan senjata ke arahnya. Anak-anak buah Jason juga mengacukan senjata mereka ke arah Alessandro, bersedia untuk melindungi tuan mereka.

"Do you think I'm a stupid ******* like you?" Alessandro senyum sinis.

"These firearms are fake, no?"

Tubuh Jason, menggeletar apabila penipuannya sudah diketahui.

"Do you think you're clever enough to fool me? Huh, *******,"

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Tembakan yang bertalu-talu dilepaskan oleh anak-anak buah Alessandro. Suara jeritan daripada luar bilik VVIP kedengaran. Jason segera berlari keluar daripada bilik VVIP tersebut bersama beg hitam yang berisi duit.

Setiba di lorong yang jauh daripada kelab malam itu, Jason berhenti. Nafasnya tercungap-cungap, dadanya berombak kencang. Persekitarannya diperhatikan, memastikan Alessandro atau anak-anak buahnya tiada. Jason mengeluh lega.

"Got you," bisik satu suara halus di telinga Jason, membuatkan lelaki itu segera berpaling dan mengacukan pistol kepada manusia di hadapannya kini. Namun, keberaniannya serta-merta hilang bagaikan dibawa angin apabila iris hitamnya bertemu dengan sepasang iris hijau zamrud itu.

Devil's BrideWhere stories live. Discover now