A/n: Ada sesetengah bahagian daripada versi lama yang saya kekalkan dan ada yang saya tokok tambah sebagai penyedap rasa. Harap maklum :)
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
Ayla mengeluh sebaik sahaja masuk ke dalam rumah banglo itu. Kaki menghayun langkah ke bilik tidurnya.
"Dah balik?" tegur Alisha sebelum Ayla sempat mencapai tombol pintu. Dia menoleh ke arah sahabatnya itu lalu tersenyum nipis.
"Ya,"
"Kenapa dengan pipi tu?" berkerut dahi Alisha melihat kedua belah pipi Ayla merah. Sejak bila pula minah ni reti pakai blusher?
"Oh, takde apalah," tanpa berlengah, Ayla membuka pintu lalu melangkah masuk. Dia tidak mahu Alisha bertanya lebih. Jenuh mahu dijawab nanti.
Bilik air dituju lalu Ayla membelek wajahnya di hadapan cermin. Benar, dapat dilihat dengan jelas kesan tamparan Nadiya di pipinya. Tak pasal-pasal dapat blusher percuma hari ni.
Selepas membuka pili air, wajah putih mulusnya dibasahkan dengan air.
Keluhan terlepas dari dua ulas bibir delima itu. Tidak semena-mena memori lama bermain di pita rakaman ingatan. Kepala diangkat, menemukan matanya dengan pantulan dirinya di hadapan cermin.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
[ Flashback ]
15 tahun lalu
Pang!
Tertoleh kepada anak kecil itu akibat tamparan padu wanita di hadapannya.
"Kau ni memang tak guna! Kau sedar tak kau baru je pecahkan pasu yang aku baru je beli dari Singapore?!" amuk wanita yang digelar Puan Aria itu.
Anak kecil itu hanya mampu diam, dia sedar kesalahannya. Air mata mula mengolam di tubir mata namun cuba ditahan. Dia tidak boleh nangis, mama tak suka dia nangis.
Ayla kuat! Ayla tak boleh nangis! Bisik hati si kecil itu.
"Ayla... mintak maaf," ujarnya perlahan.
"Pergi mampus dengan maaf kau tu!" lengan Ayla ditarik kasar. Meronta gadis kecil itu untuk dilepaskan namun sia-sia. Mana mungkin kudrat kanak-kanak berusia 10 tahun itu mampu melawan wanita dewasa seperti ibunya.
Pintu utama dituju, lalu Puan Aria membuka pintu tersebut. Tanpa belas kasihan walaupun sedikit, tubuh Ayla ditolak dan kanak-kanak itu terjatuh ke tanah.
"M--mama!" Ayla berlari ke arah pintu yang sudah tertutup lalu tangan kecilnya mengetuk kuat pintu itu.
"Mama, buka pintu ni! Ayla mintak maaf!"
"Diamlah! Kau duduk luar sampai malam! Jangan cuba-cuba untuk masuk ikut pintu belakang! Kalau tak, siap kau!" pekik Puan Aria daripada dalam. Terhenti pergerakan Ayla, perlahan-lahan kedua tangannya jatuh ke sisi. Belakang tubuh disandar pada pintu dan tubuhnya melorot jatuh. Teresak-esak kanak-kanak itu menangis.
Sampai hati mama buat Ayla macam ni.
"P--papa, Ayla n--nak papa..." tersedu-sedan Ayla menangis memanggil si arwah bapa.
Sejak bapanya meninggal dunia akibat sakit kanser, kehidupannya berubah. Ibunya yang dahulu seorang yang lemah lembut dan penyayang berubah menjadi wanita yang panas baran dan dayus. Hampir setiap hari dirinya menjadi mangsa herdikan dan amarah wanita itu walaupun dia tidak tahu apa kesalahannya.
YOU ARE READING
Devil's Bride
Romance╰┈➤ Book 1 Alessandro Xavier D'Arcy & Ayla Madalena "Miss, your heel," "Oh, thank you," Tanpa mereka sedar, pertemuan di lapangan terbang yang tidak disengajakan itu merupakan permulaan kepada segalanya. Alessandro Xavier D'Arcy, penuh aura misteri...