Keluhan lega dilepaskan. Anak matanya meliar ke segenap sudut bilik tidurnya yang sudah lama tidak berpenghuni. Bibirnya tersenyum.
"Ayla Madalena binti Muhd Ariff!"
"Mak kau anak Ariff!" pantas tangan naik menekup mulutnya, tersedar bahawa dia telah melatah. Alisha yang sedang galak mentertawakannya dijeling.
"Kau ni--"
"Lawak lah muka kau tadi!" ujar Alisha diselang-selikan dengan tawa pontianaknya. Ayla mengeluh lemah.
"Aku baru balik, kau dah minta kaki,"
"Siapa suruh tak menyahut orang panggil? Nak juga kena sergah,"
"Kau nak apa datang bilik aku, hah?" sebiji bantal dicapai lalu dicampak kepada Alisha namun sempat dielak.
"Mama panggil turun, makan. Ke kau nak aku bedal kau punya sekali? Aku okey je,"
"Ah, takde. Aku yang akan habiskan kau punya dulu," Ayla turun dari katil lalu mengatur langkah ke dapur diikuti Alisha.
Ayla duduk di kerusi dan serentak itu juga sepinggan nasi goreng cina dihidangkan di hadapan mata.
"Thank you, mama,"
Datin Safira tersenyum. Walaupun usianya meningkat, tetapi wajahnya tetap berseri. Umur dan statusnya sebagai janda tidak menjadi penghalang untuk dingurat oleh kaum Adam, tidak mengira tua atau muda.
Baru sahaja nasi goreng itu ingin masuk ke dalam mulut, lengannya disiku oleh Alisha.
"Apa?"
"Weh, kau tahu tak yang kau tengah viral sekarang?"
Berkerut dahi Ayla.
"Kenapa pulak?"
Alisha mengeluarkan telefon pintarnya lalu menyuakan skrin yang memaparkan video seorang gadis yang jatuh terduduk di lapangan terbang, di hadapan gadis itu pula berdirinya seorang jejaka yang menghulurkan sebelah kasut tumit tinggi kepada gadis itu.
Ternganga Ayla melihat video tersebut. Dia amat kenal dengan gadis di dalam video itu. Gadis itu ialah--
--dirinya sendiri.
"Handsome juga badan laki ni. Mesti selalu pergi gim," lamunan Ayla mati apabila suara Alisha menyapa pendengarannya.
"Weh, dia handsome tak?" Alisha tersenyum gatal. Ayla mengeluh malas.
"Gatal,"
"Alah, jawab lah. Handsome ke?"
"Boleh lah," komen Ayla pendek. Nasi goreng cina disuap ke dalam mulut.
"Boleh lah je?"
"Kau fikir aku ingat muka dia?"
Alisha tersengih, menayangkan barisan gigi putihnya.
Ayla menggulingkan anak matanya. Perangai miang seorang Alisha Irdiena tidak pernah berubah. Setiap kali nampak lelaki kacak, pasti menggeletis. Tidak mengira lelaki tersebut wujud atau tidak, semua dikebas.
Tiba-tiba sepasang mata hijau zamrud muncul di fikiran membuatkan pergerakan Ayla mati seketika.
Cantik, indah dan unik. Tiga perkataan untuk menggambarkan sepasang mata hijau itu. Tidak dinafikan, dia tertarik dengan mata itu.
Dup! Dap! Dup! Dap!
"Alah, mama ni!" rengek Alisha mematikan lamunan Ayla. Pandangan dilontarkan kepada Alisha.
"Betul apa mama cakap. Sibuk nak menggatal. Spender pun mama yang beli," bebel Datin Safira. Tangan naik mencekak pinggang.
Ayla hanya memerhati dua beranak itu dengan senyuman nipis.
Dia rindu suasana ini. Alisha yang merengek seperti kanak-kanak, wajah cantik Datin Safira yang berkerut ketika membebel kepada Alisha, dan suasana riuh dengan gurauan senda mereka.
Sudah lama dia tidak merasakan ini sejak dia berangkat ke United Kingdom.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
I'm back!
Chapter 2 coming soon 👀
YOU ARE READING
Devil's Bride
Roman d'amour╰┈➤ Book 1 Alessandro Xavier D'Arcy & Ayla Madalena "Miss, your heel," "Oh, thank you," Tanpa mereka sedar, pertemuan di lapangan terbang yang tidak disengajakan itu merupakan permulaan kepada segalanya. Alessandro Xavier D'Arcy, penuh aura misteri...