⋆·˚ DB | 12 ༘ *

16 5 0
                                    

"Morning, Lee,"

"Morning," Aleefa menghulurkan senyuman buat Ayla, dan dibalas oleh gadis itu.

"Weh, aku ada something nak bagitahu,"

"Apa dia? Kalau pasal jururawat India yang kena rogol tu aku dah tahu dah," balas Aleefa tanpa mengalihkan pandangan daripada komputer riba.

"Bukan tulah,"

"Jadi kau nak bagitahu apa?"

Ayla mengetap bibir, rasa teruja tetapi gugup juga.

"Aku dapat kerja dekat satu syarikat ni--"

"Hah?!" terbeliak mata Aleefa mendengar sekerat ayat daripada Ayla. Tumpuannya tidak lagi pada komputer riba, tetapi gadis di sebelah.

"Weh, kau nak pindah ke?" soal Aleefa sayu, kemudian senyum tawar.

"Tak apalah, rezeki kau. Nampaknya lonely aku nampaknya. Kau dapat kerja dekat mana?" tidak mahu bersedih, Aleefa mengubah topik.

"De Luxe Empire,"

"Weh, syarikat dari Itali tu weh!" mod Aleefa bertukar ceria.

"Masyuklah gaji kau nanti, Ayla. Nanti jumpa jodoh kat sana jangan lupa roger roger,"

Ayla tertawa kecil.

"Aku pergi sana untuk kerja, bukan cari jodoh, Leefa oi,"

"Alah, saja pesan,"

Mereka berdua tertawa kecil. Mungkin ini akan menjadi perbualan terakhir mereka. Rasa sedih pula tetapi tidak mahu menunjuk.

Angkat sahaja pandangan, Ayla terkaku. Terkejut melihat satu figura bertudung bawal biru laut. Raut wajahnya tenang.

"Weh, Lee. Tu..." bicara Ayla mati. Terlalu terkejut untuk menyambung. Aleefa hanya senyum.

"Ya, tulah Kak Nadiya,"

"Sejak bila--"

"Dua hari lepas. Kau tak ada masa tu. Semua terkejut tengok dia berubah. Like, to a new Nadiya. Dia kata dia berterima kasih pada someone tu yang berani perli dia," Aleefa senyum. Dia tahu siapa manusia yang Nadiya maksudkan kelmarin.

Menyedari seseorang merenungnya, Nadia menoleh. Wanita itu tersentak saat mata mereka bersambung. Tak lama kemudian, Ayla senyum. Nadiya juga. Masing-masing berbicara dalam bahasa bisu. Aleefa menyambung kerjanya kembali. Tetapi bibirnya senyum nipis.

Syukur semuanya menjadi lebih baik.

"Kau mula kerja dekat syarikat tu bila?" soal Aleefa memisahkan Ayla dari lamunan.

"Huh?"

"Aku cakap, kau mula kerja syarikat tu bila?" ulang Aleefa, senyum senget.

"Oh, dalam masa terdekat ni. Petang ni aku kemas barang,"

"Awal,"

Ayla jongket bahu.

"Well, tak sabar nak jumpa bos. Mana tahu berkenan nak buat suami," gurau Ayla dengan senyuman nakal.

"Hek eleh, tadi kata nak kerja, bukan nak cari jodoh. Sembang kari," Aleefa menggeleng. Ada-ada sahaja rakan sekerjanya ini.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Pendek je hehe :3

Maaf dah lama tak update :(

Jangan lupa sedekahkan doa qunut nazilah untuk Palestine!

Lurve,
Aelyaa

Devil's BrideWhere stories live. Discover now