⋆·˚ DB | 2 ༘ *

50 7 0
                                    

Sudah seminggu Ayla menetap di negara asalnya selepas pulang daripada United Kingdom. Gadis itu juga sudah mula bekerja di sebuah syarikat yang terkenal, T.Ghib's Holding.

"Uit, buat apa tu?" bahu Alisha yang sedang khusyuk menonton drama korea dicuit lalu punggung dilabuhkan di sebelah Alisha.

"Memancing," perli Alisha.

"Oh, dah berapa ekor ikan dapat?" sambung Ayla, namun Alisha hanya menjeling sebagai balasan. Ayla tersengih.

"Aku nak pergi kedai ni. Kau nak ikut tak? Ke nak kirim apa-apa?" soal Ayla. Alisha melihat jam dinding, 12:55 tengah malam.

"Tak rasa lewat sangat ke? Kalau kau jantan takpe, aku tak kisah kalau kau tak balik pun,"

"Takpe, sekejap je. Nak beli jajan,"

"Tak naklah. Nanti ada gangster datang kacau. Aku ni dahlah cantik lagikan menawan," sempat pujian buat dirinya sendiri diselitkan di akhir ayat bersama senyuman bangga.

"Tak nak, sudah. Aku pergi dulu. Ciao," Ayla membuat tabik spring sebelum melangkah pergi meninggalkan Alisha sendiri di ruang tamu.

Beberapa minit kemudian, Ayla kembali ke ruang tamu bersama tudung sarung berwarna hitam di kepala.

"Kalau apa-apa jadi jangan salahkan aku eh!" sempat Alisha melaung sebelum Ayla keluar daripada rumah banglo itu. Ayla hanya tersengih sahaja sebagai balasan.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Kereta honda civic miliknya diparkirkan di hadapan kedai serbaneka. Ayla keluar dari keretanya dan melangkah menuju ke kedai serbaneka tersebut namun langkahnya terhenti apabila kakinya terpijak sesuatu.

Ayla kaku. Perlahan-lahan pandangan ditundukkan dan mata mereka bertemu.

Woof! Woof!

"Ah!" pantas kaki mengatur langkah seribu apabila anjing yang besar lagikan menakutkan itu mengejarnya.

"Sorry! Aku tak sengajalah!"

Woof! Woof!

Anjing tersebut melajukan lariannya, begitu juga Ayla. Masing-masing tidak mahu kalah di dalam pertandingan kejar-mengejar tidak diiktiraf itu.

Woof! Woof!

"Janganlah marah! Aku tak sengaja!"

Ayla menjerit kecil apabila anjing itu semakin mendekat. Lariannya dilajukan.

Ayla bersembunyi di sebalik lorong yang gelap gelita. Perasaan takutnya ditepis. Yang penting dia perlu lari daripada anjing menakutkan tersebut. Terkumat-kamit bibirnya mengalunkan ayat 9 surah Yaasin.

"Ya Allah kau lindungilah aku daripada anjing gila itu. Sesungguhnya aku belum bersedia untuk bertemu dengan-Mu, Ya Allah,"

Woof! Woof!

Hampir terlepas jeritan kecilnya apabila nyalakan anjing itu kedengaran. Nafasnya ditahan seraya tangannya naik menekup mulut, menghalang bunyi yang kuat kedengaran.

Semakin lama, semakin hilang suara nyalakan anjing tersebut, meyakinkan Ayla bahawa anjing itu sudah pergi. Keluhan lega terlepas.

Bang!

Terbeliak luas mata Ayla apabila terdengar bunyi yang kuat itu. Itu--

Devil's BrideWhere stories live. Discover now