⋆·˚ Prologue ༘ *

188 13 4
                                    

Terasa bahunya disentuh, Ayla terjaga dari lenanya. Seorang parmugari menghiasi retina matanya. Bibir delimanya melukis segaris senyuman buat si gadis.

"Excuse me miss, but we're almost arrive at KLIA," ujar pramugari itu ramah dan lembut.

"Ah, thank you," Ayla membalas senyuman pramugari itu seraya duduk tegak. Tubuhnya diregangkan setelah beberapa jam tidur di dalam keadaan duduk. Lega!

"You're welcome, miss," ujar pramugari itu sebelun beredar. Ayla hanya memerhati figura pramugari itu hilang dari pandangan.

Pandangan dilontarkan pada luar tingkap. Kelihatan awan berkepul-kelul di langit biru. Beberapa ekor burung terbang bebas bersama pasangan dan kumpulan. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis melihatkan pemandangan indah tersebut.

"Malaysia, I'm back,"

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Keadaan di lapangan terbang itu begitu sesak dengan lautan manusia yang membanjiri kawasan lapangan terbang itu. Peluh di dahi pantas dilap setelah bersusah payah menempuhi lautan manusia itu. Fuh!

Deringan telefon pintarnya membuatkan dia hampir melatah. Pantas tangannya menyeluk beg silangnya lalu gajet nipis itu dikeluarkan.

Alisha Beruks

Automatik bibirnya tersenyum melihat nama yang tertera di skrin. Panggilan tersebut dijawab.

"Hel--"

Belum sempat dia menamatkan sepatah kata, bahunya dilanggar dengan kuat oleh seorang gadis membuatkan tubuhnya ditarik graviti lalu akhirnya punggungnya mendarat di lantai yang licin lagikan berkilat itu. Erangan kecil terlepas di bibir delima itu.

"Sorry!" ucap gadis itu lalu berlalu pergi dengan tergesa-gesa. Ayla mengeluh lemah sebelum matanya tertancap pada sebelah kasut tumit tingginya yang telah terpisah dari kakinya.

Sekali lagi gadis itu mengeluh lemah. Kini dirinya menjadi tumpuan orang ramai di situ. Ada segelintir yang mentertawakannya, manakala yang lain memandangnya dengan pandangan simpati. Ada juga yang merakam keadaannya yang mengaibkan itu.

Bibir dikemam. Tangannya dipanjangkan untuk mencapai kasut tumit tingginya itu namun ada tangan lain yang mengambilnya terlebih dahulu. Ayla mendongak untuk melihat pemilik tangan tersebut sebelum dia terpaku.

Sepasang mata hijau zamrud itu ditenung Ayla. Cantik dan unik. Hanya dengan menatap pasangan mata itu sahaja boleh membuatkan dia tenggelam dengan lautan kekaguman.

"Miss, your heel," ujar suara garau milik jejaka bermata zamrud itu menyedarkan Ayla ke alam realiti. Tangannya yang berurat itu menghulurkan kasut tumit tingginya.

"Oh, thank you," ujar Ayla. Gadis itu tertunduk malu. Dia melihat wajah itu sekali lagi. Kacak. Tiada petanda bahawa jejaka itu berdarah Melayu. Pasti jejaka itu daripada negara barat.

Jejaka itu menunduk sesaat sebagai balasan. Ayla bangkit dari duduknya. Kemudian jejaka itu berjalan melepasi Ayla. Sempat anak mata hijau zamrud yang unik itu melihat gadis itu melalui ekor mata.

Ayla mengeluh sekali lagi. Kasut tumit tinggi itu disarungkan kembali ke kakinya. Bibirnya terkumat-kamit mengomel. Telefon yang terbaring di atas lantai diambil lalu Ayla mula mengatur langkah ke arah bertentangan dengan jejaka bermata hijau itu tadi.

Nama 'Alisha Beruks' dicari di dalam kontak. Gajet itu dilekap di telinga sementara kakinya menghayun langkah.

"Helo, Ayla?"

"Helo, Sha,"

"Kau okey ke? Macam mana boleh terputus tadi?" soal suara lunak itu kerisauan.

"Oh, ada orang langgar aku tadi sampai terjatuh," terangnya pendek. Malas hendak panjangkan cerita. Biarlah berlalu.

"Lah. Hmm ada-ada aje. Anyway, aku dah sampai airport ni,"

"Ya ke?" Ayla meliarkan anak matanya, mencari figura sang sahabat. Jumpa, dia tersengih. Sebelah tangannya yang memegang troli bagasinya dilepaskan lalu gadis itu melambai ke arah Alisha agar kewujudannya disedari.

Alisha membuka langkah ke arah Ayla. Kepala yang berlapikkan tudung shawl digosok. "Weh, dah lama tak jumpa kau!"

"Hehe, mesti kau rindu aku kan?"

"Eh takde maknanya. Aku bahagia je kau takde kat rumah," balas Alisha bersahaja. Ayla masih tersengih.

"Yalah tu,"

"Dah jom balik. Mama rindu benar dengan anak pungut dia ni," Alisha mengambil alih tugas menolak troli bagasi Ayla.

"Hehe, nampaknya mama lagi sayangkan aku daripada kau,"

"Ah takde. Aku anak kesayangan dia. Kau tu anak pungut, sedar diri,"

Masuk sahaja barang-barang milik Ayla ke dalam kereta Honda Civic milik Ayla, kedua gadis itu membolos masuk ke dalam. Alisha menghidupkan enjin, kemudian mula memandu. Ayla mengeluarkan telefon untuk menghiburkan diri.

Tanpa dipinta, sepasang mata zamrud itu muncul di fikiran. Terhenti jari Ayla seketika.

Hmm... that guy seems interesting.

Dapatkah dia menatap mata unik itu lagi? Dan hatinya berharap...

...ya.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Hi kesayangan! ❤

Harap korang suka story ni walaupun tak best mana pun hehe. Jangan letak expectation yang tinggi kat cerita ni sebab saya ni tak hebat mana pun macam author lain.

Vote dan komen tau kalau korang suka!

Happy reading! Jom doakan untuk Palestine!

Devil's BrideWhere stories live. Discover now