⋆·˚ DB | 7 ༘ *

45 5 0
                                    

Anak mata Ayla melirik ke arah Enrique di sisi, dari tadi jejaka tinggi lampai itu menemaninya sejak menjalani pemeriksaan. Alhamdulillah, kecederaannya tidak teruk, hanya perlu mengelakkan luka bersentuhan dengan air sahaja sepanjang proses penyembuhan.

"Thank you for accompany me," ujar Ayla, bibirnya tersenyum ikhlas.

"My pleasure, miss,"

Mereka berdua berhenti di hadapan sebuah kereta Limousine berwarna putih.

"Come in, signore is waiting for you,"

"Huh?" Ayla pelik, mengapa pula Enrique menjemputnya masuk? Dia terlalu segan untuk menaiki kereta mewah itu.

"Miss," panggil Enrique, mematikan lamunan Ayla. Ayla tersentak lalu perlahan-lahan masuk ke dalam kereta mewah itu.

Enrique memulakan pemanduan. Ayla melemparkan pandangan ke luar tingkap dan mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di sebuah taman. Enrique keluar daripada kereta, diikuti oleh Ayla.

"Follow me, miss," ujar Enrique lalu membuka langkah. Ayla hanya mengekori Enrique.

Figura seseorang menghiasi pandangan. Figura itu berpaling menghadap Ayla dan Enrique. Tatapannya dingin, membuatkan hati Ayla disuntik perasaan gerun.

"You may go, Enrique," ujar Alessandro.

"Sì, signore," Enrique menunduk, kemudian melangkah pergi. Ingin sahaja Ayla menghalang tetapi tubuhnya ibarat sudah membeku, berdiri statik di hadapan Alessandro.

Suasana sepi. Masing-masing lebih selesa mendiamkan diri sebelum Alessandro bersuara.

"So, you remember me?" soal Alessandro, memecahkan kesunyian. Ayla tersentak, lalu memandang ke arah Alessandro. Kepalanya diangguk perlahan.

Tiba-tiba Alessandro membongkok, menyamai ketinggian mereka dan membunuh jarak antara mereka. Ayla mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Answer me with your sweet voice, bambina," bisik Alessandro di hadapan wajah Ayla, suaranya kedengaran lembut dan menggoda.

Astaghfirullah al-'azim!

"U--uh, y--yes, I d--do," jawab Ayla tergagap-gagap. Bibir Alessandro naik mengukir senyuman sinis.

"Good girl," Alessandro kembali berdiri tegak.

"I hope you don't tell anybody about what happened that night. Or else--"

Pandangannya yang tajam berubah semakin tajam. Tanpa Ayla sedar, tubuhnya menggigil kecil tetapi digagahkan jua, dia tidak boleh kelihatan lemah di hadapan jejaka kacukan itu.

Anak mata Ayla turun ke arah sut Alessandro yang diselak sedikit, di menampakkan beberapa pucuk pistol. Terbeliak luas mata Ayla.

Alessandro tersenyum sinis, kemudian sut itu ditutup kembali.

"Do you get it, bambina?"

"Y--yes," Ayla mengangguk, saliva ditelan.

"Ayla?" tegur satu suara, pantas Ayla menoleh ke arah sumber suara.

Berkerut dahi Ayla saat mengenal pasti figura itu.

Nawfal tersenyum manis, namun pada mata Ayla, tidak ubah seperti syaitan bertopeng malaikat.

"Apa khabar? Kau sihat?" soal Nawfal mesra bersama senyuman lebar.

Ayla mendegus perlahan.

"Tak nampak aku sihat wal'afiat depan kau ni?" soal Ayla kasar. Nawfal tersenyum senget, kemudian memandang ke arah Alessandro.

"Siapa mat saleh celup ni?" Nawfal menatap Alessandro atas bawah. Dari gaya, nampak seperti orang berada.

"It has nothing do with you, Nawfal,"

"Alah, sayang. Aku tanya je. Janganlah garang sangat," ujar Nawfal, lembut. Menggeliat geli Ayla dibuatnya.

"Kepala otak kau sayang," ujar Ayla, nadanya lebih kasar. Mendengar akan nada lembut Nawfal yang cuba untuk menggodanya, mengingatkan dia kepada peristiwa hitam.

Dan peristiwa itu terjadi disebabkan Nawfal.

"Salah ke nak panggil kau sayang? Aku kan sayang kau," tangan Nawfal naik ingin menyentuh Ayla namun ada tangan lain yang menghalang.

Tersentak Ayla dan Nawfal dengan tindakan tiba-tiba daripada Alessandro. Nawfal menoleh ke arah jejaka Itali itu yang sedang merenungnya tajam dengan anak mata hijau zamrudnya.

Bibir Alessandro didekatkan dengan cuping telinga Nawfal.

"Touch her, and I'll send you to hell,"

"Kau siapa, hah?" soal Nawfal. Tanpa perasaan gentar walaupun sekelumit, pandangan Alessandro dibalas. Dengan senyuman sinis, Alessandro menguatkan cengkaman pada tangan Nafwal, membuatkan Nawfal meringis sakit.

"Nawfal Haqimi Ahmad Marzuki, right? It's nice to meet you," ujar Alessandro senada.

Nawfal tersentak. Bagaimana jejaka itu boleh mengetahui namanya sedangkan mereka tidak pernah bertemu sebelum ini? Sekali lagi Alessandro mendekatkan bibir delimanya pada cuping telinga Nawfal dan berbisik,

"I know everything about you, Nawfal. Everything. I know what you have done to her. So don't you ever dare to play with me. My eyes are on you. Touch her, and you die. Get it?" cengkaman di tangan dikuatkan lagi. Erangan terlepas daripada mulut Nawfal. Tangannya sedaya upaya ditarik daripada cengkaman Alessandro namun tidak berjaya. Kudrat jejaka Itali itu melebihi kudratnya.

Akhirnya Alessandro melepaskan tangan Nawfal yang sudah merah itu. Anak mata zamrudnya masih menatap tajam figura Nawfal seakan ingin meratah sahaja tubuh itu hidup-hidup.

Nawfal melangkah pergi. Sempat anak matanya menjeling figura Alessandro, tidak lupa juga Ayla. Aura jejaka mat saleh itu mendirikan bulu romanya. Seram! Pandangannya seakan ingin menelannya sahaja.

"Uh--" Ayla yang dari tadi terdiam, akhirnya bersuara. Anak matanya tertancap pada Alessandro.

Alessandro mengeluarkan telefon pintarnya lalu menelefon seseorang. Ayla hanya berdiri kaku, tidak tahu hendak berbuat apa. Selesai sahaja bercakap dengan orang di hujung talian, talian dimatikan.

Beberapa saat kemudian, muncul sebuah kereta Limousine.

"Get in. He will send you back to your workplace,"

"Huh?" terkebil-kebil mata Ayla.

"Get in the car, bambina. Or do you want me to carry you?" ugut Alessandro dengan suara lembut. Ayla meneguk air liur, lalu segera masuk ke dalam kereta mewah itu.

Enrique memulakan pemanduan dan pacuan empat roda itu mula membelah jalan.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Hehe, update juga chapter ni lepas dah berapa lama kena sidai dekat draft. I'm sorry for the late update. Saya terlupa + busy + malas. Jadi tolong maafkan saya T-T.

Love,
aelyaa ♡

Devil's BrideWhere stories live. Discover now