⋆·˚ DB | 14 ༘ *

18 5 0
                                    

Fokusnya cuba dikekalkan namun gagal. Rasa di dalam diri menghalangnya daripada fokus. Matanya menjeling Alessandro di sisi, ragu-ragu dan takut untuk pamit diri. Bagaimana jika jejaka itu tidak membenarkannya? Tetapi dia sudah tidak tahan! Dia perlu ke tandas!

It's okay, Ayla. Bos kau tu bukannya kejam sangat sampai tak benarkan kau pergi tandas, kan? Batinnya berkata.

"Um... sir," Ayla berbisik, cuba meraih perhatian Alessandro tanpa pengetahuan sesiapa.

Dan berjaya. Anak mata hijau itu membalas tatapan Ayla. Dingin dan tidak beremosi.

"May I go to the toilet?"

"Hmm," balasnya mendatar. Ayla perlahan-lahan bangkit, kemudian berhati-hati keluar dari bilik meeting itu.

Keluar sahaja figura itu, Alessandro senyum senget.

"She sounds like a kindergartner talks to her teacher," gumam Alessandro sendiri, cukup untuk dirinya sahaja mendengar.

✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧

Selesai sahaja mengepam, Ayla mengeluh lega. Selak kunci ditolak ke tepi lalu Ayla menolak pintu untuk buka namun pintu itu tidak terbuka, tersekat. Ayla telan air liur. Ah, sudah. Apa yang terjadi?

Sekali lagi pintu cuba dibuka namun tidak berjaya. Terasa seperti ada sesuatu yang menghalang pintu itu dari terbuka dari luar. Ayla cuak.

"Helo?" gadis itu cuba memanggil, tidak kisahlah sesiapa sahaja. Dia perlu keluar dari sini! Meeting masih belum selesai. Tetapi malang, tiada sesiapa mendengar suaranya. Hanya dirinya di dalam tandas ketika itu.

"Handphone!" Ayla menyeluk tangan ke dalam poket. Mungkin dia boleh meminta pertolongan Alessandro. Walaupun kedengaran gila untuk meminta pertolongan pada seorang lelaki, tetapi Ayla cuba tebalkan muka.

Namun poketnya kosong. Dahi ditampar. Ah, dia terlupa dia meletakkan telefon pintarnya di atas sinki sebelum masuk ke dalam kubikel tandas.

"Aduh, macam mana ni?" dahinya berpeluh kerana udara panas di dalam tandas. Bibir dikemam, cuba memikirkan cara untuk keluar dari kubikel ini. Dia perlu keluar, tidak kira apa pun. Dia tidak mahu Alessandro fikir dia memonteng meeting tersebut. Kemungkinan dia akan dibuang kerja kerana sudah melakukan kesalahan di hari pertama.

Dia tak mahu itu terjadi!

"Sudah, Ayla! Kau banyak sangat over thinking ni," Ayla memberikan semangat pada diri sendiri. Selak kunci kembali menjadi perhatian, sebelum cuba untuk dibuka sekali lagi.

Ayla ketap gigi. Geram. Pintu cuba dibuka dengan kasar sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Gadis itu mencuba lagi, tidak mengalah malah semakin kuat bunyi yang terhasil kerana kudrat wanitanya yang digunakan.

Setelah beberapa minit, akhirnya dia mengalah. Dia duduk di atas jamban sebelum mengeluh. Siling ditenung.

Apa yang harus dia lakukan sekarang?

[ Flashback ]

1 tahun sebelum

"Apa yang kau buat ni, Nawfal?!" Ayla cuba melawan Nawfal tetapi tiada guna. Kudratnya tidak cukup untuk melawan Nawfal yang lebih kuat daripadanya.

Tubuh gadis itu ditarik ke dalam tandas lelaki yang tampak lama. Pintu ditutup lalu dikunci. Takut mula menjalar di dalam hati, namun dikuatkan juga. Dia tidak boleh kelihatan lemah di hadapan lelaki ini.

Devil's BrideWhere stories live. Discover now