⋆·˚ DB | 16 ༘ *

17 5 0
                                    

Keesokan harinya, Ayla pergi kerja seperti biasa. Gadis itu mengeluh perlahan. Semoga semuanya baik-baik sahaja hari ini.

Aamin.

"Morning, Ayla!" tegur Zulfa ceria.

"Waalaikumsalam," sarkastik balasan Ayla. Tersentap Zulfa dibuatnya. Memuncung bibirnya. Hek eleh.

Ayla tergelak kecil sahaja. Tiba-tiba sahaja dia merasakan sakit di bahagian rahimnya.

Oh, tidak. Jangan sekarang. Mengapa harus ketika dia sedang bekerja?!

"Kau kenapa ni? Sakit ke?" soal Zulfa prihatin. Berkerut sahaja dahi Ayla. Tangannya pula memegang perut.

"Kau gastrik ke? Tak sarapan?"

Ayla geleng.

"Bukan... n--ni... s--sakit perempuan," bisik Ayla, tidak mahu yang lain mendengar.

"Nak panadol tak?"

"Tak perlu. Nanti dia reda sendiri," Ayla senyum payah. Ah, kenapa kau tolak pertolongan orang, Ayla? Bijak betul.

Ha, hadaplah sakit tu sendiri.

"Betul ni?"

"Ya. Selalunya aku sakit ni tak lama," bohong. Hari ini merupakan hari pertama, jadi tidak hairan jika sakitnya menyengat sungguh. Seperti nyawa hendak tercabut saja.

Mahu sahaja dia hentak kepala sendiri. Sejak bila dia pandai menipu ni? Ayla mengeluh di dalam hati.

"Okeylah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa panggil aku. Bye," Zulfa berlalu pergi. Ayla melambai kecil walaupun Zulfa tidak nampak.

Ipad dicapai lalu Ayla mengatur langkah ke pejabat Alessandro. Pintu diketuk.

"Come in,"

Tanpa berfikir panjang daun pintu dibuka. Gadis itu menapak masuk setelah menutup pintu di belakangnya. Walaupun agak gugup untuk menutup pintu sedangkan hanya mereka berdua tetapi hendak buat bagaimana lagi? Bagaimana kalau Alessandro membunuhnya?

Dia tak mahu mati!

"Brief my schedule," arah Alessandro. Matanya melekat pada fail-fail dan komputer riba di atas meja. Ayla akur dan memberitahu jadual Alessandro pada hari ini.

Suaranya cuba kedengaran tenang walaupun sakit di rahim mencucuk. Postur badan dikekalkan untuk tegak agar tidak membongkok. Dia perlu profesional. Sakit cuba tidak diendahkan.

"That's it?" soal Alessandro, masih menumpukan perhatian pada fail.

"Yes, mio bel--ack!" gadis itu menekup mulut apabila tidak sengaja mengadu sakit.

Memalukan diri saja kau ni! Marah batinnya sendiri.

"Are you okay, bambina?" terjongket sebelah kening Alessandro.

"Yes, I am mio bel signore,"

"Are you sick?" soal Alessandro lagi, tidak mempercayai Ayla.

"No, mio bel signore. I'm totally--ack!" tak dapat bertahan lebih lama, akhirnya belakang tubuh Ayla membongkok. Sakit di rahim semakin mencucuk.

Sakit, ya Allah. Tolong Ayla, mama! Ayla rasa mahu menangis sahaja. Air mata mula memenuhi kolam mata. Jurang matanya terasa hangat. Sakit... Dia mahu berbaring tika ini.

"Tell me the truth. Are you really okay, bambina?" entah sejak bila Alessandro bangkit dari kerusi empuk itu, sedar-sedar sahaja jejaka itu berada di hadapannya.

Devil's BrideWhere stories live. Discover now