Ayla mengeluh lemah. Dia duduk sendiri di dalam bilik, termenung dan mengingat kembali kejadian yang tidak terjangka itu. Sekali lagi Ayla mengeluh.
"Ayla!"
Terhinjut bahu Ayla apabila disergah dengan suara Alisha dengan hempasan pintu yang tidak kalah kuatnya. Pandangan dihalakan pada Alisha.
"Kau kenapa terjah bilik aku ni?"
"Weh, Ayla! Aku ada berita hangat nak bagitau kau!" Alisha meluru ke arah Ayla lalu melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan Ayla. Di tangannya ada telefon pintar miliknya.
"Apa dia?"
"Tengok ni!" Alisha menyuakan telefon pintarnya pada wajah Ayla. Memincing mata Ayla membaca perkataan yang tertera di skrin gajet tersebut.
"Ini bukan ke--" ayatnya dibiarkan bergantung, lalu Ayla memandang ke arah Alisha. Alisha mengangguk.
"Ya, nilah lelaki yang tolong kau dekat airport hari tu! Sekarang ni dia dah viral sejak dia tolong kau," ujar Alisha dengan bersemangat.
Ayla membaca kembali perkara yang tertera di skrin, atau lebih tepat, maklumat tentang jejaka bermata hijau zamrud yang ditemuinya di lapangan terbang tempoh hari.
Alessandro Xavier D'Arcy, the CEO of De Luxe Empire Holding--one of the biggest and luxury furniture company in the world. He was born in Rome, Italy at March 15 and has mixed Italian and Spanish blood. He also has a pair of emerald green eyes, which is he inherited from his mother's family.
Mulut Ayla sedikit terbuka, tergamam dan terkejut. Jejaka itu ialah seorang CEO kepada salah satu syarikat perabot yang paling mahal di dunia, dan berdarah kacukan Itali dan Sepanyol. Jadi tidak hairan jika dia mempunyai sepasang mata hijau zamrud yang unik itu.
Alessandro Xavier D'Arcy, jadi itu nama jejaka itu. Dilihat dari namanya, pasti jejaka itu bukan muslim. Jadi tidak hairanlah jikalau--
Pantas Ayla menggeleng apabila kejadian di lorong itu terbayang di fikirannya kembali. Gila, semua ini gila dan tidak masuk akal untuknya. Seorang CEO syarikat yang terbesar di dunia, dan berkemungkinan juga seorang yang berbahaya telah menolongnya di lapangan terbang. Gila. Semua ini gila!
"Kau kenapa ni?"
Ayla tersentak apabila Alisha menegurnya. Entah apa yang Ayla sedang fikirkan. Nampak seperti sedang berfikir jauh.
"Oh, takde apa," balas Ayla, cuba kelihatan tenang.
"Tapi handsome-lah mamat nama Alessandro ni. Dahlah orang Itali, mix Sepanyol, mata hijau, badan pun tough, elok kalau jadi suami aku. Tapi sayang, ateis," Alisha membuat wajah sedih seiring dengan tangannya yang naik mengelap air mata yang langsung tidak wujud di tubir matanya itu. Sengaja buat drama.
Alisha Irdiena, the queen of drama.
"Tak payah nak buat drama air mata kat sini. Menyampah aku,"
Alisha mengambil bantal lalu dibaling ke arah Ayla namun sempat dielak. Ayla menjelirkan lidah ke arah sahabatnya itu.
"Tak kena!"
"Sini kau!"
Ayla pantas bangun daripada katil apabila Alisha mencapai sebuah lagi bantal dan berura-ura ingin mengejarnya. Rumah banglo itu riuh dengan larian dan gelak tawa mereka.
Untuk seketika, Ayla dapat melupakan kejadian yang tidak terduga di lorong malam itu.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
"Ayla Madalena, huh?"
Kertas di tangannya diletakkan di atas meja. Pandangannya dihalakan ke arah manusia di hadapannya.
"Keep watching her,"
"Sì, signore," ujar Enrique seraya menundukkan badan 90 darjah. Anak mata hijaunya turun pada gambar seorang gadis bertudung.
"I hope you don't do anything stupid, baby," Alessandro tersenyum sinis, menampakkan gigi tarinya.
"You may go,"
"Sì, signore," Enrique menunduk lagi sebelum melangkah keluar, meninggalkan Alessandro sendirian di bilik kerjanya.
Klak!
"Yow, what's up?"
Keluhan malas terlepas dari mulutnya apabila mendengar suara yang tidak asing di koklea pendengarannya.
"What do you want, Vion?"
Jejaka yang dipanggil Vion itu melabuhkan punggung di sofa bujang yang tersedia di dalam bilik kerja Alessandro.
"Nothing, just want to hang out," Vion tersengih, menyerlahkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Alessandro mengeluh.
"I heard that a girl saw you killed Jason last night," ujar Vion selamba. Kaki kanannya naik menindih kaki kiri, gayanya sungguh santai. Bibirnya masih tersengih.
Alessandro diam tidak membalas.
"Why? Cat got your tongue?" soal Vion, sebelah keningnya terjongket dengan senyuman senget.
"Can you just shut up?"
"Nope," Vion menyandarkan belakang tubuhnya yang tegap pada sofa, seraya memberikan senyuman kepada Alessandro yang menatap dingin ke arahnya.
Senyum itu sedekah, tidak gitu?
Tanpa mempedulikan kewujudan Vion, Alessandro melihat kembali kertas di atas mejanya, di mana terletaknya banyak gambar dan maklumat tentang seseorang.
"Who is this? Your girl?" soal Vion yang entah sejak bila muncul di sebelah Alessandro. Namun Alessandro tidak terkejut, dia tahu akan kelebihan jejaka itu yang boleh bergerak dengan tangkas dan licik tanpa diketahui musuh di dalam gelap.
Dan disebabkan itu, musuh-musuh mereka menggelarkannya sebagai Invisible Shadow.
Bayangan yang tidak kelihatan.
"She's not my girl," ujar Alessandro, membalas pertanyaan Vion tadi.
"Hmm, pretty," komen Vion sambil menatap gambar seorang gadis bertudung.
"Is she the same girl who saw you last night?"
Alessandro mengeluh lemah apabila Vion mula bercakap banyak. Rimas dia. Tidak letihkah jejaka itu bercakap? Dia sebagai orang yang mendengar yang letih.
"Sì," jawab Alessandro dengan nada malas. Vion tersengih.
"I'll keep this. Grazie," Vion menyimpan gambar tersebut di dalam poket lalu melangkah keluar daripada bilik kerja Alessandro itu.
"Ci vediamo dopo, fratello," ujar Vion sebelum pintu itu ditutup.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
Sorry for the grammar error. Saya mintak bantuan Pak Cik Google je itu pun belum tentu betul. Kalau ada salah silap dipersilakan untuk tegur. Saya terima dengan hati yang terbuka seluas cinta saya kepadamu 💋
YOU ARE READING
Devil's Bride
Romance╰┈➤ Book 1 Alessandro Xavier D'Arcy & Ayla Madalena "Miss, your heel," "Oh, thank you," Tanpa mereka sedar, pertemuan di lapangan terbang yang tidak disengajakan itu merupakan permulaan kepada segalanya. Alessandro Xavier D'Arcy, penuh aura misteri...