[ Flashback ]
20 tahun lalu
"Fratello!" panggil satu suara kecil menarik perhatian Alessandro. Figura kanak lelaki yang memanggilnya itu dijeling. Tanpa kata Alessandro bangkit meninggalkan kanak lelaki itu.
"Aspetta, fratello!" panggil kanak lelaki itu lagi, mengejar langkah figura yang digelar abang itu.
"Fratello, let's play!"
"Fratello--"
"I'm not your brother!" jerkah Alessandro, mengejutkan si kecil. Langkahnya terhenti. Alessandro memandang tajam ke arah si kecil itu lalu menyambung langkahnya.
Lengan patung beruang di tangan digenggam erat, cuba mengumpul kekuatan.
"It's okay, Vion. He's just in a bad mood. You're fine," kepala patung itu diusap perlahan. Kepala diangkat kembali, menatap belakang tubuh Alessandro menapak masuk ke dalam bilik. Kaki kecilnya itu pantas mengekori langkah Alessandro.
Kepala dijengah ke dalam tanpa menyedarkan Alessandro akan perbuatannya itu. Vion tersenyum melihat Alessandro yang berdiri di hadapan meja belajarnya. Di atas meja itu terdapat sebuah kotak mainan yang mahal jenamanya.
Berkerut dahi Alessandro melihat objek yang asing itu. Sehelai kad yang dilipat di atas kotak itu diambil oleh Alessandro. Tulisan yang comot yang berwarna warni di atas dada kertas itu dibaca.
To my handsome fratello, Alessandro
Happy 9th birthday, fratello!
Hope you like this gift! I knew you want it so I asked mama to buy it for you! And I hope one day, I will become someone as strong and cool as you! You are my idol! ^^
I love you, fratello!
From your cute brother, Vion :3
Lama kad itu ditenung, sebelum anak matanya menjeling ke arah Vion yang bersembunyi di sebalik pintu. Terkejut anak kecil itu menyebabkan badannya terundur setapak dan kepalanya terhentak pada dinding.
"Ow!" kepala diusap perlahan.
"What are you doing here?" soal Alessandro, cukup dingin. Vion menelan air liur.
"Uh... n--nothing!" Vion menggeleng laju. Alessandro diam, masih dengan tatapan tajam itu.
"What's this for?" kad di tangan dilayangkan. Vion terdiam. Alessandro tidak menyukai hadiah pemberiannyakah?
"Um... your birthday present?" jawab Vion ragu-ragu. Kepala ditunduk ke lantai. Tiada jawapan daripada Alessandro, Vion angkat kepala.
Alessandro mengalihkan pandangan. Keluhan lemah dilepaskan.
"Go,"
Vion angguk, laju sahaja kanak lelaki berusia 5 tahun itu mencicit lari keluar daripada bilik mewah itu.
Perhatian Alessandro kembali melekat ke arah kotak mainan pemberian Vion. Kotak itu diusap perlahan. Sudah lama dia inginkan mainan ini. Selama ini dia diamkan sahaja permintaannya itu kerana dia tahu, bapanya itu tidak akan memenuhi permintaannya
Berbeza dengan Vion. Bapanya itu akan menuruti permintaan anak keduanya itu berbanding dirinya. Dunia memang tidak adil.
Alessandro mengeluh lemah. Kad buatan Vion dilihat sekali lagi.
YOU ARE READING
Devil's Bride
Roman d'amour╰┈➤ Book 1 Alessandro Xavier D'Arcy & Ayla Madalena "Miss, your heel," "Oh, thank you," Tanpa mereka sedar, pertemuan di lapangan terbang yang tidak disengajakan itu merupakan permulaan kepada segalanya. Alessandro Xavier D'Arcy, penuh aura misteri...