Masuk sahaja ke dalam bilik, Ayla rebahkan tubuh di atas katil. Matanya tidak lepas dari merenung siling yang kosong. Tubuhnya penat tetapi dia berasa lega bercampur seronok.
Seronok kerana diterima berkerja di syarikat yang diminta. Selepas ini tiada lagi kisah gelapnya bersama dengan T. Ghib's Holding.
Tetapi...
Ayla menggeleng laju tatkala bayangan mata hijau itu muncul di fikiran. Tidak! Jangan fikir tentang lelaki itu! Dia pasti lelaki itu tidak akan apa-apakannya.
Harapnya begitulah. Hati Ayla berbisik.
Lirikan mata itu, setajam bilah pedang. Suara itu, keras memberikan amaran bagaikan batu.
"Siapa dia sebenarnya?" gumam Ayla sendiri. Sekali lagi dia mengeluh, memejamkan mata untuk berehat sebentar. Tidak lama kemudian, mata itu kembali terbuka.
"Relaks, Ayla. Esok ialah hari baru kau. Semuanya akan berjalan dengan lancar,"
Ya, inshaa Allah.
Tubuh diangkat daripada katil lalu gadis itu mengatur langkah ke bilik mandi berserta tuala di tangan.
✧༝┉˚*❋ ❋*˚┉༝✧
Keesokan harinya, Ayla bangun daripada lena tatkala seruan azan subuh daripada telefon pintarnya berkumandang. Dengan mamai bercampur malas, Ayla bangun dan mengambil wuduk sebelum menunaikan solat subuh.
Selesai sahaja beribadah, Ayla membersihkan diri lalu mengatur langkah ke dapur. Kelihatan figura Datin Safira sedang memotong lobak merah sambil membelakanginya. Timbul idea nakal di benak Ayla ingin mengusik si ibu. Baru beberapa langkah, Datin Safira berpaling. Tercebik bibir Ayla.
"Ha, nak sergah mama lagilah tu," Datin Safira menjeling manja anak dara itu. Ayla sengih lalu memeluk erat tubuh ramping Datin Safira. Kemudian Ayla menghadiahkan ciuman di pipi mulus wanita itu. Datin Safira sekadar menerima perlakuan Ayla. Masak sangat dengan tingkah manja Ayla.
"Mama jangan marah. Nanti cepat tua, tak cantik dah,"
"Ada-ada saja kamu ni. Dah, jangan kacau mama nak masak ni. Shuh shuh,"
"Eh sampai hati mama halau kita," rengek Ayla dengan suara yang sengaja dikecilkan. Gedik! Tak ubah seperti Alisha.
Inilah yang dinamakan pengaruh rakan sebaya.
"Untuk kamu, semua sampai,"
"Mama ni," rengek Ayla lagi.
"Sudah, sudah. Nak tolong mama masak ke tak ni?"
"Nak!" bersinar mata Ayla mendengar akan pelawaan Datin Safira. Janda itu menggeleng perlahan. Sabar sahaja dengan anak dara seorang ini.
"Pergi basuh timun sana,"
"Aye aye, captain!" segera Ayla akur akan arahan Datin Safira. Bakul kecil berisi sayur timun dibawa ke sinki lalu mula membasuh sayuran hijau tersebut. Usai, dia mengemas bahan-bahan masakan yang bersepah sementara Datin Safira leka menggoreng nasi.
Datin Safira lebih gemar membuat kerja rumah sendiri berbanding mengupah orang gaji. Dia tidak kisah tubuhnya lelah, asalkan masanya tidak terbazir. Badannya juga akan cergas. Walaupun dia daripada kalangan orang berada, dia lebih suka lakukan semuanya sendiri. Dan disebabkan itulah yang membuatkan arwah Dato' Omar tertarik dengan Datin Safira.
YOU ARE READING
Devil's Bride
Romance╰┈➤ Book 1 Alessandro Xavier D'Arcy & Ayla Madalena "Miss, your heel," "Oh, thank you," Tanpa mereka sedar, pertemuan di lapangan terbang yang tidak disengajakan itu merupakan permulaan kepada segalanya. Alessandro Xavier D'Arcy, penuh aura misteri...