IHSAN NIKMAT CORPORATION (INC) sebuah syarikat yang lahir dari usaha pasangan suami isteri Johari (Tuan Joe) dan Salmiah ( Puan Miah ) setelah beberapa tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak mereka bujang dimana En Johari menjadi Jurujual Kereta ,sebelum menjadi perunding hartanah dan pelaburan saham unit amanah.Puan salmiah pula bermula sebagai ejen insurance dan aktidf dalam jualan langsung bagi produk kosmetik,makanan kesihatan dan ehen pelancungan .Bagi menguatkan syarikat yang di tubuhkan mereka menjemput rakan lama Alex Chan ( Alex) yang berpengalaman sebagai perunding pemasaran dan kewangan dengan memiliki pegangan saham sebanyak 30% dan bakinya dimiliki oleh Johari ( 40% dan saklmiah 30% bagi mengekalkan status syarikat sebagai milik bumiputra.
INC bermula dengan mengambil pasukan pengurusan kanan yang berpengalaman dalam bidang masing masing dari industry sedia ada seperti berikut;
.En Johari ( Pengerusi Eksekutif )
Puan Salmiah ( Pengarah Eksekutif -Pengurusan)
En Alex Chan (Pengarah Eksekutif - Pemasaran)
Hafizi -Pengurus Kanan -Pembangunan Perniagaan
Azura -Pengurus Kanan Pentadbiran
Sylvia Chong- Pengurus kanan Akaun dan Kewangan
Syed Yusof -Pengurus Operasi Projek
Ravindran Kutty -Pengurus (Safety and Security )
Rosli -Pengurus IT dan Teknologi
Patricia Pereira -Pengurus Media dan PR.
Sebagai syarikat perunding INC tidak memerlukan ruang niaga dan pejabat yang besar dan mereka hanya menyewa dua unit rumah kedai di pinggir bandar sebagai pejabat pengurusan.apejabat di Tingkat atas menempatkan pejabat Pengerusi Eksekutif,Pengarah dan Pengurus kanan sementara di tingkat bawah menempatkan kakitangan sokongan dan bilik mesyuarat dan perbincangan. INC menggunakan pendekatan 'personal contact and touch'bagi mendapatkan projek projek dan juga memantau projek projek yang diperolehi serta memberi khidmat susulan kepada pelanggan .maka kerana itu pengurusan tertinggi INC seperti En Joe,Alex dan Hafizi lebih banyak masa dan keberadaan nya di luar pejabat pda hari hari kerja biasa dan hanya berada di pejabat selepas jam 6 petang atau malam dan nhujung minggu sahaja i tu pun jika tiada temu janji atau majlis yang perlu dihadiri bersama pelanggan atau bakal pelanggan.
Bagi urusan harian di pejabat dan juga perkhidmatan pelanggan INC kombinasi 'ladies power'yang di ketuai oleh Puan Salmiah ( Miah ) dan trio 'angels' nya Azura,Sylvia dan Patricia bukan sahaja menambat hati para pelanggan atau bakal pelanggan tetapi juga pelawat dan pengunjung yang datang atau singgah bertandang . Penampilan dan watak yang di perlihatkan bagai layanan pramugari penerbangan membuatkan 'boss' yang ada amat berat untuk keluar pejabat dan jika berada di luar akan rasa mahu segera pulang ke pejabat. Pengalaman dalam pengurusan pelanggan yang ada pada Puan Salmiah, Azura ,Sylvia dan Patricia di menafaatkan sepenuh nya oleh INC ,Kecuali Puan Salmiah yang berusia di awal 40an,ketiga tiga heroin yang lain berusia pertengahan 30an dan masih kelihatan seperti wanita di lengkongan 20an.
Pasukan teknikal dan sokongan bagi INC di kendalikan oleh Syed Yusof sebagai Pengurus Operasi yang memantau perlaksanaan sesuatu projek yang di jalankan oleh INC dan di bantu oleh Ravindran selaku pengurus safety dan security dan Rosli sebagai pengurus IT dan Teknologi yang memberi input kepada sebarang cadangan perniagaan yang di buat oleh INC.Selalu nya cadangan perniagaan akan di sediakan oleh En Joe sendiri atau Hafizi dan Alex mengikut sektor masing masing.HAfizi fokus kepada projek projek kerajaan sementara Alex kepada projek swasta dan En Joe akan menyelia kedua dua sektor termasuk mencari rakan kongsi atau usaha sama dengan pelabur luar negara.
Dalam tiga tahun pertama INC beroperasi ,mereka telah berjaya memperolehi 5 projek bernilai lebih 300 juta dengan dua 3 dari nya dari jabatan kerajaan yang di uruskan oleh hafizi dan dua projek swasta setiap satu oleh en Joe dan Alex .Atas pencapaian itu Hafizi telah di naikkan pangkat dari seorang Pengurus ke Pengurus Kanan dan di beri seorang Penolong Pengurus ,Siti Salwani (Wani) lulusan sarjana ekonomi yang pernah bekerja di Bank Negara selepas tamat pengajian. Dalam urusan kerja nya HAfizi melapur terus kepasa En Joe dan dengan mandat yang di beri oleh En Joe,hafizi boleh memberi arahan untuk mendapat kerjasama dari ketua ketua jabatan yang lain dengan mudah dan pantas. Jabatan ini juga disediakan seorang pemandu yang khusus untuk kegunaan di jabatan dan biasanya bagi urusan Hafizi dan Salwani.
Bagi jabatan pemasaran yang berkait rapat dengan Pembangunan Pernigaan, En Alex di bantu oleh Caroline sebagai Eksekutif kanan yang berasal dari Sawrawak .Walau pun peluang agak luas dan banyak,namun sebagai syarikat baru agak sukar dan liat bagi INC untuk bersaing dengan syarikat yang sudah lama berada di dalam pasaran dan industry .Dengan kombinasi pengalaman Alex sebagai 'orang lama'dalam industry dan bantuan Caroline yang cukup dinamik ,mereka masih lagi 'struggle'untuk membawa INC ke dalam lingkungan syarikat pengurusan projek. Dalam hal ini En JOe selaku Pengerusi Eksekutif dan CEO INC terpaksa memberi lebih tumpuan dalam sektor ini kerana mempunyai nilaian projek yang besar untuk di perolehi .Bagi tujuan ini En Joe dibantu secara khusus oleh seoarang Jurutera Perancangan (Planning Engineer) Cik Stella DeCruz wanita kacukan Portugis dari Melaka.
SAmada kebetulan atau sengaja di rancang kombinasi 'gender'bagi pengurusan tertinggi bagai membenarkan kata kata pujangga iaitu di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang seorang wanita seperti di syarikat ini iaitu En Joe dengan Stella, Alex dengan Carolone dan Hafizi dengan Wani. Begitu lah sebalik nya di belakang 'boss'wanita ada jejaka yang membantu iaitu Sabri sebagai Eksekuti Kanan Pengurusan yang mebantu Puan Salmiah, Satish Kumar seorang Akauntan kanan yang membantu Sylvia dan Shahril eksekutif pentadbiran sebagai pembantu Azura. Mungkin fitrah manusia yang membuat hubungan menjadi lebih harmoni dengan gandingan sedemikian.
Namun kejayaan syarikat tidak akan terhasil tanpa sumbangan petugas dan pembantu bawahan seperti SAmson Andik pembantu khas merangkap pemandu dan body guard En Joe, Rafiq pemandu Puan Salmiah dan Nathan pemandu Alex, Zaini pemandu pejabat Hafizi serta Hanisah Pembantu TAdbir pejabat CEO dan ED, Hanisah Pembantu Tadbir Kewangan, Jothi Pembantu Tadbir Pemasaran, Hazri pembantu Tadbir Operasi , ZAhidah pembantu Am Tadbiran ,Devi pembantu Am security dan BAdri juruteknik IT serta Kak Hafidah sebagai Tealady dan Pelayan Pejabat.
Dengan bilangan pekeraja seramai itu syarikat INC di anggap sebagai syarikat bersaiz kecil yang memaksa pihak pengurusan mengamalkan budaya kerja terbuka secara berpasukan terutama di peringkat sokongan dan pentadbiran agar masing masing tahu tugas rakan yang lain dan boleh menganti atau membantu bila di perlukan. Penerapan budaya 'kualiti lebih tama dari kuantiti' mengalakan kakitangan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran mereka setiap masa.(1003)
YOU ARE READING
C ++ # INFINITY NOVELA CONTEST 2024: IHSAN NIKMAT CORPORATION
RomanceIHSAN NIKMAT CORP.(INC) Syarikat yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri Johari (Joe) dan isteri ( Salmiah (Mia) bersama rakan kongsi Alex dalam bidang perunding perniagaan dan projek kejuruteraan . Kombinasi pengalaman orang lama dan pengetahuan...