#INC 2024 Part 4- Debaran Puan Miah

1.4K 23 1
                                    

Sebagai seorang usahawan semenjak muda Puan Miah sentiasa berfikir dan bercakap mengenai 'perniagaan' apatah lagi kini dia menjadi rakan kongsi dalam INC yang di tubuhkan bersama suami nya Tuan Joe yang kemudian di sertai oleh Alex sebagai rakan kongsi. Olehkerana beliau kurang pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan projek secara teknikal,maka beliau terpaksa memegang portfolio 'Pengurusan' dan menjadi bagai seorang ibu di pejabat INC. Namun jiwa dan nadi nya yang masih kental dengan dunia perniagaan,Puan Miah tidak puas hati hanya sekadar menjaga portfolio 'pengurusan 'di dalam INC.

Puan Miah sentiasa mencari peluang dan jalan untuk terlibat secara langsung dengan 'perniagaan'dan memperolehi keuntungan bagi dirinya sebagai bekalan dan persiapan masa depan nya. Dia melihat masih ada ruang dalamportfolio untuk nya berbuat demikian menerusi portfolio 'Operasi'  yang di ketuai oleh Syed Yusof kenalan lama yang pernah bekerja dengan nya sebelum penubuhan INC ,Selain itu portfolio lain ialah Pentadbiran yang di ketuai oleh Azura yang menjadi orang kanan yang rapat kepada Puan Miah. Antara kedua portfolio itu portfolio Operasi lebih menjanjikan peluang yang lebih lumayan berbanding dengan Pentadbiran.

Bersama Syed Yusof menaliti senarai kontraktor dan sub kontraktor yang telah mendapat 'job' dari projek projek kendalian INC serta nilai yang diperolehi oleh mereka. Mereka juga melihat profile syarikat termasuk peneraju peneraju utama termasuk pemilik dan juga pengurusan kanan mereka. Puan Miah mengarahkan Syed Yusof untuk mengatur perjumpaan dengan individu yang menjaga atau  mengetuai projek kelolaan INC. Puan Miah sekadar memaklumkan secara ringkas kepada Syed Yusof rancangan dan sebab untuk dia menghubungi vendor dan kontraktor berkenaan.

Puan Miah mula merangka cadangan 'smart partnership'dengan kontraktor berpotensi bagi projek projek baru yang memerlukan bahan mentah dan sumber lain menerusi INC yang akan di uruskan oleh nya kemudian  sebagai separate entity dari INC untuk mengelakan timbulnya konflik kepentingan antara nya dan INC. Seterusnya Puan Miah mengenalpasti pihak ketiga yang berkaitan untuk di jadikan 'entity'sebagai pembekal atau vendor yang  memberi pulangan kepada kontraktor yang terpilih. Puan Miah mahu pemilihan vendor bukan lagi diserahkan sepenuhnya kepada kontraktor yang berjaya tetapi 'diatur' olehnya agar masing masing mendapat faedah. Dia yakin dengan menggunakan kedudukan nya di INC lebih mudah untuk meyakinkan mana mana kontraktor yang terlibat nanti.

Percaturan Puan Miah ini hanya di ketahui oleh Syed Yusof seorang sahaja dan dia yakin 'hubungan akrab'antara mereka berdua memberi jaminan rahsia itu tidak bocor di INC sendiri .Jika sebelum bersama dengan INC pun Syed Yusof sudah banyak termakan budi dengan Puan Miah ,maka urusan sebegini merupakan kesinambungan bagi nya walaupun terpaksa berlagak dan berlakun bagai 'kekasih gelap'kepada Puan Miah.Terlalu banyak wang Puan Miah yang di gunakannya untuk kelangsungan hidup sejak  dia bujang hingga lah  berkahwin dan mempunyai dua orang anak dengan isterinya yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Bagi  Puan Miah,Syed Yusof merupakan sosok yang agak selamat untuk di dampingi dan melayan rasa sepi kerana Syed Yusof  dan Tuan Joe telah lama saling mengenali kerana pernah bekerja pada syarikat yang sama.Tuan Joe juga lah orang yang memperkenalkan isteri nya kepada beliau ketika itu.  Syed Yusof yang memiliki darah keturunan Arab memberikan kelebihan di segi wajah dan fizikal nya yang menjadi tarikan kepada Puan Miah .Syed Yusof pula pandai mengambil hati dan selalu memperlihatkan sifat keperhatinan dan gentleman bila bersama Puan Miah yangmembuat sesiapa yang melihat mereka sering  menganggap mereka sebagai pasangan suami isteri.

" Puan saya risau jika kita sering bersama terutama selepas waktu kerja takut ada oarang yang akan beritahu Tuan Joe "itulah ungkapan yang sering di utarakan oleh Syed Yusof setiap kali mereka bersama diluar waktu bertugas."Alah you ni Syed, Joe tu pun kenal lama dengan you ,tak delah dia nak jealous atau risau kalau I nak berkepit dengan you pun"balas Puan Miah .Dia pun tahu Syed sebenarnya rasa 'beruntung' mendampingi dirinya kerana isterinya yang duduk di rumah tidak mampu menghidu hubungan mereka dan dia sendiri tidak berkira untuk berbelanja ketika mereka bersama.

Kebelakangan ini Syed Yusof pun menyedari Puan Miah 'menggunakan 'dirinya sebagai 'tindakbalas 'kepada suami nya yang makin intim dengan Sylvia Chan yang melapor secara langsung kepada nya ,hubungan yang normal antara CFO dan CEO dalam mana mana organisasi komersial . Sifat Sylvia yang tegas dan tidak memberi kelebihan pada dirinya selaku rakankongsi dan Executive Director di INC membuat Puan Miah menjadi  'marah'dan mula menyiasat hubungan Sylvia dan Tuan Joe.Olehkerana Syed Yusof sering berurusan dengan Sylvia,maka dia diminta menjadi perisik bagi dirinya.

Puan Miah sedar jika dibandingkan antara dirinya dan Sylvia,kelebihan banyak memihak kepada 'amoi' yang lebih muda darinya ,wajah dan sosok nya juga lebih cantik di samping memiliki kelayakan yang tinggi sebagai Akauntan Bertauliah. Puan Miah pun sedar Sylvia yang di bawa masuk oleh Alex yang punya hubungan kekeluargaan dengan nya mungkin dilihat sebagai strategi oleh Alex untuk memeprolehi maklumat penting syarikat terutama di segi kewangan .Ini lah antara sebab PuanMiah makin risau melihat hubungan yang makin akrab antara suaminya dan Sylvia ,Dia makin berdebar kerana mengetahui kelemahan suami nya bila berdepan dengan wanita secantik dan sebijak Sylvia itu.

Olehkerana Sylvia sentiasa berada di pejabat dan suami nya pula selalu berada di lapangan dan diluar kawasan,sukar juga bagi Puan Miah untuk mengagak bbagaimana hubungan antara mereka berdua itu menjadi akrab berbanding dengan hubungan nya dengan Syed Yusof yang lebih terbuka .Sebagai ahli perniagaan Puan Miah lebih  khuatir jika urusan kewangan dan akaun syarikat menjadi taruhan dalam hubungan mereka berbanding dengan perihal hubungan intim  mereka.Dengan kecanggihan sistem dan teknologi,urusan kewangan dan perakaunan makin menjadi mudah dan terdedah kepada salahguna kepada mereka yang terlibat denga nya,ini lah debaran tambahan yang menyesakan Puan Miah.bagi nya masih agak awal untuk dia 'menyanggah'atau mempersoalkan hal tersebut kepada suaminya selaku CEO tanpa ada fakta kukuh untuk menyokong tindakan nya nanti.

 Dia benar benar berharap Syed Yusof dapat melaksanakan peranan 3 dalam 1 kepada nya dengan baik iaitu sebagai orang tengah kepada kontraktor dan vendor,penyiasat persendirian hubungan antara suaminya dan Sylvia dan juga 'buah hati 'peneman kesepiannya. Sebagai seorang wanita dia akui emosinya mudah terganggu dan sering mengingatkan dirinya untuk kekal rasional dan profesional dalam mendepani cabaran dan masaalah yang dihadapi apatah lagi jika itu semua nya itu adalah pilihan yang di buat sendiri untuk dia terlibat .bagi Puan Miah,nasib baik lah anak anak nya telah besar dan boleh berdikari walau pun masih menjadi pelajar.(1010).      


C ++ # INFINITY NOVELA CONTEST 2024:   IHSAN NIKMAT CORPORATIONWhere stories live. Discover now