ALEX CHAN CHOU YEE (ALEX) merupakan kenalan lama Tuan Joe ketika mereka menjadi salesman kenderaan sebelum masing masing mengusahakan perniagaan sendiri dengan Alex menjadi perunding di bidang pemasaran dalam sektor peruncitan dan export import milik keluarga yang pada asalnya berniaga menjadi pembekal dan pengedar barang barang binaan. Semenjak Covid 19 menyerang Alex terpaksa 'mencari 'peluang perniagaan baru dan tawaran oleh TuanJoe untuk nya menjadi rakan kongsi segera di sambut dan dibeli saham yang ditawarkan kepada nya .
Pengalaman Alex dalam bidang perundingan pemasaran menepati keperluan syarikat baru seperti INC untuk menembusi pasaran pengurusan projek dalam sektor swasta samada dalam dan luar negara. BAgi Alex tugas ny akali ini agak mudah kerana dia perlu fokus kepada bidang 'pengurusan projek'dikalangan pemain industry swasta bagi mempelbagaikan portfolio perniagaan INC yang kini di dominasi oleh sektor kerajaan yang di pacu oleh Hafizi selaku Pengurusan kanan disamping Tuan Joe sendiri.
Alex jug amembawa masuk bersama nya ialah anak saudara bapa nya Sylvia Chan untuk menjdi Pengurus Kanan Akaun dan Kewangan atas kelayakan nya sebagai Akuntan Bertauliah yang berkhidmat dengan syarikat nya dahulu. Alex memperkenalkan Sylvia terus kepada Tuan Joe yan terus berkenan dan melantiknya ke jawatan tersebut walau pun dibantah oleh Puan Miah pada peringkat awalnya kerana dia mengesyaki Alex dan Sylvia 'terlalu'berkuasa di dalam INC dan boleh menggugat syarikat itu kelak. Juga Puan Miah sudah dapat membaca 'kelemahan'suami nya Tuan Joe bila berdepan dengan gadis sepeprti Sylvia walau pun sudah dikira andalusia berdasarkan naluri seorang isteri dan wanita yang berpengalaman
Dengan kebolehan nya di segi PR dan ramai kenalan yang masih aktif di dalam industry ,Alex mudah untuk dia memperkenalkan dan membawa INC sebagai pemain dan pencabar baru berpotensi dalam industry sektor swasta dimana dalam tempuh dua tahun Alex mampu untuk mendapat kontrak bernilai RM 1.7 juta dari sebuah syarikat asing yang baru bertapak di negara ini .Walau pun nila kontrak agak kecil namun i amenjadi pemangkin kepada INC dan Alex untuk lebih agresif .Alex di beri mandat dan kuasa membuat rundingan denga bakal pelanggan dengan bajet besar untuk memudahkan nya menjalin hubungan dengan pemain industry.Alex dibantu oleh Caroline Mikey sebagai Ekskutif kanan yang beasal dari Serian Sarawak dan berpengalaman dengan industry Minyak dan Gas. Caroline yang masih bujang itu sudah di lihat sebagai 'isteri'nya kerana sering di kepit dalam urusniaga dan perjumpaan dengan pelanggan maupun bakal pelanggan.
Kelincahan Caroline dalam interaksi bersama bakal pelanggan memudahkan urusan Alex untuk mendapatkan maklumat dan 'lead'yang diperlukan dalam rundingan dengan pembuat dasar dan keputusan di pihak pelanggan. BAgi Alex dan Caroline masa mereka lebih banyak berada di luar pejabat termasuk di padang golf dan pusat pusat hiburan membawa pelanggan atau bakal pelanggan. Dalam penelitian Puan Miah selain Tuan Joe,Alex merupakan individu yang membelanjakan agak banyak untuk 'entertainment'dan tajaan tanpa teguran dari Sylvia atau Tuan Joe sendiri.
Puan Miah juga turut meneliti Alex menggunakan peruntukan Jabatan PR di bawah seliaan Patricia Nunis untuk aktiviti pemasaran terutama di segi penajaan yang bagi nya belum ada keperluan .Dia juga mendapati hubungan akrab antara Alex dan Patricia mengatasi hubungan profesional antara dua jabatan itu. Pada waktu ini dia hanya mencatatkan pemerhatian nya kepda Tuan Joe untuk makluman dan tindakan nya. Timbul juga rasa curiga dan sentimen 'perkauman'pada Puan Miah atas hubungan antara Alex,Sylvia,Caroline dan Patricia,walau pun dia cuba menafikan ujud unsur 'rasis'di dalam INC sebagai organisai koporat.Paling di khuatiri ialah jika ujud unsur 'sabotaj'di kalangan mereka yang boleh menjejaskan INC.
Puan Miah sering mempersoalkan sejauh mana impak progrem pemasaran INC di luar negara yang telah memakan belanja yang besar bagi dua tahun tahub n kebelakangan ini dan jawapan yang di terima dari Alax ialah sebagai pendatang baru dalam industry dan pasaran antarabangsa INC masih belum di kenali dan di yakini oleh para pemain industry di pasaran antara bangsa.Dia juga mengesa pihak pengurusan INC memberikan sasaran dan KPI kepada ALex dan jabatan nya di segi usaha mereka di peringkat antara bangsa. Teguran Puan Miah ini membuat Sylvia dan Caroline tidak senang hati dan melihatnya sebagai usaha campur tangan beliau dalam halehwal pemasaran. Sebagai pemegang saham Puan Miah di lihat cuba mengimbangi pengaruh dan penguasaan Alex dalam INC.
Bagi Alex dia sedar keberadaan nya dalam INC bersifat sementara kerana tidak mungkin penguasaan saham syarikat dapat di tambah dalam keadaan sekarang disamping saingan yang kuat dari Hafizi yang memacu pasaran Bumiputra dan agensi agensi kerajaan,Dia pun sedar hanya pengalaman nya yang di perlukan oleh INC untuk mencipta peluang di pasaran bukan kerajaan dan juga luar negara dia.Oleh itu dia berusaha keras untuk meninggalkan impak secepat yang mungkin di samping meraih faedah untuuk diri dan juga bekalan untuk di bawa keluar dari INC sekiranga keadaan memerlukan atau dia sendiri yang merasakan sudah tiba masanya untuk dia memulakan semula perniagaan keluarga yang di 'hentikan'buat sementara.
Alex merasa bertanggungjawab untuk 'mendidik'pelapis pengurusan seperti Sylvia,Caroline dan Patricia agar mampu mengambil alih dan menyambung tugas nya nanti supaya ada kesinambungan yang berterussan dalam INC .Dia tahu walau pun syarikat belum ada skim perancangan pengganti (Sussession plan) kerana masih baru,namun dia melihat jabatan lain secara tidak langsung telah memulakan usaha untuk tujuan tersebut seperti Puan Miah sedang memberi peluang pada Syed Yusof dan Azura sementara Hafizi pula memberi peluang pada Wani walau pun mereak mungkin punya kepentingan diri .
Sebagai seorang profesional ,Alex cuba memberi pendedahan kepada sesiapa jua yang mahu belajar dari nya sepeprti yang di perlihatkan oleh Patricia yang merasakan bidang Pemasaran paling berkaiatn dengan bidang PR yang dikendalikan dan sesuai sebagai pilihan untuk dia mengembangkan kerjaya nya. Namun realiti dalam budaya pengurusan INC masih ada lagi sentimen 'kronisma'dan 'pilih bulu' yang ada kalanya mengabui kenyataan kenyataan resmi yang menjadi piagam syarikat yang sering di warwarkan dan di tekan kan oleh Tuan Joe sendiri kepada kakitangan nya.
Alex sedar 'kelemahan'dari segi penguasaan bahasa Ingeris yang membuat kakitangan melayu yang ada di INC agak kekok dan tidak selesa dalam melakasanakan tugasan dan aktivit pemasaran yang banyak memerlukan mereka untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris samada melalui lisan atau penulisan.Perkara ini sering juga di utarakan oleh Alex dalam mesyuarat pengurusan agar latihan dan kursus berkaitan bahasa Ingeris di tawarkan kepada kakitangan Melayu khusus nya sebagai sebahagian progrem pembangunan sumber manusia INC.
YOU ARE READING
C ++ # INFINITY NOVELA CONTEST 2024: IHSAN NIKMAT CORPORATION
RomanceIHSAN NIKMAT CORP.(INC) Syarikat yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri Johari (Joe) dan isteri ( Salmiah (Mia) bersama rakan kongsi Alex dalam bidang perunding perniagaan dan projek kejuruteraan . Kombinasi pengalaman orang lama dan pengetahuan...