Keesokan hari nya Azura mengambil cuti kecemasan untuk mengambil lagi pakaian nya dengandi temani oleh kawan nya .Ketika dia masuk di lihat nya ruang tamu menjadi berselerak dengan kusyen sofa bertebaran begitu juga dengan botol dan tin minuman terpaksa minuman keras yang di biarkan diruang tamu.Azura segera meninggalkan rumah sebaik sahaja mengambil pakaian dan beberapa barang dan dokumen peribadi .Dia masih belum membuat ke putusan mengenai tawaran Puan Miah yang meminta dia tinggal bersama nya buat sementara waktu.Dia merasa kurang selesa kerana terpaksa melibatkan Puan Miah yang telah membantu mereka sejak sebelum berkahwin sehingga kini .Pada waktu yang sama dia juga merasa kesal kerana 'memaksa'diri mengikut kata dan kehendak Puan Miah yang bersaudara dengan talib hingga mengorbankan emosi dan diri nya.
Azura bercadang untuk 'melarikan'dirinya dari Puan Miah dan Talib bagi mencari ketenagan dan kerumitan yang berlaku hasil kerenah Talib sejak mula berkahwin yang tiada noktahnya.Dia mahu mencorakan keputusan diri nya sendiri dalam membuat sebarang keputusan.Dia sedia mengerti mungkin di segi pekerjaan dia masih boleh meneruskan tugas dan mengelak dari berurusan dengan Talib tetapi selagi Puan Miah berada di pejabat mingkinsukar bagi nya untuk 'lari'dari nya. JAm 10 pagi Puan Miah menghubungi nya untuk mengetahui keadaan dan keberadaan dirinya.Walau pun dia memahami kehendak dan perasaan Azura yangmenolak tawaran n ya untuk tinggal bersama nya buat sementara waktu,namun dia mengutaraknkebimbangan di segi keselamatan Azura yangmungkin akan terus di buru dan di cari oleh Talib.
Puan Miah pun turut berserabut dengan perceraian ketiga talib dan Azura ini kerana melibatkan urusan dan operasi syarikat .Setakat hari itu berpuluh panggilan dan mesej dari Talib tidak di layan nya hingga lah dia di tegur oleh suami nya Tuan Joe.Dia agak terkejut dan tidak menyangka Talib menghubungi terus tuan Joe dan mengadu kepda nya." Apa yang awak buat kat si Talib tu,kalau nak marah dia pun konfront depan depan bukan cakap dalam fone lepas tu biar kan dia "ujar Tuan Joe sebaik sahaja dia tiba di rumah malam tadi.Selama ni awak manjakan dia ,bila dia buat hal awak biarkan sahaja,meroyan lah budak tu"sambung Tuan Joe lagi." Sorry lah saya tak expect dia call Abang terus ,nanti saya jumpa dia"jawab Puan Miah ringkas untuk memendekakan percakapan dengan Tuan Joe.
Puan Miah terus menghantar mesej kepada Talib dan mengarahkan nya untuk bertemu pada waktu makan tengahari keesokkan nya. Hati nya makin membara dan tercabar dengan tindakan talib mengadu kepada Tuan Joe.Bagi nya ini lah kali terakhir dia menangani kerenah Talib demi menjaga kepentingan Azura dan syarikat .Biarlah Talib merasa sendiri pahit maung kehidupan tanpa bantuan darinya lagi.Dia terus mencatat beberpa key point dalam telefon nya sebagai peringatan untuk dinyatakan kepada Talib nanti .Dia merasa benar benar bersalah kepad Azura yang telah banyak berkorban dan terkorban atas nama mendengar dan mengikut cakap dirinya selama ini.
"Sekarang kau nak apa lagi dari aku "? Soalan padu Puan Miah sebaik sahaja Talib duduk di depannya dengan keadaan muka yang kusam dan nampak tidak terurus .Disebalik kaca mata hitamnya Puan Miah hanya menjeling sepintas lalu keadaan dan rupa Talib yang nampak kusut itu." Tolong lah Talib Kak kali ini saya benar benar insaf atas kesalahan saya pada Azura.Pujuk lah dia untuk kembali pada saya"rayu si Talib." Kau ni dah lah bodoh,jahil pulak, dah cerai talak tiga mana boleh rujuk lagi,si Azura kena kahwin dulu dengan orang lain dan kalau orang tu cerai kan dia baru lah kau boleh berkahwin semula dengan nya"ujar Puan Miah memberi syarahan kepada Talib yang masih termangu mangu.
"Itu saya tahu lah Kak,saya sanggup tunggu Azura kalau dia sanggup kahwin ikut cara cina buta nia'jawab Talib dengan nada desperado. "kalau ikut hukum ,perkahwinan itu tidak boleh di syaratkan untuk tempuh tertentu dan terpulang kepada suami nya untuk menceraikan atau tidak.Kamu sanggup ambil risiko yang Azura mungkin tak mahu bercerai dengan suami barunya ,seumur hidup lah kami nanti jadi gila talak." jelas Puan Miah lagi." Apa pilihan yang saya ada,itu saja peluang saya nak tebus kesalahan saya selama ini"balas Talib dengan teresak esak.Puan Miah yang bermula dengan garang tadi pun menjadi sebak melihat anak buah nya yang selalu kelihatan macho tapi hari ini dia benar benar jadi hancur.
"Akak tolong lah saya ,buat lah apa syarat pun saya akan ikut dan patuh dan kalau saya yang gagal , saya lah yang akan tanggung semua itu. Saya kesian kan Azura dan masih sayang kan dia walau punmungkin dia tak sayang pada saya,Akak pujuk lah dia,saya yakin dia akan dengar cakap Akak" ujar Talib bersungguh sungguh. "Oh ,pandai lah kau nak gunakan Akak bila ada problem macam ni,Akak lebih kesian kan si Azura dari pada kamu yang tak tahu di untung dan tak sedar diri,Akak tak janji kan apa apa ,semua terserah pada Azura ,itu hak dia dan keputusan dia,Akak pun dah malu dengan dia ,semua kerana nak tolong kamu"balas Puan Miah lagi.
" kenapa kau tak cari perempuan lain yang mungkin lebih sesuai dari Azura? "Soalan cepu emas Puan Miah."mana saya ada perempuan lain ,saya hanya kenal Zura dar sebelumkahwin hingga sekarang ,itu pun Akak yang recommend pada saya"Jawab Talib jujur."habis siapa perempuan yang hantar kau balik rumah semasa kau mabuk itu hari ?"soal Kak Miah." Itu kawan supplier saya,boy friend dia pun mabuk dan tunggu dalam kereta ,itu semua gang karaoke jer"jawab Talib dengan rasa sebak dengan muka penuh penyesalan.
" Kau balik lah dulu,nanti Akak jumpa dan cakap dengan Azura ,tenguk apa pendirian nya ,kalau dia berkeras dah serik dengan kamu,tak dapat nak buat apalah,kamu kena lah bertaubat dan berdoa banyak banyak agar dia mahu kembali semula dengan kamu" ujar Kak Miah menutup perbincangan mereka .Dia sendiri pun tidak pasti akan pendirian Azura dan peluang bagi nya untuk memujuk terutama kali ini melibatkan pihak ketiga yang sanggup melakukan projek kahwin secara cina buta ini. Dia terpaksa juga amendapatkan pandangan suami nya Tuan Joe sebelum Talib sendiri yang akan menghubungi nya kelak. Dia kini mula memikirkan apakah hujah dan alasan untuk meyakinkan Azura untuk bersetuju melakukan projek tersebut dan apa pula jaminan bahawa ianya akan berjaya. Walau pun dia tahu Azura seorang yang lemah lembut,namun bila melibatkan maruah dan perasaan yang di lalui dengan perceraian sebanyak 3 kali ,tidak mungkin ramai wanita yang mahu memberi peluang lagi.(1010)
YOU ARE READING
C ++ # INFINITY NOVELA CONTEST 2024: IHSAN NIKMAT CORPORATION
RomanceIHSAN NIKMAT CORP.(INC) Syarikat yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri Johari (Joe) dan isteri ( Salmiah (Mia) bersama rakan kongsi Alex dalam bidang perunding perniagaan dan projek kejuruteraan . Kombinasi pengalaman orang lama dan pengetahuan...