#INC2024 Part 3-Debaran Bermula.

1.3K 23 0
                                    

Adalah suatu yang sukar untuk di perkatakan bila mana perhubungan suami isteri dalam rumahtangga telah di 'angkat'atau di ubah menjadi pasangan perniagaan kerana belum ada atau tidak banyak rujukan yang boleh dipelajari atau di jadikan contoh bagaimana perhubungan sedemikian harus di jalankan.begitulah juga dengan pasangan ushawan En Joe dan Puan Miah yang bermula dengan niat murni bersama untuk berkongsi nikmat hasil  perniagaan dengan orang lain menjadikan ia satu tribulasi atau ujian dan dugaan yang perlu sifir yang berlainan dengan sifir mengurus keluarga dan rumah tangga .

Sebaik sahaja pernigaan mereka mula beroperasi ,corak kehidupan mereka juga bertukar rentak dan irama. Walau masih tinggal sebumbung,mereka hanya berjumpa laksana orang bertembung di jalanan sekadar menyapa Hello dan Hai samada a di awal pagi atau lewat malam. Mereka bergerak dengan kenderaan yang berasingan,jadual harian di atur oleh PA masing masing dan di ingatkan melalui peranti atau pesanan dalam telefon bimbit .Hanya Puan Miah yang selalu dapat bersarapan dengan dua orang anak nya sebelum mereka ke sekolah dengan di hantar oleh pemandu peribadi keluarga. Puan Miah selalu tiba tepat pada waktu nya menjadi kan contoh kepada pekerja yang lain sedangkan Tuan Joe jika tiada urusan di luar pejabat hanya akan tiba di pejabat pada jam 1000 pagi. Biasa nay adia kan bersarapan dengan pelanggan atau kenalan yang berkaiatan dengan perniagaan atau melayan VIP yang memerlukan nya.

Bagi Puan Miah,rutin nya bila di pejabat di akan memanggil Azura mengadap nya seawal jam 0900 untuk di beri 'update'mengenai kedatangan kakitangan  dan halehwal kebajikan mereka diikuti dengan sesi bersama Syed Yusof yang akan mengemaskini perkembangan operasi projek dan prestdi vendor atau sub kontraktor yang dilantik serta permasaalahan yang berbsaangkit jika ada. Puan Miah biasa nya akan membawa Syed untuk menemani nya melawat tapak projek atau ravindran jika terdspay isu mengenai keselamatan dan safety .

Bagi Tuan Joe pula,jika berada di pejabat dia akan mendapatkan kemaskini bagi jabatan yang jarang berinteraksi dengan nya seperti Ravi mengenai Safety dan Security, Rosli mengenai IT dan teknologi ,Patricia mengenai PR progrem selain Syed dan juga Azura.Bagi Alek dan Hafizi mereka saling berhubungan dengan Tuan Joe untk rujukan dan juga keputusan mengenai ursniaga dan kontrak.Begitu juga dengan Sylvia yang sentiasa berhubungan atas urusankewangan .Dia hanya berjumpa denganPuan Miah ketika bermesyuarat atau melayani tetamu tertentu yang berkunjung untuk urusniaga .Kakitangan pejabat hanya berpeluang melihat pengurusan kanan pejabat danberinteraksi dengan mereka pada setiap hari Jumaat di penghujung bulan bila dia adakan majlis sambutan harijadi .

Walaupun perhubungan antara kakitangan begitu akrab terutama di peringkat jabatan dan unit kerja,terdapat juga hubungan yang agak lebih teristimewa antara mereka yang menjadi 'bahan'atau sasaran gosip kakitangan seperti hubungan antara TuanJoe dan Sylvia,alex dan Patricia, Puan Miah dan Syed Yusof serta Hafizi dan Azura yah bermula sebagai hubungan kerana kerja tetapi menjadi terlajak mesra pada pengamatan mereka terutama yang suka 'busybody'dan membawang kerana mereka tidak ambil kisah jika hubungan sesama satu jabatan tetapi bila ia merentasi jabatan ,maka ia menjadi tumpuan  seperti Tuan Joe dan Sylvia, ,Alex dan Patricia dan Hafizi dengan Azura.

Kepada mereka hubungan antara HAfizi dan Azura paling menjadi tumpuan kerana Azura sentiasa berada di pejabat sedangkan Hafizi lebih banyak masanya berada di luar pejabat .Mereka sedia maklum Hafizi merupakan 'ayam tambatan'syarikat terutama Tuan Joe sendiri kerana sebagai pegawai yang pernah bertugas di Unit Perancang Ekonomi Negara ,Hafizi mempunyai banyak maklumat dan ramai kenalan yang dmasih ada di sana dan terbukti dalam masa tihg atahun ini dia berjaya memperoleh projek bernilai 300 juta dari perolehan kerajaan yang memberi keuntunganlumatan kepada INC.

Selain dari kenaikan pangkat sebagai Pengurus kanan ,Hafizi yang seangkatan dengan Azura ketika mula bertugas mendapat sokongan darinya seperti kenderaan dan pemandu khusus bagi jabatan untuk digunakan olehnya dan Penolong Pengurus nya Wani.Mereka dikatakan telah berkawan sebelum menyertai INC  lagi dan dibawa masuk oleh Puan Miah sendiri yang pernah menjadi boss kepada Azura. Mungkin kerana itu Hafizi dianggap 'anak emas'INC dan Azura menjadi 'pemudahcara 'bagi nya untuk mendapat  restu dari Puan Miah sendiri secara langsung.Azura sebagai individu yang kurangbercakap menjadi orang kepercayaan Puan Miah di pejabat INC.

HAfizi yang masih bujang  berusia diawal 30an memilih INC kerana dia seoarang yang berwawasan tinggi dan agak'ambitious' yang memerlukan platform yangmampu memberi dia peluang membuat lonjakan pantas dalam kerjaya dan cita cita nya yang mungkin sukar di perolehi dalamkerjaya di sektor kerajaan.INC sebagai syarikat baru memberi peluang bagi nya menguji bakat dan kebolehan untuk membawa nya ke tahap yang lebih tinggi.Dia juga diberi peluang mencari dan memilih Penolong Pengurus nya di mana dia memilih Siti Salwani (Wani ) yang pernsah berurusan dengan nya di majikan  lamanya.Keserasian mereka berdua memberi impak kepada urusniaga INC yang mula mendapat perhatian di kalangan jabatan dan agensi kerajaan. Olehkerana kedua dua nya masih bujang ,maka mereka dapat memberi kan masa dan tumpuan yang lebih kepada pekerjaan mereka.

Kepada mereka yang mengikuti hubungan HAfizi dengan Azura dan Wani,mereka lebih menyatakan wani lebih sepadan atau cocok untuk menjadi pasangan kepada Hafizi selain dari status Azura yang telah baru sahaja berkahwin dengan anak saudara Puan Miah sendiri seorang pengusaha kedai makanan dan katering bernama Talib. Talib lah yangmenjadi pembekal dan katerer kepada setiap  majlis anjuran INC tanpa persaingan .Melalui PuanMiah juga Talib dapat menjadi penyedia perkhidmatan lain seperti pengurusan acara (event managment), pembersihan pejabat dan premises serta penyewaan mesin fotocopy dan pembekal alat tulis .

namun disebalik peluang perniagaan yang diberi Talib menjadi 'lupa diri' dan memingirkan Azura yang kebetulan mereka masih belum di kurniakan zuriat membuat kan Azura menjadi lebih tertekan untuk mengimbangi masaalah peribadinya  dengan urus niaga Talib dan INC.talib pula akanmenekan Azura sekira nya bayaran dari INC lambat untuk di luluskan sedangkan mereka sedia maklum bahawa Sylvia sebagai seoarang akauntan bertauliah amat teliti dalamkerja nya terutama melibatkan kewangan syarikat ,malah Puan Miah sendiri pun tidak mampu menggugat Sylvia kerana dia melapur secara terus kepada Tuan Joe sendiri.Di atas kertas syarikat syarikat milik Talib tidak sepatutnya mempunyai masaalah tetapi olehkerana sifat boros dankelemahan dalammengawal 'cash flow'membuat syarikat nya menghadapi masaalah.    

Azura terpaksa memikir dan mencari peluang lain dibawah seliaan nya seperti pembelian komputer dan juga software melalui Rosli selaku pencadang atau pemohon untuk pembelian dan juga PuanMiah sendiri untuk progrem progrem latihan kakitangan dan juga Hafizi untuk memasukankeperluanlatihan kepada vendor dan subkontraktor dalam cadangan perniagaan.( 1012)       


     

     

C ++ # INFINITY NOVELA CONTEST 2024:   IHSAN NIKMAT CORPORATIONWhere stories live. Discover now