AZURA dan suaminya TALIB mrupakan pasangan yang cukup kontrast. Disegi fizikal,Azura seoarang wanita yanglemah lembut,cukupbersopan santun dan agak pendiam ,bertubuh sederhana dan berkulit cerah berbeza dengan Talib yang berbadan sasa,tinggi dan tegap berkulit sawo matang dan suka becakap sesuai dengan kerja nya menjadi jurujual semasa bekerja di syarikat bersama PuanMiah yang juga sepupu ibunya. Perangai Talib yang panas baran dan suka bertelagah menyebabkan dia sukar mencari teman wanita yang boleh bertahan lama dengan nya.Perkahwinan nya dengan Azura merupak usaha Puan Miah yang cuba menolong kedua dua pihak yang dilihat punya masaalah tersendiri dalam mendapatkan jodoh.
Sifat berlawanan antara Azura dan Talib pada perkiraan Puan Miah mampu menjadikanmereka pasangan yangsesuai kerana saling lengkap melengkapi namun teori itu hanya bertahan selama kurang dari setahun usia perkahwinan mereka.Pada Puan Miah usaha dan kesungguhan nya memujuk Azura untuk bersetuju menerima Talib dengan jaminan dia akanberubah bila berumahtangga juga tidak berbaloi malah dia bersimpati dan merasa bersalah kepada Azura yang berdetuju dengan pujukan nya. Sifat semula jadi Azura yang tabah dan sabar benar benar diuji dari mula perkahwinan hingga kini. Denganpeluang berniaga dengan INC yangdiberi oleh Puan Miah membuatkan Talib merasa dia punya keistimewaan (prvilege) dalam INC sebagai pembekal alatulis,keperluanpejabat,pembersihan pejabat dan premise serta menjadi pambekal makanan pada setiap event yangdi buat oleh INC.
Dengan kelebihan yang ada (advantage) pad syarikat itu ,Talib mengambil kesempatan terhadap isterinya Azura terutama bila melibatkan pembayaran yangmana dia sering mahu mendapatkannya secepat mungkin. Azura ukan sahaja tertekan kerana terpaksa berdepan dengan Sylvia malah ada kalanya terpaksa mengadu kepada Puan Miah bila mana Talib mula mengasarinya secara fizikal. Perangai banas baran itu juga menyebabkanmereka sukar mendapat zuriat kerana perlakuan Talib ketika mengadakan hubungan kelamin dengan Azura bukan menjadi satu keseronokan tapi menjadi penyiksaan yang di tanggung oleh Azura .
Kegagalan Azura untumk mengandung membuat Talibmenjadikan itu satu alasan untuk 'memaksa'Azura melayan nafsu tanpa mengira waktu dan keadaan atas alasan dia mahu cepat mendapat zuriat dan mahu Azura sentiasa bersedia untuk itu.Azura yang memendam rasa dan terpaksa menolak kehendak Talib menyebabkan dia di ceraikanbuat pertama kali selepas setahun dua bulan mereka berkahwin.Bila menyedari tindakannya lebih merugikannya Talib segera merujuk untuk kembali sebelum tamat tempuh edahnya .Namun keinsafan talib hanya sementara sahaja dan perangai lama nya kembali semula seperti sebelum bercerai.Walaupun kisah mereka di tutup dari pengetahuan kakitanagn INC namun ada yang dapat membaca kisah mereka dan hanya bersimpati dengan Azwa.
Perceraian kali kedua berlaku selepas lapan bulan dari perceraian yang pertama berpunca dari Talib mengamuk dan mengasari Azura apabila di tegur kerana pulang dalam keadaan mabuk dan di hantar pula rakan wanita nya. lafaz cerai diucapkan sebanyak dua kali kali pertama dalam keadaan dia mabuk dan kali kedua ketika dia sedar keesokan harinya bila dia mendapati diri nya dihalang dari memasuki bilik tidur oleh Azura dan terpaksa tidur disofa ruang tamu. Seawal jam 6 pagi Talib mengamuk bila melihat Azura keluar dari bilik untk ke dapur dan dia sempat menjambak rambut Azura dan menolaknya hingga jatuh.Sebelum sempat Azura berkata apa apa Talib melefazkan talak satu pada pagi itu membuat Azura makin tertekan dan terpaksa dan menerima rawatan psiktrik di hospital.
Sekali lagi Puan Miah menjadi 'orang tengah' menasihati kedua dua pihak agar kembali semula dan kali ini mereka terpaksa melalui tempuh edah kerana masing masing enggan mengalah dan bersetuju dengan cadangan Puan Miah hingga dia membuat ugutan untuk membatalkansemua kontrak perniagaan Talib dengan INC dan juga memberhentikan Azura dari syarikat itu. Ada perubahan dan kesungguhan di pihak Talib untuk berubah dengan menunjukan sikap yang nampak warak dan lebih berbudi bahasa ketika berurusan dengan kakitangan pejabat INC.Namun bak kata pepatah 'old habit die hard',Talib mula berjinak dengan perangai yang suka berfoya foya mengikut kawan kawan lama nya.Puan Miah sendiri telahmemberi amaran dan menasihatinya tetapi dia menganggap itu semua kerana Azura yang mengadu dan menyalahkan nya.
Hubungan antara Talib dan Azura hanya nampak tenang dan damai di segi penampilan resmi atas urusan perniagaan yang menjadi fokus dan sebab utama kepada Talib tapi tidk kepada Azura yang masih terasa terpaksa demi menjaga hati dan mengenang budi Puan Miah yang menjadi mentor dan boss nya sekian lama. Azura terus makan hati bila berdepan dengan Talib yang menganggap dirinya bukan sebagai isteri tapi sebagai sumber perniagaan dan pendapatan nya .Talib akan menjadi baik dan lunak hanya apabila mendapat tempahan baru dan juga bayaran dari urusniaga dari pihak INC dengan menunjukkan sikap lembut kepada Azura. Namun bila mana ada kelewatan dis egi bayaran terutamanya Talib akanbertukar menjadi singa yang lapar dan Azura menjadi mangsa nya.
MAsaalah kewangan juga lah yang menjadi punca perceraian kali ketiga apabila Talib mendesak Azura agar meminta Puan Miah untuk dapatkan pendahuluan bayaran(Advance) atas urusniaga yang di buat walau pun tempuh bayaran belum lagi tiba masanya.Keenganan Azura menolong ny amembuat dia naik angin dan memaki hamun Azura dan di desak untuk memujuk Puan Miah.Keenganan Azura berbuat menurut kehendaknya membuat kan Talib melefazkan talak sekali lagi ketika Azura pulang dari pejabat .Maka terpaksa lah Azura keluar dari rumah itu kerana mereka telah bercerai dan jatuh talak tiga yang tidak memingkin kanmereka rujuk kembali melainkan Azura berkahwin dengan orang lain terlebh dahulu sebelum bercerai semula untyk membolehkan dia dan Talib berkahwin semula atau selalu di panggil sebagai perkahwinan 'cina buta'.
Malam itu juga Puan Miah mengamuk dan memaki hamun si Talib dengan mengungkit segala hal yang pernah di tolong nya kepada Talib baik di segi peribadi dan perniagaan.Hampir dua jam di memberi syarahan pada Talib melalui telefon sebaik dia di maklumkan oleh Azura yang terpaksa menumpang rumah kawan nya pada malam tersebut.Talib yang tersentak dan tersentap dengan 'serangan'Puan Miah menyebabkan dia mengangis sepanjang malam mengenangkan kesilapan nya dan kali ini makin parah kerana dia tidak berpeluang untuk merujuk semual kepada Azura tanpa melalui proses 'cina buta'. Semalaman dia tidak dapat tidur menyesali nasib diri dan melihat bagai tiada cahaya pada hari esok untuk dirinya. Dia bagai kehilangan akal dan kewarasan setelah puas di 'henyak'dis egi mental dan emosional oleh Puan Miah .
Puan Miah pula terpaksa memujuk Azura agar terus bekerja dan dia di pelawa untuk duduk bersama nya buat sementara waktu agar tidak di ganggu oleh Talib yang dia pasti akan meroyan 'gila talak' dalam sedikit waktu.Puan Miah melarang Azura untuk tidak melayan kedatangan atau panggilan dari Talib sehingga keputusan dan keadaan Talib mewajarkan untuk mereka berkomunikasi .PuanMiah mahu urusan niaga Talib dengan INC dapat berjalan seperti biasa tanpa menjejaskan kepentingan dan operasi INC dan juga pendapatan Talib.(1045).
YOU ARE READING
C ++ # INFINITY NOVELA CONTEST 2024: IHSAN NIKMAT CORPORATION
RomanceIHSAN NIKMAT CORP.(INC) Syarikat yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri Johari (Joe) dan isteri ( Salmiah (Mia) bersama rakan kongsi Alex dalam bidang perunding perniagaan dan projek kejuruteraan . Kombinasi pengalaman orang lama dan pengetahuan...