#INC 2024 Part 5 Dugaan Tuan Joe

771 12 0
                                    

Tuan Joe walau pun dia jarang atau lambat datang ke pejabat,dia sentiasa mengikuti perkembangan dan perjalanan operasi syarikat dengan mengunakan 'application 'dasah board yang boleh dia mendapat kan ringkasan maklumah bagi setiap jabatan.Dia juga sentiasa berineteraksi dengan semua pengarah dan pengurus jabatan melalui peranti yang sentiasa di sisinyadan dia sendiri boleh dihubungi sepanjangmasa kecuali dia tidur .Puan Miah pun sedia memaklumi suaminya bukan sahaja milik dia tetapi menjadi milik INC di segi masa dan tumpuan pemikiran nya.

Sebagai kapten syarikat Tuan Joe amat prihatin mengenai perihal kewangan syarikat dan dia mengharapkan Sylvia Chan selaku Chef Financial Office(CFO)  untuk menguruskan dan menjaga halehwal kewangan. Setiap hari Sylvia akanmengemaskini kedudukan kewangan bukan sekadar wang masuk dan keluar tetapi juga jenis perbelanjaan harian ,kos operasi dan kebajikan kakitangan dibawah seliaan puan Miah sendiri.TJoe akan meminta Sylvia menyelidik jika ada perbelanjaan atau permintaan bajet yang di luar peruntukan sedia ada. Atas sebab ini lah Sylvia merupakan sosok yang 'kurang 'dgemari oleh ketua ketua jabatan kerana disiplin pengurusan kewangan nya yang ketat sejajar dengan keputusan dan arahan Tuan Joe sendiri.

Bagi Tuan Joe segala perbelanjaan yang di kehendaki perlu ada justifikasi terutama di segi pulangan kepada syarikat atau jabatan atau kakitangan ketika permohonan di buat walau pun dari Puan Miah sendiri. Di waktu yang sama Sylvia mendapat kepercayaan Tuan Joe untuk menasihati nya dalam hal 'pelaburan ' bagi syarikat selain menyimpan wang dalam bentuk simpanan tetap d(Fixed deposit). Dala hal ini Sylvia berkolabarasi dengan Alex ysng merupakan abang saudara nya di sebelah bapa yang memiliki syarikat  agent unit amanah sebagai perniagaan keluarga. Sylvia menggunakan 'hubungan mesra'dengan Tuan Joe untuk membenarkan syarikat melabur dalam Unit Amanah kepada agensi milik keluarga hampir setiap bulan dengan jumlah yang berbeza.

Pertemuan antara kedua mereka agak sukar di lihat oleh para kakitangan kerana mereka sering berjumpa di Kelab Golf pada hari Sabtu pada waktu makan tengahari selepas sahaja TuanJoe bermain golf dengan kenalan atau pelanggan perniagaam nya.Mereka akan menghabiskan masa  berdua antara dua hingga tiga jam di sana dimana perihal pelaburan sering di bincanag dan di putuskan. Ada masa nya mereka berjumpa pada waktu malam untk makan dan berhibur di tempat tempat yang ekslusif dimana Sylvia akandi jemput dan dihantar pulang oleh Samson  pengawal peribadi Tuan Joe bagi mengelakan mana mana 'paparazi'yang dihantar oleh pesaing pesaing perniagaan ICN.PAda setiap pertemuan selain makan malam mereka akan juga berhibur di lounge atau kelab malam kerana Sylvia amat meminati musik dan suka berdansa.

Tuan Joe juga seorang yang meminati musik dan kaki karaoke  yang aktif sejak muda lagi.Malah pertemuan pertama nya dengan Puan Miah juga di karaoke lounge ketika mereka menyertai parti harijadi rakan mereka. Sejak mereka menubuhkan INC mereka 'tidak berpeluang' untuk pergi berkaraoke bersama melainka hanya pada majlis majlis sosial yang mana mereka di minta untuk menyanyi oleh pihak penganjur. Bagi melepaskan 'gian'untuk melalak Puan Miah pergi jug a berkaraoke dengan di temani samada oleh Azura atau Syed Yusof.

Keakraban hubungan Tuan Joe dan Sylvia dapat dihidu oleh Puan Miah melalui Samson yang tidak sengaja mendedahkan nya bila dia mahu membuat tuntutan perbelanjaan kepada Azura yang kemudiannya akan  merujuk kepada Puan Miah bagi perbelanjaan yang diragui atau di luar bajet yang di benarkan terutama bila melibatkan  penyelenggaraan kenderaan dan juga pengunaan petrol  serta elaun perjalanan.Walaupunkelulusan diberi oleh TuanJoe sendiri tetapi proses untuk membuat pembayaran terpaksa melalui pejabat Azura juga.

Sebagai CEO INC,Tuan Joe terpaksa menggunakan masa dan tenaga nya di waktu yang tidak menentu terutama ketika perlu membuat rundingan akhir sebelum memuktamadkan sebarang 'deal'dengan pelanggan selepas proses membuat 'bidding'dan melobi di buat oleh orang orang kanan nya Hafizi atau Alex bergantung kepada sektor mana projek itu berada. Proses akhir yang nampak lebih santai dan informal inilah yang menentukan samada INC boleh mendapat projek tersebut atau sebaliknya.Inilah antara tugas Tuan Joe sendiri yang tidak pernah di persoalkan oleh pihak pengurusan INC .Biasanya jika tidak berjaya TuanJoe akan membuat 'post mortem'bersama pasukan yang terlibat .

Antara strategi yang dibuat oleh Tuan Joe ialah di menggunakan the 'ladies'power ketika membuat kerja kerja melobi dan mereka yang sering terlibat termasuk Stella,Wani,Caroline Hanisah dan Jothi yang di beri latihan khas dalam aspek 'kepuasan pelanggan' dan mereka akan di beri imbuhan jika usaha mereka berjaya membantu untuk INC mendapatkan kontrak dan pelanggan yang dikehendaki.Bagi Puan Miah,Azura,Sylvia dan Patrcia mereka akan muncul pada urusan dan acara resmi sahaja . Perbelanjaan bagi urusan ini akan di buat oleh HAfizi atau Alex mengikut sektor perniagaan masing masing  yang telah diberi mandat oleh Tuan Joe sendiri.

Disebalik kekangan masa  dankeberadaan nya di pejabat Tuan Joe dan Puan Miah akan mempastikan mereka akan menziarahi kakitanagn atau keluarga yang sakit atau di timpa musibah dan memebri bantuan peribadi selain dari pemberian melalui skim kebajikan syarikat .Keperihatinan mereka berdua memegang secara konsisten piagam syarikat iaitu Ihsan dan perkongsian nikmat   berjaya 'menambat hati para pekerja dan keluarga besar INC walau pun berdepan dengan cabaran dan tekanan kerja dan perniagaan yang ada.

Tuan Joe dan PuanMiah secara tetap memberi sumbangan melalui CSR (Corporate Social Responsbility )progrem sejak INC di tubuh kan kepada sebauh rumah anak anak yatim dan rumah orang penjagaan warga tua pelbagai kaum serta pusat tahfiz yang berhampiran.Meereka percaya sumbangan itu akan memberi menafaat kepada syarikat dalam jangka masa panjang. Tuan Joe juga mengarahkan agar sumbangan tetap ini tidak di warwarkan atau diberi publisiti agar 'niat 'nya tidak di salah erti atau di persoalkan keikhlasan nya .Dia masih kuat berpegang kepada konsep 'keberkatan' pada usaha dan sumbangan yang dibuat jika benar benar ikhlas.

Dalam aspek publisiti dan peampilan awam ini Tuan Joe sendiri secara peribadi tidak begitu mengemari dan menyerahkanpada Puan Miah untuk tampil mewakili syarikat bersama Patricia selaku Pengurus Perhubungan Awam . Bagi Tuan Joe dia lebih gemar bertemu secara peribadi atau kumpulan kecil  secara 'private' agar semua pihak merasa lebih selesa dan tidak terdedah kepada persepsi negatif atau spikulasi liar .Dia lebih dikenali sebagai CEO yang 'low prifile'tetapi syarikat nya kini makin menjadi 'high profile' .Dalam bidang perniagaan yang di ceburi INC , keadaan ini  lebih menguntungkan  dan memudahkan syarikat untuk bergerak di pasaran tanpa mengundang perhatian yang tidak di kehendaki dan menjadi lebih selamat . Bagi TuanJoe 'keselesaan diri' lebih penting dari menjadi tumpuan pihak luar dan orang awam . 


   

C ++ # INFINITY NOVELA CONTEST 2024:   IHSAN NIKMAT CORPORATIONWhere stories live. Discover now