#INC 2024:Part 17-Sakit dan Bangkit

374 7 0
                                    

Pada tarikh dan masa yang ditetapkan pada hari Sabtu ,Hafizi dan Azura menuju ke sebuah hotel untuk perbincangan tertutup 6 mata bagi menyediakan cadangan pembaikan INC hasil dari dapatan dan teguran Juruodit dan seterus nya membuat penambahbaikan serta rombalan organisasi.Puan Miah telah pun menunggu di satu unit executive suite yang menyediakan kemudahan pantry dan beverages .dia jug aberpesan kepada pasangan pengantinbaruitu utk membawa spare pakaian jika terpaksa bermalam untuk menyiapkan tugasan . Sebaik tiba dan bertemu Puan Miah dan Azura berpelukn melepas rindu kerana sejak bernikah cina buta ini kali pertama mereka bertemu secara bersemuka depan mata.

"Amboi Zura makin sihat,dah berisi ke ni"usik Puan Miah."Belum lagi lah Puan ,kena tenguk kontrak dulu,boleh ke tidak"balas Azura."ish kamu ni Zura,mana ada kontrak dalam bab tu,terpulang pada Hafizi lah"ujar Puan Miah lagi. "Kamu ni asyik buat planning untuk company,bila masa nak buat family planning pulak "usik Puan Miah kepada Hafizi pulak."macam mana nak buat family planning,belum habis bulan madu dah kena buat proposal baru pulak untuk Company "balas Hafizi dan membuat mereka semua ketawa dan menjadi ice breaking dalam perjumpaan itu.

Sambil menghirup capucino yang boleh di buat sendiri dalam suite itu,mereka terus memulakan perbincangan dengan isu menentukan scope kertas cadangan yang perlu disediakan. Baru bermula mereka telah 'bertegang ' dengan dua idea berbeza. Puan Miah mahu cadangan bersifat mikro iaitu menjawab satu persatu teguran juruodit sebagai jalan membaiki kelemahan syarikat dan menangani mereka yang bertanggungjawab .Hafizi pula merasakan pendekatan secara makro dan bersepadu melihat laporan odit secara menyeluruh dan membuat cadangan secara holistik .

Hafizi berhujah jika menggunakan pendekatan yang di cadangan Puan Miah,mereka yang di kenalpasti menjadi punca 'kegagalan ' akan menjadi 'defensive'mempertahankan diri dan pegangan dan keputusan mereka. Apa jua cadangan yang di buat itu mungkin memuaskan pihak juruaudit dan  pemilih saham dan pemegang taruh tetapi 'perlaksanaan'kepada susulan cadangan itu mungkin tidak berjaya atau berdepan dengan masaalah lain pula kerana pada mereka jawapan dan alasan telah di terima. Hampir sejam mereka berbincang akhirnya idea Hafizi di persetujui oleh Puan Miah.

Meneruskan perbincangan Hafizi membuat Analisa Kendiri(SWOT Analysis) bagi INC iaitu menyenaraikan 'kekuatan' dan 'kelemahan' serta 'peluang' dan 'ancaman' yang ada.Dia kemudian meletakan isu yangdibangkitkan oleh juruodit dalam kerangka yang berkaitan dan pengurusan perlu kenalpasti perkara yang perlu di lakukan terutama di segi kelemahan,ancaman  dan juga peluang bagi INC. Mereka kemudian berbincang satu persatu bagi setiap tajuk tanpa perlu memuktamadkan penyelesaian nya di peringkat itu agar idea yang sedang mengalir tidak akan tergugat atau terganggu.Mereka berhenti untuk rehat sebentar untuk makan dan meyambung kembali perbincangan hingga jam 6 petang .

Mereka berihat hingga jam 8 malam untuk makan malam dan Hafizi melihat isterinya Azura dan Puan Miah menggunkan masa tersebut untuk mereka menyambung kemesraan sebagai 'Me Time'untuk mereka berdua. Sesi berikut nya mereka memuktamadkan perkasa utama bagi setiap komponent dalam SWOT Analysis bagi INC  seperti berikut;
. 'Kekuatan (Strength )- Syarikat 'muda'baru dengan umur pekerja antara 25-40 tahun dan kos
                                                 yang kecil berbanding tetapi keuntungan yang besar bagi 5 tahun 

-"kelemhan '(Weaknesses)- Kurang kemahiran dan pengalaman kakitangan'
                                                       - Tiada fokus dan kurang tumpuan untuk bena kapasiti

-" Peluang (Opportunity )- Projek perniagaan tempatan perlu diutamakan 
                                                    - Rekod yang bersih dari pandangan pelanggan. 

-'Ancaman'(Threat)-  Bertambah nya pesaing yang menjadi proxy kepada syarikat asing.
                                       -   Kepuasan pelanggan yang sentiasa berubah dan bertukar.

Mereka berbincang dengan lebih lanjut bagi setiap perkara yang di nyatakan dengan cadangan untuk dilaksanakan. Sehingga jam 12 malam mereka bersetuju dengan rumusan berikut;

Untuk meningkat dan mengekalkan'kekuatan' INC ,syarikat perlu membina kapasiti kakitangan menerusi latihan dan pendedahan secara berterusan agar pengalaman mereka akan bertambah dan menambah daya saing syarikat.

Bagi mengatasi 'Kelemahan' INC perlu perkuatkan fungsi Pengurusan dan Pembangunan Sumber manusia agar proses pemilihan kakitangan dan pembangunan diri dapat di semak semula  di samping menjaga kebajikan mereka seperti yang telah sedia ada.

 'Peluang' yang perlu di rebut ilah projek projek tempatan khususnya di sektor kerajaan yang makin bertambah dan rekod INC yang baik dan bersih perlu di maksimakan.

Bagi 'Ancaman',INC perlu mengawal kos pengurusan dengan mengurangkan perbelanjaan tidak produktif  agar syarikat mampu menghadapi pesaing pesaing dalam industri dengan kemampuan menawarkan 'kadar harga 'yang kompetitif .

Sebagai menyokong cadangan itu agar dapat dilaksanakan perubahan dalam struktur organisasi perlu dilakukan dengan mewujudkan  beberpa jabatan dan unit serta fungsi agar lebih fokus,antaranya;
                                             . Pembangunan Sumber manusia dan latihan
                                             . Pengurusan Kontrak dan Perihal Undang Undang
                                             .  Pengurusan Pelanggan.

Secara keseluruahan Hafizi menekankan agar INC perlu 'kembali kepada asas'(Back To BAsic) sebagai usaha membaiki kelemahan dan kekurangan seperti yang di bangkitkan oleh juruodit bagi tempuh lima tahun dengan membuat sasaran bagi tempuh lima tahun akan datang .Puan Miah juga bersetuju agar sebarang lantikan baru perlu merngutamakan kakitangan yangsedia ada kecuali tiada kakitangan yang layak dengan memberi kenaikan gaji sebagai imbuhan kepada pertambahan tanggungjawab yang di beri. Puan Miah lebih berminat untuk menentukan susunan organisasi  yang baru dan juga pemilihankakitangan yang sesuai .

Olehkerana Hafizi terpaksa membantu Azura mengemaskini bahan untuk slide pembentangan .maka hasrat Puan Miah akan di bincangkan pada hari esok .Dia membiarkan pasangan suami isteri itu menyiapkan bahan dankertas cadangan sementara PuanMiah menyediakan isu /soalan yang akan dibentang dan tanyakanpada mesyuarat pengurusan khusus membincangakan lapuran dan dapatan dari juruodit. Dengan input cadangan yang dibincangkan bersama Hafizi dan Azura ,Puan Miah makin yakin untuk mempersoalkan bebarpa isu berkaitan kerana dia boleh mengaitkan dengan cadangan pembaikan yang telah mereka persetujui.

Bagi Hafizidia berpushati kerana mampu 'mempengaruhi' pemikiran dan hujah PuanMiah yang lebih cenderung untuk mencantas pengaruh dan kuasa suaminya dalam pengurusan perniagaan dan operasi INC. Dia makin yakin jika Puan Miah yang cerewet itu mampu di tangani ,maka halangan lain seperti TuanJoe danAlex akan menjadilebih mudah terutama mengetahui Puan Miah akan menyebelahi dan menyokong hujah nya nanti. Namun dia masihtertanya tanya apakah 'dela'yang diharapkan oleh PuanMiah sepeprti yang di tekankan di peringkat awal pertemuan mereka .

Hafizi meminta Azura cuba mengorek atau mencungkil dari Puan Miah samada sasaran yang di mahukan telah di kenalpasti dan di perolehi dengan perbincangan sepanjang hari hingga malam itu.Bagi Azura ini lah kali pertama dia dapat melihat dari dekat cara Hafizi berfikri dan bekerja dan dia akui 'kehebatan' suami baru nya itu yang dia tahu memang berpotensi sebagai pemimpin sebuah organisasi yang di lihat nya sejak di universiti dan berpeluang turut aktif bersamanya.

 Hafizi dan Azura selesai menyiapkan bahan untuk pembentangan dan mereka masuk tidur pada jam 1.30 pagi dengan PuanMiah sudah terlebih dahulu lena. (1032).    

C ++ # INFINITY NOVELA CONTEST 2024:   IHSAN NIKMAT CORPORATIONWhere stories live. Discover now