« 35 » 𝚀𝙰𝚈𝚁𝙰𝚉 ❥︎

857 22 0
                                        

QAY yang baru lepas membersihkan diri setelah bangun dari beradu. Kini terus turun ke bawah apabila terbau sedap dari masakan Cik Minah. Perut pun dah buat konsert sendiri tunggu apa lagi masa untuk mejamah lah. Eh sekejap baru perasan, mana Raz? bayangan Raz dia tidak terlihat lansung di ruang meja makan itu.

"Raz mana Cik Minah?" soal Qay apabila ternampak Cik Minah sedang melakukan kerjanya.

"Rasanya dia belum bangun tidur Qay. Eh Qay tak kejutkan dia ke?." ujar Cik Minah yang sedang menghidangkan serapan pagi untuk mereka berdua. Tersusun cantik Cik Minah hidangkan, terasa seperti ada seorang ibu di dalam rumah ini.

'Ha sudah..'

Aku dengan Raz sudah lah tidak tidur sekali. Macam mana nak kejut dia bangun tidur. Kena masuk bilik dia? Oh tolonglah mati hidup balik pun aku tidak rela. Gila kot dekat hotel pun seorang tidur katil seorang tidur sofa. Aduh macam mana ni? Takut Qay Cik Minah syak sesuatu dari mereka.

Betul lah dah kahwin dah halal kenapa tidur berasingan. Jawapan itu biarlah hanya Raz dan Qay yang simpan.

"Qay dengar tak?" kejut Cik Minah apabila melihat Qay jauh berfikir. Apalah yang budak ini berangan pagi-pagi.

"Nanti dia turun lah tu Cik Minah. Nak kejut tadi kesian nampak dia macam letih." Bohong Qay. Gila tidak akan mahu jawab 'Qay tak tidur dengan Raz pun' mahu Cik Minah tidak syak benda pelik dari dia.

"Tidak baik tinggal suami seorang. Pergilah kejut dia." paksa Cik minah lagi.

Qay sudah mati akal. Dia hanya menganggukkan kepala dan dengan tidak rela kakinya melangkah menuju ke arah kamar tidur Raz. Apa dia nak buat bila sampai di depan bilik tidurnya nanti?

Ahh susah betul lah kahwin macam ni!

"Aduh aku nak buat apa ni? Takkan nak terjah masuk bilik dia pula. Mau dia humban aku keluar nanti.." Seperti yang telah dijangkakan Qay kini sudah berada betul dia muka pintu hadapan bilik Raz. Buntu. Nak kena ketuk dulu baru bagi salam atau bagi salam baru ketuk?

Apa ni?!

"Ehem takpe aku cuba.. Kau nak takut apa Qay bukan kau nak rompak bilik dia.. Awakk ooo awakk" Qay cuba ketuk sambil memanggil Raz yang berada di dalam Walaupun lutut kaki dia getar tapi hendak buat bagaimana. Dia berharap Leo atau Riyaz lalu di sini untuk minta tolong.

Sunyi. Tiada sahutan dari dalam. Seolah-olah bilik itu tidak berpenghuni. Tapi di hujung kakinya dapat merasakan kesejukkan penyaman udara dari bilik Raz. Sah dia belum bangun tidur. Itulah balik lewat lagi. Orang kedah kata nanti bangun pun sayup.

"Haih tak bangun lagi ke dia ni?" soal Qay seorang diri sambil tangannya perlahan-lahan membuka pintu bilik dan kakinya dengan penuh berhati-hati melangkah masuk. Rasa seperti masuk kandang harimau puka, silap sikit mahu ken terkam.

Matanya melilau mencari susuk tubuh Raz tetapi tidak dijumpainya. Atas katil pun tiada. Besar sangat ke bilik dia ni sampai nak jumpa dia pun susah. Qay berjalan sambil mencuci mata melihat bilik yang sungguh tersusun kemas itu. Semuanya terletak sedap memandang.

Jam tangannya sudah seperti koleksi pandai dia menjaga. Semua barangnya semua dijaga dengan rapi. Rak bajunya juga sangat kemas. Diasingkan pula mana baju kerja, casual outfir dan T-shirt. Memang serba sempurna lah. Qay menapak ke arah tirai untuk membuka hendak bagi cahaya masuk. Membulat matanya melihat pandangan dari bilik Raz.

Cantik! sangat cantik ada buaian yang terletak di balkoni nilik Raz. Alang-alang itu dia mengemas tempat tidur Raz. Tidak salahkan kemas katil suami sendiri? Bukan suami orang.

"Kau buat apa sini?"

"Eh cucuk langit.. Allahu akbar terkejut saya" Qay yang terdengar suara itu melatah dibuatnya lalu menggosok dadanya.

𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | ✅ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang