« 29 » 𝚀𝙰𝚈𝚁𝙰𝚉 ❥︎

594 20 0
                                    

JAM menunjukkan tepat pada pukul 1 pagi, namun Ethan Danial masih belum tidur setelah dia mengetahui bahawa semua anak buah 'KING' sudah berada di Malaysia dan melakukan tugas mereka. Kini dirinya seperti kera terkena belacan

"Woii Danial mana kau?" terpekik suara Zarith mencari Danial di dalam rumah agam besar miliknya

"Aku kat sini, asal?" kata Danial selamba

"Anak buah King a-" belum sempat Zarith menghabiskan ayatnya terus Danial mencela

"Dah ada kat sini and diorang tengah cari perempuan tuu" Jawab Danial

"Kau dah tahu?" tanya Zarith dengan keningnya yang berkerut

"Iye aku tahu"  Dengan sungguh tenang jiwa raganya menjawab.

"Pastu kau boleh berdiam macam nii? kau tahu tak King mesti dah tahu semua plan kau.. bodoh ke apa kau nii" kata Zarith dengan menahan amarahnya

"Kau diam boleh takk??" Danial agak bengang dengar kata-kata Zarith seolah-olah menambah lagi serabut fikirannya

Danial mengambil telefon pintarnya untuk membuat panggilan terhadap seseorang

"Kau memang sial" kata Zarith lalu beredar dari situ

Danial membuat tidak dengar dengan kata-kata Zarith, dia meneruskan kerjanya untuk memanggil seseorang

"Hello Reen, where are you?" Danial sedang telefon Laila Areena

"I dekat butik why?" jawab Laila

"Datang rumah i now, i have a problem about Raz"

"Errm give me 5 minutes then i direct to your house, okay?" kata Laila sambil melihat ke arah jam tangannya

"Alright, don't be late.." kata Danial lalu menutup panggilan

*ring* telefon milik Danial berbunyi .

Danial menatap ke arah telefonnya untuk melihat siapa yang menelefonnya tetapi nombor itu tidak disimpan sebagai kenalannya lalu dia mengakat panggilan tersebut

"Aku suruh kau buat apa?" suara itu agak familiar suara yang agak besar dan garau menunjukkan identiti seseorang yang sangat memenuhi kuasa dan takhtanya yang tinggi

Danial yang mendengar seolah-olah lehernya bagai dicengkam sesuatu sehingga tidak boleh hendak menelan air liurnya. Dunianya terasa di kepung. Adakah ini pengakhiran hayatnya? Dia tahu apabila diri ini sudah menjadi targetnya, orang itu tidak akan boleh ke mana-mana lagi.

"King" itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Danial

"Aku nak kau ada depan mata aku esok malam tepat pukul 12, kalau tidak aku yang ada depan mata kau nanti" katanya lalu menutup panggilan itu tanpa sempat Danial membalas

"Hey!" tegur Laila setelah tiba di rumah agam Danial

Danial agak terkejut dengan sapaan itu kerana tadi dia sedang memikirkan sesuatu selepas King menutup panggila sehingga membuatkan dirinya hilang dari dunia

"You terkejut kee hahaha sorry i tak sengaja"

"No it's okay, bila sampai?" kata Danial sambil menyapu mukanya

"I baru jee sampai, asal muka you pucat semacam nii? You sakit ke Ethan?" tanya Laila risau sambil memegang wajah Danial

"No i'm okay, don't worry" kata Danial dengan senyuman sambil menarik Laila duduk di tepinya

"By the way, where's Zarith? i tak nampak dia pun.. besar sangat ke rumah nii sampai susah nak jumpa batang hidungnya" tanya Laila dengan matanya meliar mamandang ke arah seluruh rumah itu

𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂Where stories live. Discover now