"SAYANG.. lepas abang hantar sayang balik rumah, abang keluar kejap boleh?" Soal Raz. Kini mereka sudah bergerak untuk pulang ke Putrajaya. Dari Selangor ke Putrajaya ambil masa dalam dua jam lebih juga. Itu pun kalau jalan tidak sesak lah.
"Nak pergi mana?" Soal Qay pula.
"Pergi jumpa Haizen dengan Raff kejap.."
"Ouhh okay.." Qay tidak kesah pun Raz nak keluar ke mana. Asal kan beritahu dia dulu sudah. Ini keluar melulu sahaja lansung tidak beritahu apa-apa macam tungkul kayu pula kita rasa diri ini.
"Maybe lewat sikit abang balik.. Jangan risau dekat rumah abang dah pasang safety baik punya.." Ujar Raz dengan gaya berlagak. Memang betul pun baru ini dia dah suruh Riyaz dan Leo pasang lebih banyak private CCTV dan penggera. Pengawal peribadi mereka juga penuh disekeliling rumah. Setiap sudut ada.
"Eleh.. Iya lah tu.." Qay membuat riak wajah yang meluat. Canggih lah sangat. Dah kalau orang nak pecah masuk itu memang akan terjadi juga.
"Takpe kan sayang? Riyaz dengan Leo pun ada.. Abang gerak sorang aje.."
"Sayang okay aje.. Abang tu lah nak drive kereta balik sana pula.. Tak penat ke?" Dari Selangor ke Putrajaya lepas itu kejap lagi nak ke Selangor balik. Rajin betul dia nak memandu hari ini.
Bukannya mereka nak jumpa dekat Selangor pun walaupun rumah Haizen dengan Asyraff dekat sana. Tetapi mereka jumpa di markas dekat sikit. Tidak lah Raz perlu memandu sejauh itu. Dia pun penat. Tetapi disebabkan mereka ada hal yang perlu dibincangkan dia kena lah turun padang.
"Takde lah sayang.. Abang okay aje.. Abang kan strong.. Haha!"
"Perasan.. Strong lah sangat.. Bangun pagi kita takde sebelah pun dah nangis.." Qay sengaja ingin mengusik Raz. Berlagak kuat lah sangat. Bangun pagi aje meleret panggil kita. Mummy pun sampai baik heran dengan perangai anaknya itu.
"Sayang! Tak baik tau.." Raz mula malu. Dia pun tidak sangka dia boleh jadi macam itu. Tapi bukan dia sengaja buat memang dia tidak boleh bila bangun aje Qay sudah hilang. Rasa macam di tinggalkan.
"Haha! Betul lah kan.. Abang.." Panggil Qay. Mood serius kini mula datang.
"Ha ni.. Panggil abang macam ni dah kenapa?" Raz memaling muka ke arah Qay tanggan masih tetap di stereng kereta. Nasib kereta ni ada mod 'Auto Drive'.
"Thankyou.." Qay mengucapkannya lalu tersenyum lebar.
"For what sayang?" Qay menjongketkan keningnya. Pelik.
"For everything.. Sayang happy sangat dengan abang.." Qay membuat tanggannya seperti bentuk pelangi menunjukkan maksud segala-galanya.
"Abang yang patut ucapkan ini dekat sayang.."
"Takpe.. Sayang ucap dulu mana lah tahu nanti sayang tak sempat nak ucap ke.. Ha dah melepas.." Ujar Qay
"Hey apa cakap macam tu.. Sayang nak tinggalkan abang ke?" Raz mula pelik dengan ayat isterinya itu. Ada cakap macam tu?
"Bukan lah.. Ajal maut-"
"Dah enough, stop talking nonsense.. Abang tak suka.." Suara Raz sedikit mengeras. Dia tidak suka isterinya berkata seperti ini. Kini dia hanya ada Qay sebagai pendamping hidupnya.
"Sorry.." Qay mula menyepi. Sedikit terasa dengan kata-kata Raz.
"My little wifey.. I'm not mad at you okay.. Abang cuma tak suka sayang cakap ajal maut semua ni.. Abang nak hidup dengan sayang sampai rambut kita dah bertukar putih.. Kulit dah mula berkerut.. Lepas ni jangan cakap macam ni dah tau.." Tutur Raz dengan nada yang sangat lembut sambil mengelus lembut tangan isterinya demi memujuk buah hati di depan matanya ini.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂
Romance𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗭 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗥𝗜𝗭 𝘅 𝗔𝗨𝗥𝗢𝗥𝗔 𝗤𝗔𝗬𝗟𝗔 TENGKU HARRAZ MUKHRIZ atau lebih dikenali sebagai RAZ merupakan seseorang yang mempunyai sisi gelap yang amat gerun.. Cukup hanya melihat matanya sudah mampu membuat semua orang ter...