« 5 » 𝚀𝙰𝚈𝚁𝙰𝚉 ❥︎

871 37 0
                                    

" QAY, qay bangun kita dah sampai " Haziq cuba mengejutkan Qay yang sedang tertidur itu bangun kerana sekarang mereka telah tiba di destinasi.

" Haih tak sedar pula diaa.. Sayangg oo sayang bangun laa sayang kita dah sampai nii " Haziq cuba sekali lagi untuk mengejut Qay, tetapi kali ini sedikit berbeza dia memanggil Qay dengan panggilan yang agak manja.

Sebenarnya, Haziq dah mati akal nak kejut dia. Tetapi kenapa idea itu sahaja yang melintas? Jangan macam-macam eh Haziq!

" Hah ape ni sayang sayang ee gelilah! " Qay yang terkejut melihat Haziq bersayang-sayang bagai. Nak muntah aku. Ceh Qay cakap je laa kau suka.

" Nak aku panggil sayang baru kau sedar ekk? Alright now i know cara nak kejut kau lepas ni haha" Gelak Haziq setelah melihat wajah cemberut Qay yang baru sedar dari lenanya.

 Comel.

" Eeehh aku tak sedar laa tadi bukan sengaja.. pastu aku terdengar orang duk yang yang tepi telinga aku terus jaga lah.. sebab makin lama aku dengar makin geli lak rasa.. " Jelas Qay bahawa dia bukan hendak menunggu Haziq memanggilnya begitu baru dia nak terjaga tolonglah.

" Eleh apa-apa je lah ni kita dah sampai.. betul enn tempat dia?"  Tanya Haziq.

Qay melihat telefonnya lalu melihat semula tempat yang mereka berada seperti hendak membuat kepastian detinasi mereka kini tepat. Takut tersesat pergi ke tempat lain pula. Dah buang masa nanti. Sudah lah projek ini banyak lagi perlu kena siapkan. 

" Haa ahh betul ahh.. kertas kerja yang ma'am bagi tuu kau bawa arkk?? " Tanya Qay takut nanti bukan boleh Haziq ini. Dia kalau boleh hendak bawa diri sahaja benda yang sepatut kena bawa, dia tidak bawa. Geram kekadang.

" Ni Haziq lah of course lah aku bawa nanti kang kena hempuk dengan kau takpasal.." Ujar Haziq sambil membuka bonet keretanya untuk mengambil segala berang keperluan mereka.

Qay menaikkan bebola mata hitamnya ke atas. Rasa annoyying dengan kenyataan Haziq tadi. Nampak macam dia jahat sangat pula! Aurora Qayla baik lah.

" Nah segala soalan dan tugasan ada dalam tuu.. Yang lain semua ada dekat Danial dengan Ayra " Haziq memberi satu fail yang terdapat banyak tugasan yang harus disiapkan sebelum semester akhir mereka menjelma. Tugasan ini juga akan membantu mereka sebagai markah tambahan dalam peperiksaan semester akhir mereka nanti.

" Alright cunn.. let's go" Qay sedikit lega kerana semua yang diperlukan ada pada Haziq. Dan dia juga telah agihkan sedikit bahagian untuk Ayra dan Danial lakukan.

" Qayy.. " panggil Haziq yang sedang melihat Qay tekun mencari maklumat tambahan untuk masuk dalam tugasan mereka.

Niat sengaja nak pecahkan rasa sunyi. Rasa janggal pula.

" Yaa kenapa? " Jawab Qay lalu menanyakan kenapa Haziq memanggilnya.

" Tak nak tanya jee.. Kau dah ade ke?? " Tanya Haziq walaupun sedikit takut tapi ya kita cuba.

" Ade ape kau ni? Soalan tu biar lengkap kalau nak tanya.. " Balas qay dengan soalan berbalas soalan, jadi jawapannya mana? Masakan jawapan nak datang, soalan di beri pun tidak habis. 

" Aaa ade boyfriend?" Ya Allah kuatkan lah semangat Haziq agar tidak kena baling dengan Qay. Ya Qay seorang yang agak ganas ye sedikit. 

" Mendee laaa kau nii dari tanya soalan bodoh tuu baik tolong aku cari tentang nii ape benda tah dia nakk.. Pening aku baca statement dia.." Qay yang sedikit tersentak namun dia cuma melindungi dengan riak wajah yang biasa. Sudah lah tengah serabut dengan soalan projek. Seperti soalan minta penyapu jawapan minta almari.

Eh ada kaitan ke? Apa-apa lah tetaoi macam itu lah spesifikasi soalannya. Yang belajar Addmath mesti faham. Perit bukan?

" Errm jawab laa soalan aku Qay.. " Haziq yang masih tidak berpuas hati dia terus berusaha untuk mendapatkan jawapan.

" Haih kau nii dah kenapa laa.. Aku takde boyfriend pun laaa.. Muka macam ni ade ke orang nak??" Soalan telah dijawab oleh Qay. Adakah Haziq berpuas hati?

" Ouhhh faham.." itu sahaja yang keluar dari mulut Haziq tetapi dalam hatinya?

'AHHHHH WE AKU ADA CHANCE AKU ADA CHANCE'   Ya bersorak gembira dia di dalam hati. Siapa saja tidak gembira apabila orang yang disukai di dalam hatinya tidak dimiliki oleh sesiapa lagi. Haziq berharap dia lah menjadi orang pertama yang akan menetap di dalam hati Qay.

Yang pastinya, dia sangat berpuas hati dengan jawapan tersebut. 

" Dah kenapa kau tersengih-sengih.. Seram pulak aku tengok.. Cepat laa sini errh" Qay yang melihat Haziq senyum seorang diri macam kerang busuk terus menegurnya.

" Hahahaha haa yee laa aku datang.. cepat giler kau jalan.. kalau jalan guna niat ke apa?" Melawak Haziq melihat Qay berada jauh darinya. Yaa laa laju gila kot dia jalan kita nak berangan 5 minit pun tak boleh.

***

" Bro nanti kau ade lunch  meeting dengan client dari Spanish and Tan Sri Khalis nak jumpa kau juga untuk bincangkan tentang tapak pembinaan tuu" Terang Haizen tentang jadual Raz pada hari ini. Maklumlah Personal Assistant. 

Reminder, PA sementara! 

" That's all?" Tanya Raz untuk memastikan bahawa itu sahaja untuk hari ini.

" Errmm.. Oh yaa one more thing Laila ade buat appointment nak jumpa kau.. Surprisingly after i got know this.. Dia nak buat apa je jumpa kau?" Laila ada membuat temujanji sejak semalam untuk bertemu dengan Raz. Tetapi semalam Raz tidak berada di pejabat jadi dia memutuskan untuk berjumpa hari ini.

Haizen agak curious.

" Laila? Ada hal penting ke dia nak jumpa aku? Aku taksuka orang yang datang buat appointment bagai tapi takde benda penting nak cakap baik takpayah.. Waste my time" Raz sedikit terkejut mendengar Laila membuat appointment untuk berjumpa dengannya. Apa yang penting sangat untuk dibincangkan? Hendak suruh kembali semua seperti dulu, maaf tiada peluang kedua bagimu Laila.

Lebih hendak menyatakan dia menyampah untuk melihat wajah Laila lagi sekali. Cukup lah di rumah keluarganya hari itu.

" Manalah aku tahu setan.. Kau nak marah, marah dekat yang buat appointment dengan kau.. Tugas aku just inform your schedule today.. Aku blah luu tatatititutu" Haizen yang menyampah asyik dia saja kena dengan Raz. Penat lah macam nii.

'Raz dengan Laila ada something ke?' 

Bisik Haizen dalam hatinya. Haizen juga terkejut melihat kehadiran Laila semalam until bertemu dengan Raz siap buat appointment bagai. Tetapi Raz tidak pernah cerita apa pun.

Ya Haizen tidak tahu mengenai hubungan Raz dan juga Laila. Haizen bertemu dengan Raz selepas mereka telah habis belajar. Haizen merupakan kawan sekolah menengahnya. Jadi mereka tidak berjumpa 3 tahun kerana masing belajar di tempat yang berbeza.

" Kau nak ape lagi Laila?" Tanya Raz seorang diri yang kini bersendirian di dalam pejabatnya.

Mengapa laila hendak bertemu dengan Raz? Adakah dia hendak berputik kembali cinta mereka yang telah pudar dulu? Atau sebaliknya.

JANGAN LUPA VOTE ! ❤️

𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂Where stories live. Discover now