« 19 » 𝚀𝙰𝚈𝚁𝙰𝚉 ❥︎

627 29 0
                                    

"WE Qay tadi kau cakap sampai rumah baru kau nak cerita sapa ikut kita balik kampung tuu.." Ayra ingatkan kembali perkara yang dijanjikan oleh Qay sambil makan Ramennya di ruang tamu.

"Ouh yaaa lupa pula aku.. Haa esok Raz ambil kita dia laa ikut kita sekali nanti " Kata Qay sambil melihat telefonnya.

" Huk huk huk.. Serious ahh mamat tu ikut?? Asal dia nak ikut kita balik?" Terkejut sehingga terbatuk Ayra dibuatnya apabila mendengar Raz mengikut mereka pulang ke kampung bersama.

"Eh eh kau okay tak ni?? Kang japgi keluar cecair dekat hidung hahaha..." Usik Qay.

"Ishhh aku lempang karang ape takleh.. tak asal dia ikut kita sekali nii??" Tanya Ayra lagi sekali.

"Dia nak jumpa Makngah dengan Pakngah.. katanya nak minta restu untuk kahwin dengan aku.. tahlah saya.." Terang Qay.

"OMG so gentleman.. Perghh gempak ahh bakal suami kau Qay.. " Kata Ayra dengan mulutnya penuh dengan Ramen yang dibuatnya sendiri kali ini tanpa bantuan Qay. Kalau tidak selalu panggil Qay suruh masakkan dia Ramen laa Maggi la.

"Hm aku taktahu laa Ayra.. Dia nak jumpa family aku esok pun aku tak rasa apa-apa.." Kata Qay.

"Hmm fahamm.. Apakata nanti kau doa minta petunjuk dari Allah.. kalau betul Raz jodoh kau.. kau kena terima dengan seadanya tauu.. rancangan Allah SWT lebih baik ingat tuu.." Mood ustazah Ayra telah menjelma. Ayra sediki memberi nasihat kepada sahabat baiknya agar jangan putus doa kepada Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

"Erm insyaAllah.. thanks my bubu" Ujar Qay lalu memeluk sahabatnya.

"Samaa-samaa my bebeh" Kata Ayra lalu membalas pelukkan tersebut.


***


" Semua barang dah masuk dalam bonet?" Tanya Raz apabila melihat Qay dan Ayra siap untuk masuk ke dalam kereta.

Ayra duduk di belakang, manakala Qay duduk di hadapan kerana dipaksa oleh Raz.

" Yaa dah" Jawab Qay.

"Ada nak singgah mana-mana ke before kita nak masuk highway?" Tanya Raz lagi.

"Rasanyaa takde.. so let's goo" Kata Ayra yang seronok di belakang seperti budak kecil.

"Alright.." Balas Raz lalu memasukkan gear D menandakan kereta sudah bergerak.

"Kampung kau area kedah dekat mana?" Tanya Raz sambil fokus pemanduannya.

"Dekat Alor Setar" Balas Qay.

"Takpernah dengar loghat kedah kau pun selama aku cakap dengan kau" Raz cuba menjadi peramah untuk berbicara dengan Qay.

"Dekat kolej saya tak ramai dari utara.. adapun tak ramai.." Jawab Qay.

"Ouhh yee ekk.. kau taknak ajar aku loghat kedah ke?" Raz cuba meminta Qay mengajarnya loghat Kedah.

"Satgi kalau saya ajar awak cakap boleh rosak loghat kedah" Perli Qay.

"Orang kedah ni bukan kasar ke?? Asal aku tengok kau lemah lembut semacam jee.." Raz yang cuba membuatkan Qay berasa panas.

"Tak semuaa laa kasar! Saya perempuan takkan saya nak kasar lainlah awak tuu jantan ergh" Kata Way sambil menyilang tangannya.

"Kau period ke apa harini ha?" Tanya Raz kerana dia tengok Qay asyik hendak marah sejak naik ke kereta sehingga sekarang.

"Diam laaa" Kata Qay dengan nada yang
geram.

Setelah beberapa jam memandu. Kini Raz berhenti di sebuah R&R untuk berehat seketika.

"Weh Qay bangun " Raz cuba untuk kejutkan Qay kerana sekarang dia singgah di R&R mana tahu Qay dan Ayra hendak membeli sesuatu atau ingin membuang hajat.

𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂Where stories live. Discover now