JAM menunjuk pukul 6:30 pagi, Qay sudah bersiap kemas segala barangnya ang hendak di bawa pulang ke kampung halaman dan semasa majlis perkahwinannya di Pulau Pinang. Hatinya berasa agak berat untuk meneruskan semua ini. Tetapi, tidak mungking dia perlu membatalkan perkahwinannya dengan Raz kerana semuanya telah disiapkan oleh Raz hanya tinggal untuk mereka naik ke jinjang pelamin.
" Allah, kau permudahkanlah segala urusanku ya Allah.. Jangan kau persulitkannya ya Allah.. Sesungguhnya aku hanya hamba-Mu yang lemah ya Allah.. Aku hanya mengikuti segala takdir-Mu yang telah kau tetapkan.. Jika benar dia jodoh ku ya Allah kau redhai hubungan kami ya Allah semoga bahagia hingga ke Jannah.. Amin Ya Rabbal A'alamin.."
SeYalesai sahaja Qay menunaikan solat subuh. Dia terus berdoa agar Allah SWT memudahkan segalanya urusannya pada esok dan lusa. Entah mengapa dirinya berasa tidak sedap hati.
"Qay.. dah siap kee?" panggil Ayra sambil memulas tombol pintu bilik Qay.
"Laaa tak habis lagi ke solat?... cepatlaa Raz dah sampai.. Nii mana barang hang aku nak angkat.." ujar Ayra setelah melihat Qay masih lagi menyarung telekungnya dan belum bersiap malah Raz telah menunggu mereka berdua di bawah.
"Tuu yang beg kat atas katil semua tuu.." kata Ayra sambil menunjuk ke arah katilnya dengan jari telunjuk
" Alrightt.. siap cepat aku tunggu kat bawah" Ayra turun ke bawah dengan membawa beg Qay untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta Raz.
"Qay mana?" tanya Raz kerana dia hanya nampak Ayra sahaja turun.
" Dia baru habis solat.. satgi dia turun laa tuu" ujar Ayra lalu memberi semua beg mereka kepada Raz.
" Ouh okay.." balas Raz dengan menganggukan kepalanya
" Jom, sorry lambatt" kata Qay lalu terus masuk ke dalam kereta.
"Mummy dengan daddy dah gerak ke?" tanya Ayra sambil memandang muka bakal suaminya itu.
"Haa ahh dah.. aku suruh diorang gerak dulu.. tunggu kau lambat laa nak sampai nanti" jawab Raz dengan sempat lagi dia menyelit untuk mengusik Qay
Setelah 30 minit tayar kereta Raz bergolek, mereka berhenti di sebuah R&R untuk beli roti dan air sebagai alas perut untuk sampai ke Kedah. Masuk sahaja ke dalam kereta telefon milik Ayra berdering.
"Assalamualaikum, hangpa ada kat mana nii?" panggilan itu dari Makngah Qay yang disayangi.
"Waalaikumussalam makngah.. Qay ada dekat Sungai Dua dah.. satlaa nak sampai dahh.. pasaipa??" jawab Qay dengan penuh teruja kerana dia sangat merindui makngahnya yang seorang ini.
" Nii mak mertua dengan pak mertua hang sampai dulu dah.. satgi nasi lemak ayam berempah habis jangan duk qeyau.." makngah sengaja mengusik anak saudaranya itu
"Mak-.." panggilan telefon itu telah diputuskan oleh Makngah..
"Makngah cakap apa?" tanya Raz yang dari tadi hanya mendengar perbualan antara Qay dengan makngah kerana sibuk fokus ke arah pemanduannya. Nasib baik hari ini jalan raya tidak berapa sesak. Tidak lah merumitkan dirinya untuk memandu.
"Mummy dengan daddy dah sampai.." jawab Qay sambil senyum melihat telefonnya seolah-olah sedang membalas mesej seseorang
Ayra seperti biasa lah dia menjadi 'sleeping beauty' di tempat duduk belakang. Dari Kuala Lumpur sampai lah nak dekat Kedah dia masih lagi tidur. Ayra seorang yang mudah tidur walau dimana berada.
"Ehem.. dah macam kerang busuk aku tengok.. chat dengan siapa haa?" tegur Raz dari tadi dia melihat setelah Qay habis bersembang dengan makngahnya.
" Lahh dengan Haziq je pun nak jeles ke.." jawab Qay sambil menatap skrin telefonnya dengan penuh kesenyuman
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂
Romance𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗭 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗥𝗜𝗭 𝘅 𝗔𝗨𝗥𝗢𝗥𝗔 𝗤𝗔𝗬𝗟𝗔 TENGKU HARRAZ MUKHRIZ atau lebih dikenali sebagai RAZ merupakan seseorang yang mempunyai sisi gelap yang amat gerun.. Cukup hanya melihat matanya sudah mampu membuat semua orang ter...