QAY membuka matanya setelah mendengar bunyi jam penggera di atas meja kecil sebelah katilnya. Dia pusing ke kiri dan melihat Raz yang masih tidur dengan nyenyak. Matanya melihat setiap wajah tampan suaminya itu. Perlahan-lahan tangannya mengelus pipi itu lalu turun hidung dan akhir sekali di bibir. Bibir yang berwarna merah jambu lansung tiada kesan berwarna hitam kerana Raz tidak hisap rokok atau vape. Pernah dia tanya Raz soal ini lalu dia menjawab
"Peparu nak pakai lama nanti kalau aku hisap kang, janda awal kau.."
Itu lah jawapan yang pernah diberinya dulu. Senyum Qay sendiri kerana geli hati apabila mengingati semula. Tanpa disedarinya Raz perlahan-lahan membuka matanya apabila terasa tidurnya diganggu. Qay agak terkejut lalu dia menarik tangannya tetapi disambar semula oleh Raz.
"What are you doing to me at this morning, hm?" Soal Raz dengan suara serak basahnya sambil tangan Qay dipegangnya dan diletakkan di pipinya.
"Sayang nak pergi mandi kejap.." Qay ingin bangun dari katil tetapi tidak berjaya kerana dikunci kuat oleh Raz. Dia menarik Qay untuk lebih mendekat dengannya. Wajah mereka kini hanya tinggal seinci sahaja. Kalau bergerak memang bergesel hidung.
Baru pagi tapi dah rasa panas. Lain macam!
Raz hanya tenung bibir Qay yang mulus sambil dia mengelus pipinya. Hati Qay mula berdebar dengan keadaan mereka kini. Dia cuba berfikir untuk mencari jalan bebaskan diri.
"Abang.. Sayan-"
Cupp! Bibirnya telah dicuri oleh Raz seawal pagi ini.
"Abang!" Terus bangun Qay berlari masuk ke bilik air. Merah padam seluruh mukanya.
Raz tersenyum bangga lalu dia kembali menutup matanya.
"Erm.. Sedapnya bau.. Cik Minah masak apa ni?" Qay yang baru turun ke bawah setelah selesai menyiapkan dirinya. Hanya mengenakan blouse cream dan seluar pallazo lalu memakai tudung sarung. Simple but nice. Aurora Qayla pakai apa pun semua cantik dengannya.
"Nasi lemak dengan ayam goreng berempah aje.." Jawab Cik Minah sambil tanggannya sibuk mengacau sambal ikan bilis yang sedang pecah minyak.
"Aaa sedap tu Cik Minah.." Qay membuat reaksi teruja. Selalu makngah yang masak nasi lemak untuknya pagi-pagi hari ini makngah pula masakan untuk dia. Boleh lah bua lepaskan rindu.
Cakap tentang makngah sudah agak lama dia tidak tanya khabarnya. Qay terus pergi ke belakang rumah yang ada kolam renang dan mini kolam ikan. Di sini sunyi tiada orang senang lah untuk dia berbual dengan makngah. Terus dia mengambil telefon di kocek seluar lalu membuat panggila kepada makngah.
"Assalamualaikum.. Makngah!" Teruja dia memangil makngah setelah mendengar panggilannya di jawab oleh makngah.
"Waalaikumussalam.. Ya Allah Qayla! Makngah rindu sangat dekat Qay.. Awat Qay lama tak call makngah?" Begitu juga dengan Makngah yang kini berasa teruja apabila melihat nama Qay terpapar di skrin telefonnya.
"Qay minta maaf makngah.. Nak cari masa nak call dengan makngah tu takdak.. Kalau cakap dengan makngah dua tiga minit tak cukup.. Mau tiga jam baru puaih.. Haha!" Ujar Qay sambil dia menyelit sedikit usikkan terhadap Makngah.
"Eleh.. Ya laa tu.. Ni hang apa habaq? Raz sihat dak?" Soal Makngah
"Kami dua sihat ja makngah.. Makngah dengan pakngah sihat dak? Tua-tua ni kesihatan kena jaga.. Makan kena pantang sama.." Qay sengaja memberi pesan buat makngah maklum lah usianya kini sudah mencencah 60-an kalau tidak dingat memang dia buat tak endah.
"Pandai lah dia tu nasihat orang.. Ni hampa bila nak mai balik sini? Lepas kahwin senyap terus.. Tau lah dah halal pun tapi jangan lah lupakan makngah.." Kata makngah dengan kedengaran sedikit nada sedihnya.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂
Romance𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗭 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗥𝗜𝗭 𝘅 𝗔𝗨𝗥𝗢𝗥𝗔 𝗤𝗔𝗬𝗟𝗔 TENGKU HARRAZ MUKHRIZ atau lebih dikenali sebagai RAZ merupakan seseorang yang mempunyai sisi gelap yang amat gerun.. Cukup hanya melihat matanya sudah mampu membuat semua orang ter...