Selesai pengambilan result, Lysa pulang kerumah. Setelah Lysa tiba dirumah, Lysa melihat ibunya yang berada di depan pintu rumahnya.
"Assalamualaikum ibu."
"Waalaikumussalam, macam mana result SPM Lysa?" Tanya Puan Sri Zalia.
"Alhamdulillah ibu, Lysa dapat 6A"
"Alhamdulillah, tahniah sayang." Puan Sri Zalia memberi ciuman di pipi Lysa.
"Thanks ibu." tersenyum mesra Lysa kepada ibunya.
"Lysa mesti penatkan? Lysa rehat dulu okey?" Puan Sri Zalia menatap wajah anaknya yang kepenatan itu.
"Baik ibu, Lysa naik atas dulu ye?" Izin Lysa
"Ye, jangan lupa mandi tau sayang."
"Baik boss!" Lysa memandang ibunya sambil tersenyum.
Puan Sri Zalia tersenyum melihat kelakuan satu-satunya anak gadisnya itu.
🕊️🤍🤍🕊️
Selesai solat maghrib, Lysa pergi ke ruang tamu untuk menonton tv. Di sana dia melihat ayahnya yang sedang menyiapkan kerja melalui iPad, Lysa duduk di samping ayahnya. Lalu Lysa menyapa ayahnya yang khusyuk menyiapkan kerja itu."Ayah buat apa tu?" Tanya Lysa.
"Eh. Lysa terkejut ayah, dah lama ke kamu duduk tepi ayah ni?" Terkejut Tan Sri Zaharuddin melihat Lysa di sampingnya.
"Tak de lah, Lysa baru je duduk kat sini."
"Lysa tengok ayah macam busy je, sorry kalau Lysa ganggu ayah."
"Lysa tak ganggu ayah pun. Ayah tengah siapkan kerja sikit." Ujar Tan Sri Zaharuddin dengan lembut.
"Ooo." Lysa membulatkan mulutnya.
"Ha! Lupa ayah nak tanya, tadi Lysa ambil result kan? Result macam mana?" Tanya Tan Sri Zaharuddin.
"Alhamdulilah ayah, Lysa dapat 6A." Jawab Lysa dengan wajah yang gembira.
"Alhamdulillah, congratulation Lysa!"
"Thanks ayah." Terukir senyuman manis di bibir Lysa.
"Lysa kan dah dapat result, lepasni Lysa nak buat apa? Sambung belajar ataupun kerja dekat office dengan ayah?" Tanya Tan Sri Zaharuddin kepada anak gadisnya.
"Erm...Lysa pun tak tahu lagi, Lysa tengah fikir nak buat apa lepasni."
"Tak apalah, Lysa fikir je dulu nanti kalau dah ada keputusan Lysa bagitahu ayah okey?"
"Okey, ayah."
"Ibu mana ayah?" Tanya Lysa.
"Oh ibu kamu dekat bilik agaknya."
"Ooo."
"Lysa naik atas dulu ye ayah." Izin Lysa kepada Tan Sri Zaharuddin.
"Ha okk." Terukir senyuman ikhlas di wajah Tan Sri Zaharuddin.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" Tan Sri Zaharuddin melanjutkan kerjanya di dalam iPad itu.
Lysa masuk ke dalam biliknya dan berbaring di atas katil. Lalu Lysa memikirkan pertanyaan yang ditanyakan sebentar tadi oleh ayahnya. Fikirannya mula meracau tentang pertanyaan ayahnya itu, tanpa melengahkan masa Lysa terus mengambil air wudhu untuk menunaikan solat fardhu Isyak.
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
RomanceNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...