Bab 6 🖤🦋

208 95 0
                                    

Paginyaa...

Athar baru sahaja pulang dari berjoging. Dia memberi salam apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat mummynya yang rancak berbual di dalam telefon. Athar hanya melabuhkan punggungnya di atas sofa dan mendengar sahaja perbualan mummynya dia tidak mengeluarkan sebarang suara.

"Waalaikumussalam." Ujar Datin Lydia sebelum menutup panggilan tersebut.

Lalu Datin Lydia memandang ke arah anaknya itu.

"Athar dari mana ni?" Tanya Datin Lydia.

"Dari taman." Balas Athar.

"Ouh."

"Mummy call dengan siapa tadi?" Tanya Athar kepada Datin Lydia.

"Mummy call dengan ibu Lysa." Balas Datin Lydia.

"Owh."

Datin Lydia hanya tersenyum melihat ke arah Athar.

"Erm... Mummy kenapa senyum-senyum tengok Athar ni? Scary lah Athar tengok." Ujarnya dengan wajah cuak.

Ha cuak kau, bak kata cikgu sekolah senyum itu sedekah. So teruskan senyum mu wahai Datin Lydia. Ha sambung...

"Eh salah ke kalau mummy senyum?" Tanya Datin Lydia.

"Tak salah cuma senyuman mummy kali ni seram sikit hehehe." Ujarnya.

"Haih, ada-ada je kamu ni."

"Ha ni, mummy senyum-senyum ada apa? Macam ada berita baik je ni? Kalau tak murung je muka tu." Tanya Athar kepada Datin Lydia sambil menaikkan keningnya.

"Mummy borak dengan ibu Lysa tadi, ibu Lysa cakap yang Lysa terima." Balas Datin Lydia.

"Ouh, Alhamdulillah." Ujar Athar.

"Sebab ni la mummy tersenyum-senyum?"

Datin Lydia hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Lantas Datin Lydia bangun dari sofa.

"Mummy naik atas dulu, nak tengok cucu mummy tengah buat apa kat atas." Ujar Datin Lydia.

"Okey." Balas Athar.

Athar hanya merenung ke luar jendela. "Ya Allah permudahkanlah urusan untukku. Jika benar dia ditakdirkan untukku, maka aku sedia menerimanya." Bisik hati Athar dia terus memejam matanya dengan rapat.

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Lysa sedang bersiap-siap untuk keluar, hanya sentuhan terakhir iaitu membetulkan awning tudungnya itu. Dia terus melangkah keluar dari bilik dan turun menuruni tangga.

Puan Sri memandang anaknya yang baru sahaja turun dari tangga itu. "Lysa nak keluar dah ke ni?" Tanya Puan Sri Zalia.

"Ye ibu, lysa pergi dulu." Balas Lysa sambil melangkah menghampiri ibunya, lalu dia menyalam tangan ibunya.

"Okey. Hati-hati sayang." Ujar Puan Sri Zalia.

"Okey ibu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Balas Puan Sri Zalia.







" Balas Puan Sri Zalia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!Where stories live. Discover now