Kini mereka telah sampai di office Athar. Dia terus parking kereta di tempat yang disediakan. Mereka bertiga keluar dari perut kereta dan berjalan masuk ke dalam office Athar.
Mereka masuk ke dalam lift untuk pergi ke ruangan Athar. Akhirnya lift berhenti, mereka melangkah keluar dan berjalan menuju ke ruangan Athar.
Belum sempat Lysa hendak mengetuk pintu, Arfan terus memulas tombol pintu dan pintu terbuka luas.
Mereka masuk ke dalam ruangan tersebut, kelihatan Athar yang lena tertidur di atas kursi kerjanya.
"Haih ni kalau dah lena, tak ingat apa dah." Arfan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Erm, nak kejut ke?" Tanya Lysa.
"Jangan, saya ada idea." Arfan menyeringai.
"Do you bring lipstick, powder, eye shadow and lagi satu... untuk merahkan pipi ha yang tu la."
Lysa mengangguk kepalanya. "Awak nak buat apa?"
"Give me."
Lysa mengeluarkan barang yang diminta oleh Arfan dari handbag nya lalu diberi kepadanya.
"Thanks, wait and see. Something you might like." Terukir senyuman jahat dibibir Arfan.
Lysa duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Fieraas. Arfan memulakan job nya sebagai make up artis. Lysa dan Fieraas hanya melihat sahaja tingkah laku Arfan itu.
5 minit kemudian, Arfan kini sudah selesai menyolek muka Athar menggunakan barang make up Lysa. Lysa melihat ke arah Athar, terlepas ketawa dari mulut Lysa.
"Tadaa.. cantikkan suami awak?"
"Kalau Athar tahu awak buat nasib lah awak." Balas Lysa dengan ketawa kecil.
"Mama.. Fieraas takut lah tengok muka papa, syeram!!"
"Eish uncle make up papa cantik lah, uncle make up artis terkenal tau, no satu dari bawah."
Lysa ketawa kecil, dia tidak dapat menahan ketawanya ketika melihat wajah Athar yang dihiasi dengan make up.
"Nah awak punya make up." Arfan memberi kepada Lysa semula alat make up yang dipinjamnya.
Dia mengambil alat make up lalu disimpan kembali di dalam handbag nya. Arfan perlahan-lahan mengejut Athar dari tidurnya.
"Athar bangun! Lysa nak terberanak dah!!" Ujarnya dengan kuat di tepi telinga Athar.
Athar bangun terkejut. "Ha beranak?! Mana?!" Tanyanya dengan nada cemas.
"HAHAHA, satu kosong. Aku tipu je, wife baru je pregnant bro."
"Fuck you Fan!" Perlahan dia menoleh kepalanya ke arah depan. Dia melihat sosok tubuh perempuan dan budak kecil di hadapannya. Penglihatannya masih tidak jelas, dia menggosok matanya. Penglihatannya mula jelas lagi.
"Eh s-sayang? Sayang datang dengan siapa?"
"Takkan wife kau terbang bro, kau tengok aku ada dekat sini kan? Aku lah yang bawa wife dengan anak kau."
"Kau diam, aku tak cakap dengan kau."
"Saya datang sini dengan Arfan, kebetulan tadi dia datang nak jenguk Fieraas." Balas Lysa sambil memandang kearah wajah Athar.
"Oh, sayang datang sini untuk apa?"
"Saja la, tadi saya tengok pergi macam tu je office, tak bagitahu saya pun. Abang merajuk ke?"
"Eh tak lah.."
Arfan melihat tajam kearah mereka. "Tak habis lagi ke drama TV3 ni? Kalau awak nak tahu, Athar kalau merajuk buruk sumpah." Ujarnya dengan nada mengejek.
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
RomanceNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...