Lysa menyarung tudung dan melangkah keluar dari bilik. Dia menuruni anak tangga. Dia melihat sosok tubuh tua mak mertuanya yang berada di dapur. Lysa menghampiri mak mertuanya itu. Datin Lydia melihat Lysa berjalan menghampirinya, dia terus menyapa dengan nada lembut.
"Eh Lysa, kenapa turun ni? Nak makan apa-apa ke? Mummy boleh masakan." Tanya Datin Lydia.
"Tak pe mummy. Lysa saja je turun lagipun bosan duduk dalam bilik. Mummy buat apa tu? Nak Lysa tolong?" Lysa mengukirkan senyuman manis dari bibirnya.
"Tadi Fieraas cakap dia lapar, mummy tengah siapkan nasi goreng untuk Fieraas la ni." Balas Dtin Lydia.
"Oh." Balas Lysa sepatah.
"Mummy nak tanya sikit boleh?" Datin Lydia melihat kearah wajah Lysa.
ha berdebar dah Lysa, macam exam uhuks..boleh pulak berdebar lain maciam. Dap dup dap. Jam di dinding terus berdetak ah! kakiku juga terus berjalan ah! Eh tibe..
"Boleh." Ujar Lysa sambil menampilkan senyuman manis.
"Lysa pandai masak?" Tanya Datin Lydia.
"Pandai tapi saya tak setere mummy la hehe..." Lysa tersengih macam kerang busuk.
"Good, nanti boleh la kamu masak untuk mummy kan?" Soal Datin Lydia sambil tersenyum kearahnya.
"Boleh sangat!" Balas Lysa.
"Mummy..." Panggil Lysa degan nada lembut.
"Yes?" Balas Datin Lydia.
"Apa makanan favourite Athar?" Tanya Lysa.
"Ikan patin masak tempoyak, makanan tu je yang dia selalu request dekat mummy." Balas Datin Lydia.
"Ouh."
"Kenapa kamu tak tanya dengan Athar sendiri?" Tanya Datin Lydia.
"Lysa malu..." Dia tersengih.
Datin Lydia tersenyum tipis. "Lysa tolong panggil Fieraas, makanan dia dah siap ni." Pinta Datin Lydia.
"Ok mummy."
Lysa melangkah keluar dari dapur, dia terus menuju ke ruang tamu.
"Fieraas," Panggil Lysa dengan nada lembut.
Fieraas menoleh ke arah mamanya itu. "Ye mama?"
"Tadi Fieraas cakap laparkan? Let's eat first." Ujar Lysa.
"Otey!" Balas Fieraas. Fieraas turun dari sofa, dia terus berjalan kearahnya Lysa.
"Daddy tak nak makan sekali ke?" Tanya Lysa.
"Tak pe lah, tadi masa breakfast daddy dah makan. Kenyang lagi." Balas dato Affan.
"Ouh."
"Mama jom la, Fieraas lapar ni hurm..." Ujar Fieraas sambil menarik tangan Lysa.
"Ye ye jom, sian anak mama lapar ye." Lysa memegang tangan anaknya lalu membawa ke dapur.
Lysa melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan yang bersebelahan dengan Fieraas.
"Hmm sedapnya bau!" Ujar Fieraas.
"Mestilah sedap, look who's cooking. Dah-dah baca doamakan lepastu makan nanti sejuk pula." Ujar Datin Lydia.
Fieraas menadah tangan lalu membaca doa makan. Kemudian dia menyuap nasi goreng it ke dalam mulutnya.Lysa melihat Fieraas yang sedang makan dengan lahap. Datin Lydia meninggalkan mereka berdua di dapur.
"Makan slow-slow Fieraas, nanti tersedak macam mana?"
"Hehe, otey mama." Fieraas makan dengan perlahan.
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
RomanceNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...