3 hari kemudian..
"Athar." Panggil Datin Lydia sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
"Ye mummy?"
"Your birthday is tomorrow right? Athar tak nak apa-apa ke hadiah dari mummy?" Tanya Datin Lydia kearah anaknya.
"Athar cuma nak kasih sayang mummy dengan daddy itu je." Terukir senyuman lebar di bibirnya.
"Itu je? anything else you want?"
"Tak de." Ujarnya singkat.
Dato Affan menghampiri mereka berdua. "Borak apa ni?"
"Esok birthday anak kita ni, saya tanya dia nak hadiah apa." Balas Datin Lydia.
"Oh, ha Athar nak hadiah apa?" Tanya pula Dato Affan.
"Anak abang ni dia minta kasih sayang je, benda lain dia tak nak." Balas Datin Lydia.
"Buat apa nak beli hadiah? membazir je, cukup kasih sayang mummy dengan daddy itu pun Athar dah anggap sebagai hadiah yang ramai dekat luar sana tak dapat." Ujar Athar.
"Athar ada 2 permintaan, yang pertama dah terkabul yang kedua pula." Dato Affan menoleh kearah anaknya itu.
"Athar tak nak la daddy." Balasnya.
"Do you want me to make a choice for you?" Tanya Dato Affan.
"Athar tak nak."
"Ok fine, daddy has ordered 2 tickets to Germany for Athar and Lysa." Ujar Dato Affan.
"Apani daddy, tak bagitahu Athar pun?" Soalnya.
"You late, Athar."
"Kamu terima je lah Athar, lagipun kamu dengan Lysa tak honeymoon lagi kan? Elok la tu sekali honeymoon." Ujar Datin Lydia sambil menepuk lembut bahu Athar.
"Ok mummy." Balas Athar.
"Dari tadi kan tak pe haih." Dato Affan menghela nafas perlahan.
"Hm, bila tarikh Athar pergi Jerman dan pukul berapa flight?" Tanya Athar.
"15 September. Time birthday Athar and pukul 12:40 tengah hari."
"Fieraas macam mana?" Tanya Athar kepada daddynya.
"Mummy ada, mummy boleh jaga." Balas Datin Lydia.
"Herm tk pe la kalau macam tu." Athar berdiri dan melangkah kearah tangga.
"Kamu nak pergi mana?" Tanya Dato Affan.
"Naik atas, nak bagitahu Lysa." Jawabnya.
"Ouh, go on." Ujar Dato Affan.
Athar naik ke anak tangga satu persatu sehingga tiba di depan pintu bilik. Athar perlahan-lahan membuka pintu.
"Sayang?" Athar mencari kelibat isterinya.
"Ye saya dalam bilik air ni, sekejap." Beberapa minit kemudian, Lysa keluar dari bilik air. Dia duduk di tepi Athar.
"Kenapa abang cari saya?"
"15 September, kita ke Jerman." Ujarnya.
"J-Jerman? Untuk apa?" Lysa mengerut dahinya.
"Sayang lupa birthday abang?" Athar menaikkan keningnya.
"Saya ingat lah, 15 September. Eh? Kenapa kita pergi Jerman time birthday abang?"
"Daddy yang rancang, itu hadiah birthday untuk abang katanya. Sekali honeymoon daddy cakap."
"Oh."
"Sayang ok ke?"
"Saya ikut je, kita bawa Fieraas sekali kan?"
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
RomanceNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...