Ain meluncur laju keretanya, semasa perjalanannya pulang ke rumah Lysa hanya merenung ke luar cermin kereta. Ain heran melihat Lysa dia terus menegur Lysa.
"Kau dah kenapa termenung? Ingat encik suami ke?" Tanya Ain sambil tersengih.
"Isy kau ni mana ada, aku just teringat dekat lelaki yang tadi tu." Balas Lysa.
"Huh? Asal kau teringat mamat tu? Sedar Lysa kau tu dah bersuami." Ujar Ain.
"Aku tahu lah." Jawab Lysa.
"Dah tu?" Soal Ain.
"Suspicious kenapa dia muncul tu je."
"Itulah aku pun sama."
"Hmm."
"Tak payah fikir lah, janji dia tak kacau keluarga kau sudah. Kalau dia kacau memang aku patah-patahkan kaki dia." Ujar Ain tegas.
"Garang naw." Lysa tergelak kecil.
"Of course, aku tak nak sahabat aku ni cedih-cedih. Aku nak kau bahagia kalau kau bahagia aku pun bahagia." Ujar Ain.
Alolo tomeynyee..
"Elele.. sweetnye kau ni, terharu aku." Lysa membuat mengelap air mata.
"Aku sayang kau tau Lysa. Aku anggap kau macam adik aku sendiri."
"Aku pun sayang kau jugak, tipulah kalau aku cakap aku tak sayang kau."
"Eh, kita cakap berdua ni anak kau tak keluar suara pun." Ujar Ain. Lysa menoleh kepala ke seat belakang untuk melihat anaknya itu.
"Fieraas okey?" Tanya Lysa.
"Otey." Balas Fieras. Matanya semakin layu.
Lysa tersenyum kembali kearah Fieraas. "Mata dia dah layu tu, nanti tertidur la tu." Ujar Lysa.
"Penat sangat tu main dengan kawan baru."Balas Ain.
"Itulah."
🕊️🤍🤍🕊️
Kini kereta honda Civic Ain terparking di hadapan rumah mak mertua Lysa."Thanks bawa aku dengan Fieraas pergi taman." Ujar Lysa sambil tersenyum lebar.
"No problem, untuk Fieraas semua boleh." Balas Ain.
"Untuk aku?" Tanya Lysa.
"Tak boleh." Terletus ketawa milik Ain.
"Nanti kalau aku nak keluar aku roger dekat ku ok?"
"On the way block nombor kau." Mereka berdua ketawa besar.
"Fieraas jom kelua-" Lysa menoleh ke arah Fieraas.
"Lah tidur dah."
"Senang betul dia tidur, senang lah hidup kau jaga dia." Ujar Ain sambil melihat kearah Fieraas.
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
RomanceNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...