Bab 5 🖤🦋

218 92 9
                                    

Selesai perbincangan Datin Lydia mengundur diri untuk pulang. Puan Sri Zalia terus menuju ke arah bilik anak gadisnya itu. Puan Sri Zalia mengetuk pintu bilik anaknya.

TOK..TOK..TOK

"Lysa, boleh ibu masuk?" Tanya puan Sri Zalia.

Tiada kata-kata yang keluar dari mulut Lysa. Puan Sri Zalia membuka pintu bilik Lysa dan menghampiri Lysa yang sedang duduk di tepi katil.

"Lysa? Lysa ok tak ni sayang?" Tanya puan Sri Zalia.

Dia mengangguk kepalanya." Lysa ok ibu." Balasnya.

"Kenapa ibu tak bincang dengan Lysa dulu? Kenapa perlu sembunyikan semua ni dari Lysa?" Tanya Lysa.

"Ibu minta maaf, kawan ibu yang nak sangat Lysa jadi menantu dia." Balas Puan Sri Zalia.

"Oh, jadi tak penting lah untuk Lysa tahu semua ni? Lysa tak faham lah kenapa ibu perlu berahsia bagai dengan Lysa? Ibu memang tak sayang Lysa ke?" Tanya Lysa kepada Puan Sri Zalia.

"Apa Lysa merepek ni, ibu sayangkan Lysa lebih dari nyawa ibu sendiri. Ibu pun tak tahu yang kawan ibu nak bincang pasal hal perkahwinan tu harini." Ujar Puan Sri Zalia.

"Jadi selama ni ibu dah tau semua ni?" Soal Lysa kepada Puan Sri Zalia.

Puan Sri Zalia mengangguk kepalanya. "kalau Lysa taknak ibu boleh cancel kan aje, kalau itu yang Lysa mahu." Balas Puan Sri Zalia.

Lysa hanya terdiam dan tidak mengeluarkan sepatah perkataan dari mulutnya itu. Puan Sri Zalia mendekati anaknya, lalu dia memberikan satu ciuman di pipi anaknya.

"Tak pe la Lysa fikirkan dulu. Bila Lysa dah buat keputusan Lysa bagitahu ibu ok sayang?" Ujar Puan Sri Zalia.

Lysa mengangguk kepalanya. "Ok ibu." Balas Lysa.

Puan Sri Zalia terus melangkah keluar dari bilik anak gadisnya itu.











🕊️🤍🤍🕊️
Datin Lydia kini tiba dirumahnya. Dia memasuki rumahnya dan duduk bersandar di atas sofa. Dato Affan yang baru sahaja menuruni tangga, dia melihat isterinya Datin Lydia yang sedang duduk bersandar di sofa sambil termenung. Dia menghampiri isterinya itu dan duduk disamping si isteri.

"Jauh awak termenung tu." Tegur Dato Affan.

"Eh, abang." Ujar Datin Lydia.

"Awak fikirkan apa? Tak nak share dengan abang ke?" Tanya Dato Affan.

"Tadi saya pergi rumah Zalia." Ujar Datin Lydia.

"Awak pergi rumah Zalia?"

"Yee." Balas Datin Lydia.

"Awak kesana untuk apa?"

"Nak bincang pasal perkahwinan Athar dengan Lysa." Ujar Datin Lydia.

"Owh. Macam mana Lysa terima?"

"Saya pun tak tahu lah abang, saya tak sempat nak bincang semua dia dah beredar dari situ." Ujar Datin Lydia.

"Hem. Dia terkejutlah tu." Balas Dato Affan.

"Saya pun rasa macam tu jugak abang."

"Dah-dah jangan fikir sangat kita tunggu je apa keputusan dia ok?" Ujar Dato Affan.

"Ok." Datin Lydia tersenyum tipis ke arah suaminya.

"Ha! Ni baru cantik isteri abang senyum." Terukir senyuman di bibir Dato Affan.

"Ish abang ni malulah saya." Pipi Datin Lydia merona merah. Dato Affan ketawa kecil.

Eleh bersemut pulak macam ni aku pun tak boleh!

[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!Where stories live. Discover now