Keesokan harinya, Athar membuka matanya. Kelihatan Lysa yang sedang susun baju ke dalam almari.
"Sayang.." Athar turun dari katil dan memeluk Lysa dari belakang.
"Eh, abang dah bangun." Ujar Lysa sambil menoleh kearah Athar
"Herm." Athar terbenamkan wajahnya di bahu Lysa.
"Sayang ada nak pergi mana-mana ke harini?" Tanya Athar.
"Nak tapi saya tak tahu la, tempat yang menarik."
"Kita pergi German Museum of Technology nak?" Soal Athar.
"Macam menarik, nak!" Balas Lysa semangat.
"Abang pergi la mandi sana, saya dah mandi abang peluk-peluk pula."
"Tak boleh ke? Peluk isteri sendiri hm?"
"Isy boleh, tapi saya dah mandi."
"Sayang nak cakap abang busuk la ni hm?"
"Saya tak cakap, abang yang cakap." Balas Lysa.
"Ok fine, abang pergi mandi." Ujar Athar.
Sebelum kakinya melangkah ke bilik air, Athar dengan cepat mencium pipi milik Lysa dan dia terus berlari masuk ke dalam bilik air. Lysa ketawa kecil.
🕊️🤍🤍🕊️
Mereka berdua tiba di German Museum of Technology. Athar membeli ticket untuk masuk ke dalam. Selesai membeli ticket, mereka berdua melangkah masuk ke dalam muzium itu.Lysa kagum melihat semua teknologi yang ada di dalam muzium itu. Matanya tidak berkedip sama sekali.
"Wow." Hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulutnya.
"Tutup mulut tu, nanti lalat masuk." Athar tersenyum kearah Lysa.
Lysa terus menutup rapat mulutnya. "Abang ni, malulah saya."
Athar tersenyum. "You are still beautiful, don't worry."
Mereka berjalan menuju ke tempat bullet train. Lysa melihat ke sekeliling kereta api itu. Mereka terus ke tempat Interiol of Deutesches.
Lysa melihat ke atas, spontan dia menanyakan kearah Athar. "Kalau jatuh kena kepala abang sakit tak?"
"Tak sakit paling kuat duduk dalam hospital je." Jawab Athar.
Lysa tertawa kecil. "Isy abang ni, saya tanya betul-betul boleh pulak jawab main-main."
"Sayang nak try ke? Abang boleh jatuhkan kena kepala sayang nak?" Tanya Athar sambil tersenyum.
"Tak nak!" Lysa berjalan naik ke tangga.
Mereka berdua menuju ke tempat lainnya lagi. Sedang mereka berdua melihat teknologi yang ada di dalam muzium itu, tiba-tiba seorang perempuan asing berambut perang mendekati Athar dan Lysa.
"Hallo, tut mir leid, dass ich euch beide störe."⁸ Ujar perempuan berambut perang.
"Hallo, womit kann ich Ihnen helfen?"⁹ Soal Athar.
Lysa hanya melihat kearah perempuan berambut perang itu.
"Ist sie deine Frau?"¹⁰ Sambil menunjuk kearah Lysa. Lysa heran melihat perempuan asing itu menunjuk ke arahnya.
"Ja, sie ist meine rechtmäßige Ehefrau, warum?"¹¹ Tanya Athar pelik.
"Ich bin einfach erstaunt, dass die Schönheit ihres Gesichts so perfekt ist!"¹² Jawabnya sambil tersenyum manis.
"Vielen Dank, meine Frau muss lächeln, um das zu hören."¹³ Balas Athar. Terukir senyuman lebar dibibir Athar.
"Dah kenapa tersenyum-senyum dekat perempuan tu?" Tanya Lysa dengan nada cemburu.
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
Roman d'amourNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...