Selesai menggosok baju, Lysa menuruni tangga dia berjalan masuk ke dapur di sana dia melihat kakak sepupunya itu sedang mengambil air di dalam peti sejuk.
Lysa perlahan-lahan berjalan mendekat kearah Rhea. "Haa.. akak buat apa tu!" Lysa menyergah Rhea dari belakang.
"Allahuakbar! Lysa terkejut akak!" Ujar Rhea. Dia mengusap dadanya itu.
"Sorry..." Lysa tersengih.
"Haih kamu ni, lain kali bagi la salam dulu. Kalau akak ada sakit jantung tadi macam mana?" Ucap Rhea.
"Sorry la akak, Lysa betul-betul tak sengaja. Ingatkan nak gurau je." Balas Lysa.
"Hem, tak pe lah benda dah jadi. Akak maafkan lysa."
"Terima kasih akak." Ujar Lysa sambil tersenyum lebar kepada Rhea.
"Iye, sama-sama." Rhea tersenyum.
"Erm... Awal akak bangun?" Soal Lysa.
"Akak bangun solat subuh tadi, lepastu tak boleh nak tidur dah akak turun bawah je la." Balas Rhea.
"Ooo."
"Ha... Lysa turun ni kenapa?" Soal Rhea pula.
"Lysa tak boleh tidur, tu yang turun bawah." Balas Lysa.
"Ouh, suami Lysa mana? Tak bangun lagi?"
"Ada dekat dalam bilik. Lepas solat subuh tadi dia tidur balik."
"Ooo." Rhea membulatkan mulutnya.
"Ye, akak balik rumah akak bila?" Tanya Lysa.
"Sekejap lagi Ayrell ambil akak." Balas Rhea.
"Ouh."
"Akak naik atas dulu ye, nak kemas baju." Ujar Rhea kepada Lysa sambil melangkah keluar dari dapur.
"Okay." Balas Lysa.
🕊️🤍🤍🕊️
Jam menunjukkan pukul 8 pagi, semua sudah siap terhidang di atas meja bersama air nescafe dan air kosong. Dia hanya duduk menunggu si meja makan sementara menunggu yang lain untuk turun makan bersama.Lysa melihat ayah dan ibunya bersama kakak sepupunya Rhea Aihaana menuruni tangga lalu menghampiri Lysa yang sedang menunggu di meja makan.
"Morning ibu, morning ayah." Sapa Lysa.
"Morning sayang." Balas Puan Sri Zalia.
"Morning anak ayah." Balas Tan Sri Zaharuddin.
"Eherm. Morning dekat ibu ayah je? Kat akak?" Soal Rhea.
"Hehehe.. Morning akak sayang." Ujar Lysa sambil tersenyum tipis.
"Morning Lysa." Rhea tersenyum lebar kepada Lysa.
"Lysa masak apa ni?" Tanya Rhea.
"Lysa masak spaghetti carbonara je, Lysa tak tahu nak masak apa. Nampak spaghetti dalam kabinet Lysa masak je la." Ujar Lysa sambil tersengih.
"Ouh." Balas Rhea.
Athar menuruni tangga satu persatu sambil menggendong Fieraas.
"Hurm... Sedapnya bau." Ujar Athar.
"Good morning semua." Ujar Athar lagi.
"Good morning." Jawab mereka serentak.
Athar meletakkan Fieraas di kerusi meja makan. Athar pula mengambil tempat di sebelah isterinya.
Lysa mencedok spaghetti ke dalam pinggan suaminya dan pinggang Fieraas. Semua menadah tangan untuk membaca doa makan diketuai oleh Athar. Setelah bacaan doa, spaghetti disuap ke dalam mulut mereka.
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
RomanceNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...