Sebaik sahaja Lysa menuruni anak tangga. Dia melihat kelibat ibunya yang berada di dapur. Lysa terus mendekati Puan Sri Zalia yang berada di dapur itu.
"Ibu buat apa tu? Nak Lysa tolong?" Tanya Lysa.
"Tak apa lah nak siap dah." Balas Puan Sri Zalia.
"Banyak ibu masak, kita ada tetamu ke?"
"Ye ada, kawan ibu." Ujar Puan Sri Zalia.
"Oh. Ibu Lysa nak minta izin keluar petang ni boleh?"
"Lysa nak pergi mana?" Tanya Puan Sri Zalia.
"Taman. Boleh tak ibu?" Sambil mengelip-ngelipkan kedua-dua matanya.
"Boleh, pergi lah tapi jangan balik lambat sangat ok?"
"Yeay! Terima kasih ibu...Sayang ibu." Lysa menguncup pipi ibunya Puan Sri Zalia.
🕊️🤍🤍🕊️
Athar berada di ruang tamu. Dia sangat leka menonton tv. Athar tidak menyedari mummynya yang sedang menghampirinya. Dengan spontannya Datin Lydia menepuk bahu Athar dengan perlahan.
"Khusyuk sangat kamu ni tengok tv." Tegur Datin Lydia.
"Eh mummy, bila mummy turun tak perasan pulak Athar." Ujar Athar.
"Ha, khusyuk sangat kamu tengok tv ni sampai mummy turun pun kamu tak sedar ye?"
"Hehehe."
"Mummy nak pergi mana pakai cantik-cantik ni?" Tanya Athar.
"Mummy nak pergi rumah Lysa la." Balas Datin Lydia.
"Buat apa pergi sana?" Soal Athar.
"Haih, Athar lupa ke ni? Mummy nak bincang pasal perkahwinan kamu dengan Lysa." Ujar Datin Lydia.
"Oh." Hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari mulut Athar.
"Cucu mummy mana? Tak nampak pun dari tadi." Tanya Datin Lydia.
"Ada kat atas." Ujar Athar.
"Ooo."
"Mummy pergi sana pukul berapa?" Tanya Athar.
"Lepas Asar." Balas Datin Lydia.
"Awalnya mummy siap."
"Mummy ada hal sikit lepas setel semua baru mummy pergi rumah Lysa."
"Ooo." Athar membulatkan mulutnya.
"Mummy pergi dulu. Assalamualaikum. Ujar Datin Lydia.
"Oh ok. Waalaikumussalam." Athar menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Datin Lydia.
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Lysa bersiap-siap untuk pergi ke taman. Lysa menghampiri ibunya yang berada di ruang tamu.
"Ibu Lysa keluar dulu ye." Ujar Lysa.
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
RomanceNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...