Seminggu kemudian berlangsungnya majlis pernikahan antara Athar dan Lysa. Lysa masih tidak mengetahui lagi siapa bakal suaminya itu.
Sebaik sahaja Athar sudah bersedia untuk memulakan majlis akad nikah. Dia mengambil tempat di hadapan tok kadi. Manakala Dato Affan dan Tan Sri Zaharuddin mengambil tempat di sebelah Athar. Sementara menunggu tok kadi memeriksa fail, Athar menoleh untuk memandang wajah bakal isterinya itu.
"A-Athar?" Lysa tersentak melihat ke arah bakal suaminya itu. Athar hanya membalas senyuman tipis kearahnya.
"Boleh kita mulakan?" Tanya tok kadi. Semua saksi-saksi yang lain mengangguk sebagai tanda setuju serta pengantin lelaki juga menganggukkan kelapa.
"Baiklah." Ujar tok kadi lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan pengantin lelaki. Pengantin lelaki terus menyambut tangan tok kadi.
"Muhammad Athar Farhan Bin Affan."
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Alyssa Atirah Binti Zaharuddin dengan mas kahwin 20 ribu ringgit tunai."
"Saya terima nikahnya Nur Alyssa Atirah Binti Zaharuddin dengan mas kahwin 20 ribu ringgit tunai." Ucap Athar dengan sekali lafaz.
"Sah?"
"Sah."
"Alhamdulillah."
Cukup dengan sekali lafaz, Athar Farhan sah menjadi suami kepada Alyssa Atirah. Mereka menadah tangan dan membacakan doa. Seterusnya upacara membatalkan air sembahyang berlangsung. Athar menyarungkan cincin di jari manis Lysa dan dahinya dikucup lembut.
🕊️🤍🤍🕊️
Malam harinya...Lysa melangkah ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di salah satu sofa. Dia mencapai remote tv lalu menekan butang on. Tv terpasang, Lysa sangat khusyuk menonton sampaikan matanya hanya tertumpu di kaca tv sahaja.
Rhea Aihaana kakak sepupu kepada Lysa yang baru sahaja melangkah keluar dari arah dapur terus menyapa Lysa.
"Lysa." Sapa Rhea. Lysa tidak menyahut.
Rhea menghampiri Lysa dan memupuk bahunya perlahan. "Khusyuknya Lysa tengok tv tu. Sampai akak panggil pun tak sedar ye?"
"Eh akak, sorry Lysa tak dengar akak panggil. Hehehe.." Balas Lysa sambil tersengih kearah Rhea.
"Tak pe... Mana suami Lysa?" Soal Rhea.
"Ada dekat atas tengah berborak dengan ayah." Balas Lysa.
"Ouh. Akak nak tanya ni, anak Athar tu nama apa ye?" Tanya Rhea kepada Lysa.
"Fieraas." Balas Lysa.
"Oh."
" Kenapa akak tanya?" Soal Lysa kepada kakak sepupunya itu.
"Just tanya."
"Ooo." Lysa membulatkan mulutnya.
"Suami akak mana? Tak nampak pun." Tanya Lysa.
"Suami akak ada kat rumah dia tak ikut akak, lately ni dia busy sikit dengan kerja." Balas Rhea.
Dia tak kosong, dia ada huhuhu...
"Ouh... Akak Lysa naik atas dulu ye." Ujarnya.
"Oh okay."
"Goodnight akak." Ujar Lysa sambil tersenyum manis kearah Rhea.
"Goodnight Lysa." Balas Rhea sambil tersenyum mesra kepada Lysa.
Lantas Lysa menaiki tangga menuju ke biliknya. Usai memasuki bilik, Lysa menyedari Athar dan Fieraas berada di atas katil. Lysa duduk di hadapan meja soleknya itu. Athar hanya melihat isterinya itu lalu Athar menegur dengan suara yang lembut.
YOU ARE READING
[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!
RomanceNur Alyssa Atirah yang baru berusia 18 tahun merupakan anak tunggal bagi Tan Sri Zaharuddin dan Puan Sri Zalia. Alyssa seorang gadis yang baik hati, penyayang dan lemah-lembut. Alyssa baru sahaja menamatkan sesi persekolahan tingkatan 5. Kini dia me...