Bab 16 🖤🦋

90 26 2
                                    

Kini mereka tiba di taman, Ain terus parking keretanya di tempat sepatutnya. Ain mematikan enjin keretanya lalu mereka bertiga keluar dari perut kereta. Mereka bertiga masuk ke dalam kawasan taman sementara itu Lysa memimpin tangan anaknya. Lysa dan Ain duduk di bangku yang telah disediakan berhadapan dengan taman.

"Mama, Fieraas boleh pergi main sekarang?" Tanyanya dengan nada lembut.

"Boleh sayang, pergilah mama duduk sini kalau ada apa-apa panggil mama ok?" Terukir senyuman manis dibibir Lysa.

"Otey mama." Fieraas terus berlari menuju ke tempat budak-budak lain bermain.

"Jangan lari Fieraas." Pesan Lysa. Ain melihat kearah Lysa tanpa berkelip matanya. Lysa menoleh kearah Ain.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu, aku straight okay!" Ujar Lysa.

"Allahuakbar kau, aku masih suka lelaki lagi tapi lelaki yang tak suka aku hmm macam mana tu?" Tanya Ain dengan nada sedih.

"Erk, kau yang memilih Ain Nasuha!" Ujar Lysa.

"Ye ke?" Soalnya.

"Cuba kau sebut type kau macam mana."

"Kaya, jaga solat, greenlight, ada blackcard, boleh baca Al-Quran, tinggi dalam 185 cm, handsome, tak gatal dengan janda sebelah rumah aku, setia (wajib), mix hindustan, islam, tak banyak cakap, pandai masak, pandai backflip, zikir dekat telinga aku sebelum tidur, pandai nyanyi lagu frozen, kena update setiap hari dekat aku, pelawak, pandai ambil hati aku, pakai baju sentiasa kemas dan akhir sekali dia asal dari Kelantan." Selamba Ain menyebut typenya itu.

Ternganga Lysa dibuatnya. "Percaya cakap aku kau single sampai bila-bila, Allahuakbar banyaknya Ain type kau."

"Hehe sikit je tu.." Ain tersengih-sengih ke arah Lysa.

"Sikit?? Haih dah lah kau cakap dengan kau semuanya nak menang." Ujar Lysa.

"Hehe... Nak tanya ni, tapi lari topik sikit la."

"Ye Ain tanya je, kenapa?" Balas Lysa.

"Macam mana rasa malam pertama pengantin baru?" Tanya Ain sambil tersengih.

"Huh? Maksud kau?" Tanya Lysa.

"Alahai, buat-buat tak tahu pulak."

"Apa kau ni." Heran Lysa.

"Takkan la kau tak buat kewajipan selepas kahwin? I mean like malam pertama?" Tanya Ain lagi.

Lysa menggeleng kepalanya. "Tak." Jawab Lysa.

"Hah!? Seriously??" Terkejut Ain dibuatnya.

"Ye, dia tak sentuh aku lagi. Aku tak bersedia lagi la Ain." Ujar Lysa.

"Aih, tak pernah kena sentuh langsung?" Tanya Ain heran.

"Takde la tak pernah kena sentuh langsung, peluk-peluk tu dah biasa just benda tu je tak." Lysa tersengih.

"How about Athar? Dia ok ke?"

"Aku rasa dia ok and lagi satu dia pun tak tekan sangat dengan benda tu." Balas Lysa.

"Honeymoon kau? Dah fikir ke?" Tanya Ain sambil melihat kearah Lysa.

"Eee tu belum lagi.."

Ain menepuk dahinya. "Ingatkan kau dah fikir siap-siap."

"Malas aku nak fikir, lagipun kalau aku pergi honeymoon dengan Athar siapa nak jaga Fieraas." Lysa melihat kearah Fieraas yang sedang leka bermain.anya

"Lah mak mertua kau ada, takkan diorang tak boleh jaga." Ujar Ain.

[OG] LOVE YOU MR.DUDA !!Where stories live. Discover now