MATEEN hanya merenung tajam ke arah skrin komputernya. Jari-jemarinya menari bebas di atas papan kekunci. Bunyi papan kekunci yang ditekan oleh jari-jemari Mateen memecahkan keheningan di dalam pejabatnya. Malam yang sudah larut dihiraukan, mata pandanya tidak menjadi masalah baginya. Itu semua tidak penting padanya.
Yang penting kerja.
Bunyi ketukan pintu menganggu konsentrasi Mateen semasa bekerja. Siapa pula yang mengetuk pintu pejabatnya malam-malam ini? Mahu dikatakan secretarynya, dia sudah pulang. Kebanyakan pekerjanya sudah pulang atau lebih tepatnya semua kerana jam sekarang menunjukkan pukul 3:00 pagi.
Renungan tajamnya dialih ke arah pintu. Dia dapat melihat bayangan seorang wanita dari luar dengan rambut wavy style. Bentuk badan dan gaya rambut itu sangat dikenalinya. Dia benci akan kehadiran wanita itu. Entah apa lagi yang dirancang dengan datang ke pejabatnya.
Dia mengalihkan pandangannya ke arah skrin komputernya sebelum suara garaunya memecahkan kesunyian di dalam pejabatnya itu.
"Masuk." Suara Mateen yang berkarisma dan aura ketegasan membuatkan bulu roma wanita itu meremang seketika. Ah, suami yang dicintainya!
Wanita itu tanpa membuang masa menolak pintu itu sebelum melangkah masuk. Bunyi heels menganggu pendengaran Mateen manakala bau minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu menusuk hidungnya. Busuk! Dia tahu bahawa bau minyak wangi yang sensual ini tujuannya untuk menggoda dirinya namun tidak. Dia tidak rasa tergoda langsung malah membuatnya semakin benci dengan wanita ini.
Wajahnya hanya menayangkan ekspresi beku semasa menaip di papan kekunci komputernya. Sesekali pennya dipegang dan ditulis ke atas kertas kerjanya.
"I missed you! You tak balik-balik so, I datang sini. I sorang - sorang je dekat rumah. You tak nak temankan I ke?" Suara lunak wanita itu sengaja diubah menjadi lebih menggoda dan sensual.
"Malaikat kiri kanan ada temankan kau tiap-tiap hari, pagi petang siang malam." Sindir Mateen dan tidak mengalihkan pandangannya langsung daripada skrin komputernya itu. Dia hanya fokus bekerja.
Terdiam wanita itu apabila disindir oleh suaminya. Dia tidak faham mengapa susah sangat suaminya itu mahu meluangkan masa dengannya.
"You ni... Alah lagipun, you tu nampak stres, asyik busy je. You tak nak I release your tension ke, sayang?" Suaranya diubah lagi menjadi lebih menggoda dan dengan sengaja dia berjalan perlahan ke arah Mateen dan berdiri di belakang kerusinya sebelum mengusap bahu Mateen dengan lembut. Dia meletakkan dagunya di bahu Mateen.
"I don't have any times for this bullshit. Leave."
Bukan rasa tergoda tetapi rasa bencinya kian meningkat. Kenapa perempuan ini tidak mengalah setiap kali menggodanya? Sungguh, dia benci.
"Sayang... Takkan you nak I tinggalkan you? You akan menyesal nanti bila I betul-betul pergi. Nanti jarang-jarang I offer nak release your tension."
"Don't make me repeat my words."
"Mateen, sayang. You ni stres sangat. I just wanna release your tension tapi you tolak. Janganlah macam ni, bukannya selalu." Wanita itu mulai mencium leher Mateen dan Mateen berasa terkejut dengan tindakan berani isterinya itu.
"What the f*ck are you doing?!" Mateen menjerkah wanita itu dan dia dapat merasakan wanita itu menggigit lehernya. Dengan kasar dia menolak kepala isterinya menjauh dari lehernya. Ekspresi Mateen yang sedikit penat dan beku mulai berubah menjadi tegang.
Wanita itu mendengus geram. Matanya merenung tajam dengan penuh amarah ke arah wajah Mateen.
"Suka hati you lah!"
Tanpa membuang masa, terus wanita itu meninggalkan pejabat Mateen. Dia berasa fed up untuk menggoda Mateen. Dia tidak faham, sudah beberapa kali dia cuba menggoda Mateen. Bajunya harini kurang cantik dan menyerlah ke? Dia perasan akan pandangan bernafsu lelaki-lelaki ketika berjalan ke arah tempat kerja Mateen. Pandang seolah-olah mahu diterkam sahaja.
Mengapa? Baju merahnya terlalu seksi dan menyerlah. Terdedah sana-sini, bajunya ketat, tidak usah dibayangkan lagi oleh kaum Adam ketika melihat badan wanita itu dengan lenggok berjalannya dan bau minyak wanginya.
"Apa yang payah sangat jantan ni? Ish! Geramnya aku!" Dia bergumam perlahan semasa di dalam elevator. Tangannya disilangkan di dadanya dan wajahnya sedikit memerah kerana malu dan marah. Dia malu kerana ditolak mentah-mentah oleh Mateen dan seraya bagaimana rancangannya tidak berjalan dengan lancar.
Mateen dapat merasa sedikit basah di lehernya. Tangannya mulai mencapai laci mejanya sebelum ditarik dan tangannya mulai mencari sesuatu di dalamnya. Akhirnya dia menjumpainya. Hand sanitizer.
Dia mulai memegang hand sanitizer itu dengan erat sebelum dipicit di tapak tangannya seraya menyapu cecair itu di lehernya. Dia berdesis perlahan apabila dia berasa pedih. Dia mencapai sebuah cermin sebelum melihat pantulan dirinya.
Dia dapat melihat kiss mark yang sempat wanita itu tinggalkan. Mateen mendengus perlahan sebelum meletakkan kembali hand sanitizer itu di dalam laci setelah dia menyental dengan kasar hand sanitizer itu di tempat kiss mark di lehernya. Sungguh dia berasa jijik. Giginya diketap dengan geram dan dadanya berombak ganas menahan amarah yang kian melanda.
Wanita itu mulai melangkah keluar dari elevator dan berjalan ke arah sebuah kereta mewah yang berwarna matte black. Dia mencapai pintu penumpang di sebelah pemandu dan mulai melangkah masuk sebelum pintu itu ditutup.
"Hei sayang. Muka you kenapa merah ni? You pun nampak marah. Comel je, nak cendol?" Seorang lelaki menegur wanita itu setelah wanita itu melangkah masuk ke dalam keretanya. Lelaki itu duduk santai di kerusi pemandu dan tangannya memegang steering wheel dengan longgar. Enjin kereta masih hidup.
"Dah basi ayat cendol you tu. Apa barang offer cendol. Baik offer Lamborghini." Wanita itu mengalihkan pandangannya ke arah wajah lelaki tua yang tersenyum sinis ke arahnya.
"You memang nak Lamborghini ke? I beli nanti jangan tak pakai pula."
"Ish! I gurau pun you tak faham. Malas la layan you! Hantar I balik." Wanita itu mendengus geram. Dia ni pun satu nak buat dia marah! Tidak usah lah serius. Bukannya cuba nak faham tetapi cuba mewujudkan perbalahan antara mereka pula.
"You ni, emo je. Jom, kita enjoy dulu sebelum I hantar you balik." Lelaki itu mulai memandu keretanya ke arah pusat hiburan.
Lebih tepatnya kelab malam.
- To be continued -
YOU ARE READING
His Grief
RomanceIMTIYAZ MATEEN - Seorang lelaki yang berumur 35 tahun. Mateen merupakan seorang lelaki yang dingin, tegas dan angkuh apalagi dia datang daripada keluarga yang kaya-raya dan dapat melakukan apa sahaja dengan 'memetik jari.' IRFANA NUHA - Seorang gadi...