Chapter 05

83 3 0
                                    

                   SEORANG wanita meninjau pintu kaca pejabat Mateen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        
          SEORANG wanita meninjau pintu kaca pejabat Mateen. Dia perasan seorang lelaki segak dan tampan berjalan masuk ke dalam pejabat Mateen. Dia cuma risau. Yang pertama, Mateen mungkin menjerkah lelaki itu kerana mengganggunya semasa bekerja dan yang kedua kerana dia tertarik dengan lelaki itu. Auranya lain macam. Kalau tahu dek tunangnya bahawa dia mengintai lelaki lain, mahu kena flying kick.

"Hoi, Salina! Kau buat apa tu ha?!" Tegur seorang wanita dengan suara rendah namun nadanya tegas. Ekspresi wajahnya agak garang. Entah bagaimana kawan sekerja yang meja berada di sebelahnya boleh sesat dihadapan pintu pejabat Mateen.

Salina yang sibuk mengintai pejabat Mateen itu terkejut. Pegangan kertas-kertasnya mulai terjatuh di lantai. Habis bersepah dan nyaris sahaja dia terpijak.

"Ish! Kau bagi la salam dulu!" Ujar Salina dengan geram. Kus semangat! Kalau dia ada sakit jantung, mahu arwah dia di hadapan pejabat Mateen. Tidak pasal-pasal masuk Harian Metro mengatakan seorang pekerja innallilah dijerkah oleh rakan sekerja beliau. Tak ke naya?

Wanita yang menjerkah Salina itu mencerlung tajam namun hanya diam. Sedar bahawa dia juga bersalah kerana tidak memberi salam dahulu kepada Salina. Namun, dia juga mahu menyakat rakan sekerja ini. Sekali sekala, bukannya selalu.

Melihat wanita itu hanya diam, Salina menghembus nafas perlahan sebelum mulai menjawab soalan yang ditanyakan oleh wanita itu. Bukannya dia mahu minta maaf, ego.

"Aku ke sini nak hantar kerja yang aku dah siapkan. Nak minta tuan Mateen check balik fail-fail ni. Alang-alang tu aku usha bilik dia, ada lelaki handsome! Aku tengok dia ada mirip tuan Irshad jugak! Aku rasa tu memang adik tuan Mateen. Adik beradik handsome!" Bersungguh-sungguh Salina bercerita kepada wanita itu dengan nada yang sangat teruja. Bibir mungilnya tersenyum lebar.

Wanita itu menayangkan ekspresi jengkel. Dia mengelengkan kepalanya kesal. Rakannya ini gatal juga tetapi dia masih setia kepada tunangnya yang satu. Mereka akan bernikah pada bulan depan. Rezekinya menikah muda. Tunang Salina itu juga lebih daripada mampu untuk menanggung Salina. Pandai Salina memilih teman hidupnya hingga ke akhir hayat. Moga hingga ke syurga.

"Kau ni, gatal bukan main eh, dah jadi tunang orang pun perangai masih sama. Aku report dekat tunang kau mahu dia G-Choke kau nanti." Balas wanita itu. Sahaja dia mengapikan keadaan. Mahu melihat reaksi Salina. Dengki sikit tidak mengapa bukan?

Salina tersentak dengan ugutan tidak seberapa wanita itu. Pantas ekspresi wajahnya menjadi panik dan gentar. Tunangnya itu biasanya soft-spoken. Jarang sekali dia marah. Andai dia marah, mahu terduduk, ternangis, terkedu. Semua ter. Yang dia pasti, lelaki yang sabar apabila marah, tidak dapat dibayangkan bagaimana seram dan ngerinya.

"Eh kau jangan! Aku gurau je lah!Dah pandai ugut-mengugut pulak kau. Kau jangan la bagitahu dia. Leceh nak pujuk dia nanti." Salina berkata dengan nada rendah. Terbias riak keresahan dan paniknya dia mendengar ugutan wanita itu. Jarang-jarang dia pandai mengugut. Tidak tahulah barang siapa yang mengajari rakan sekerjanya ini mengugut orang.

His GriefWhere stories live. Discover now