Chapter 13

53 4 0
                                    

           MATEEN hanya tersenyum nipis, hampir sahaja tidak kelihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATEEN hanya tersenyum nipis, hampir sahaja tidak kelihatan. Dia berasa terhibur melihat ekspresi wajah Nuha yang kelihatan agak terkejut.

"Kau tak nak greet aku?" Tanya Mateen dengan ekspresi wajah bekunya itu seperti biasa.

Nuha masih lagi dengan ekspresi wajah yang terkejut. Matanya masih tertancap ke arah wajah Mateen.

"Bukan saya tak nak greet encik. Saya cuma terkejut encik datang sini." Ujar Nuha seraya tersenyum kecil ke arah wajah beku Mateen.

"Kau tak baca ke mesej aku?" Mateen bertanya dengan suara garaunya yang kedengaran sedikit... Marah? Mungkin kerana Nuha yang tidak tahu akan kedatangannya.

Nuha terdiam seketika. Dia tidak membaca apa-apa mesej atau melihat telefon pintarnya kerana sibuk menyediakan persiapan untuk membuka kedai, membuat dan membakar kek.

"Saya.. memang tak baca mesej. Sebab saya sibuk dekat dapur tadi. Encik Mateen ada cakap nak datang kedai saya ye?"

"Saya tak tahu pula encik datang awal macam ini. Tapi sekurang-kurangnya masa encik tanya alamat kedai saya, saya dah beritahu." Balas Nuha dengan polos.

"Tapi macam mana encik tahu pukul berapa saya buka kedai?" Nuha bertanya lagi dengan ekspresi wajah yang keliru. Seingatnya, dia tidak pernah memberitahu Mateen bahawa pada jam berapa dia membuka kedai kek sebelum ini.

Mateen terdiam seketika.

"Aku... Ada jumpa dengan kawan kau. Aku ada dengar kedai kek dekat sini, alang-alang dia beritahu pukul berapa kedai kau buka."

Nuha terdiam setelah Mateen berkata sedemikian. Dia yakin dia tidak pernah memberitahu tentang itu. Dia hanya sempat memberitahu dia melakukan bisnes penjualan kek.

Semasa berkenalan, Nuha hanya bertanya perkara yang boleh dikatakan formal, soalan yang umum dan tidak terlalu peribadi.

Nuha mengambil keputusan untuk tidak bertanyakan lebih tentang itu.

"Okey... Jadi encik datang awal ni nak beli kek ke? Sebab saya belum buka kedai lagi sebenarnya." Nuha berkata dengan nada yang sedikit ceria.

Memandangkan Mateen telah berada di sini, dia akan menganggap Mateen adalah pelanggannya.

"Aku nak jumpa kau." Mateen berkata dengan perlahan dan hampir tidak hampir sahaja didengari gegendang telinga Nuha.

"Jumpa saya?" Ujar Nuha kembali dengan polos

"Maksud aku.. aku sengaja datang awal. Aku nak tengok macam mana kau buat kerja, bersih atau tidak." Balas Mateen.

Secara jujurnya mestilah tidak. Itu hanyalah alasan Mateen dan dia sebenarnya datang ke sini untuk melihat Nuha.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His GriefWhere stories live. Discover now